Polis Langkawi

Call Directions Contact the organization

Polis Langkawi Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada

07/10/2026

- Tarikh: 7 November 2026 (Sabtu) - Masa: 08:00 Malam - 12:00 Malam - Tempat: KHTP Sports Complex, Kulim, Kedah - Yuran Penyertaan: RM39 - RM54 - Kategori: 5KM

KULIAH AGAMA BULANAN PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWILANGKAWI, 6 Oktober 2026 - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD...
06/10/2026

KULIAH AGAMA BULANAN PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWI

LANGKAWI, 6 Oktober 2026 - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi telah menganjurkan Kuliah Agama Bulanan bertempat di Surau Al-Fateh, IPD Langkawi.

Program Anjuran Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), IPD Langkawi ini telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Abu Hassan bin Hashim dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan tajuk “Mengenali Sifat Nabi Muhammad SAW”.

Program turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam IPD Langkawi dan diteruskan dengan Solat Zohor secara berjemaah.

Penganjuran kuliah agama ini merupakan salah satu usaha dalam memperkukuh kefahaman dan penghayatan ilmu agama dalam kalangan warga IPD Langkawi, di samping membentuk jati diri serta meningkatkan nilai integriti dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

KUNJUNGAN HORMAT YBHG DATUK DR. MOHD ALWI, PAKAR TRAUMA HOSPITAL SELAYANG KE ATAS YDH KETUA POLIS DAERAH LANGKAWILangkaw...
05/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT YBHG DATUK DR. MOHD ALWI, PAKAR TRAUMA HOSPITAL SELAYANG KE ATAS YDH KETUA POLIS DAERAH LANGKAWI

Langkawi, 5 Oktober 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Dr. Mohd Alwi, Pakar Trauma Hospital Selayang ke atas YDH ACP Khairul Azhar bin Nuruddin, Ketua Polis Daerah Langkawi.

Kunjungan hormat ini merupakan satu platform yang baik dalam mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh hubungan kerjasama antara pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan warga perubatan, khususnya dalam aspek kebajikan, kesihatan dan pengurusan kecemasan.

Dalam pertemuan turut bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman berkaitan aspek keselamatan, kesihatan dan perkhidmatan, di samping memperkukuhkan hubungan profesional antara kedua-dua pihak.

Turut hadir DSP Hamdan bin Ali, Ketua Cawangan Khas Daerah serta Asp Emie Riza bin Ismail, Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Langkawi.

PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) TASER GUN X2Langkawi, 5 Oktober 2026 – Cawangan Persenjataan Bahagian Logistik ...
05/10/2026

PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) TASER GUN X2

Langkawi, 5 Oktober 2026 – Cawangan Persenjataan Bahagian Logistik dan Teknologi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi telah melaksanakan Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Taser Gun X2 yang dihadiri oleh Pegawai Rendah IPD Langkawi bertempat di Dewan Integriti IPD Langkawi sebentar tadi.

Latihan Dalam Perkhidmatan ini memberi penekanan kepada aspek pengenalan, tatacara penggunaan, keselamatan, pengendalian serta prosedur yang betul dalam penggunaan Taser Gun X2 selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan LDP ini juga merupakan salah satu usaha berterusan IPD Langkawi dalam memperkukuhkan tahap profesionalisme serta kesiapsiagaan warga PDRM, khususnya dalam menghadapi situasi yang memerlukan tindakan penguatkuasaan secara terkawal, berhemah dan mengutamakan keselamatan.



PERJUMPAAN YDH KETUA POLIS DAERAH LANGKAWI BERSAMA PENGHUNI KUARTERS IPD LANGKAWILANGKAWI, 4 Oktober 2026 – YDH ACP Khai...
04/10/2026

PERJUMPAAN YDH KETUA POLIS DAERAH LANGKAWI BERSAMA PENGHUNI KUARTERS IPD LANGKAWI

LANGKAWI, 4 Oktober 2026 – YDH ACP Khairul Azhar bin Nuruddin, Ketua Polis Daerah Langkawi telah mengadakan perjumpaan bersama penghuni Kuarters IPD Langkawi, Kuarters Taman Seri Berlian serta Kuarters Balai Polis Ayer Hangat sebentar tadi.

Perjumpaan ini diadakan sebagai platform bagi pihak pengurusan IPD Langkawi untuk mendengar pandangan, cadangan serta permasalahan yang dihadapi oleh warga penghuni kuarters, khususnya berkaitan aspek kebajikan, kemudahan, keselamatan dan persekitaran tempat tinggal.

Dalam perjumpaan tersebut, YDH Ketua Polis Daerah Langkawi turut menekankan kepentingan semangat kekitaan, kerjasama dan komunikasi dua hala antara pihak pengurusan dengan penghuni kuarters bagi memastikan setiap isu yang dibangkitkan dapat diberi perhatian dan tindakan sewajarnya.

Beliau turut mengingatkan agar seluruh warga PDRM sentiasa menjaga kebersihan, keselamatan dan keharmonian persekitaran kuarters serta bersama-sama memupuk suasana kehidupan yang selesa, aman dan kondusif.

KUNJUNGAN HORMAT WANTAS SHIPPING (LANGKAWI) SDN BHD KE ATAS YDH KETUA POLIS DAERAH LANGKAWILANGKAWI, 4 Oktober 2026 – YD...
04/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT WANTAS SHIPPING (LANGKAWI) SDN BHD KE ATAS YDH KETUA POLIS DAERAH LANGKAWI

LANGKAWI, 4 Oktober 2026 – YDH ACP Khairul Azhar bin Nuruddin, Ketua Polis Daerah Langkawi telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Lim Chee Kheng daripada WANTAS SHIPPING (LANGKAWI) Sdn Bhd.

Kunjungan hormat ini merupakan satu platform bagi mengeratkan hubungan serta memperkukuhkan jalinan kerjasama dan komunikasi antara pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya IPD Langkawi dengan pihak industri dan komuniti setempat.

Pertemuan turut memberi ruang untuk bertukar pandangan serta membincangkan perkara-perkara berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah Langkawi.

IPD Langkawi sentiasa mengalu-alukan kerjasama dan sokongan daripada semua pihak dalam usaha bersama memelihara keselamatan dan ketenteraman awam demi kesejahteraan komuniti.

PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH LANGKAWI BAGI BULAN OKTOBER 2026 PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWILANGK...
04/10/2026

PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH LANGKAWI BAGI BULAN OKTOBER 2026 PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWI

LANGKAWI, 4 Oktober 2026 – Polis Langkawi telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Langkawi bagi bulan Oktober 2026 yang berlangsung di Dewan Besar Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, pagi ini.

Perhimpunan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Langkawi, YDH ACP Khairul Azhar bin Nuruddin. Dalam amanatnya, beliau menekankan kepentingan terhadap tahap disiplin, integriti, aspek pencegahan jenayah, kebajikan serta profesionalisme dalam kalangan warga pasukan selaras dengan kehendak pucuk pimpinan tertinggi PDRM.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Daerah Langkawi kepada Anggota yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta komitmen tinggi dalam pelaksanaan tugas.

Hadir sama, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi.

Jurugambar : D6 & HEA IPD Langkawi

OP MOTOSIKAL IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWILANGKAWI, 2 Oktober 2026 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BS...
02/10/2026

OP MOTOSIKAL IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWI

LANGKAWI, 2 Oktober 2026 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Langkawi telah melaksanakan Op Motosikal di beberapa lokasi sekitar daerah Langkawi sebagai usaha berterusan membanteras kegiatan mat rempit serta memastikan keselamatan dan ketenteraman pengguna jalan raya.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 18 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, manakala 3 buah motosikal telah disita.

Operasi ini turut melibatkan pemantauan dan tindakan pencegahan terhadap kegiatan mat rempit di sekitar Langkawi. Tindakan penguatkuasaan melalui pengeluaran saman telah diambil sebagai langkah pencegahan bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas.

IPD Langkawi akan terus mempertingkatkan operasi dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di seluruh daerah Langkawi sentiasa terpelihara.

SESI PEMERIKSAAN KOMPOSISI BADAN (INBODY) DAN KONSULTASI KESIHATAN PESERTA PROGRAM TRIM & FIT IBU PEJABAT POLIS DAERAH L...
01/10/2026

SESI PEMERIKSAAN KOMPOSISI BADAN (INBODY) DAN KONSULTASI KESIHATAN PESERTA PROGRAM TRIM & FIT IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWI

LANGKAWI, 1 Oktober 2026 - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi telah melaksanakan Sesi Pemeriksaan Komposisi Badan (InBody) dan Konsultasi Kesihatan kepada para peserta Program Trim & Fit IPD Langkawi bertempat di Wellness Hub, Padang Matsirat, Langkawi Kedah.

Sesi ini bertujuan memberikan gambaran mengenai tahap komposisi badan peserta, di samping membantu peserta mendapatkan konsultasi serta pandangan berkaitan penjagaan kesihatan, pemakanan dan pengurusan berat badan yang lebih baik.

Program sebegini merupakan antara usaha berterusan IPD Langkawi dalam membudayakan gaya hidup sihat, kecergasan fizikal serta kesejahteraan warga PDRM, selaras dengan hasrat melahirkan warga kerja yang lebih cergas, sihat dan produktif.


Program "Community Engagement” oleh Balai Polis Kuah Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi LANGKAWI, 30 September 2026 - Ket...
30/09/2026

Program "Community Engagement” oleh Balai Polis Kuah Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi

LANGKAWI, 30 September 2026 - Ketua Polis Balai Kuah, Insp Nor Amin bin Nordin bersama Timbalannya, SI Alexander Ak S**a serta Anggota Balai Polis Kuah telah mengadakan perjumpaan bersama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) Langkawi, Encik Azaharry bin A.Rahim (Asset Manager Langkawi) dan bersama pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) Langkawi.

Dalam perjumpaan ini telah bertukar pandangan bagi meningkatkan keharmonian, mewujudkan kerjasama serta mengutarakan pelbagai perkara isu semasa serta pencegahan jenayah setempat, isu kemalangan melibatkan kabel TM, masalah kecurian bekalan elektrik / aktiviti bitcoin yang menyebabkan gangguan bekalan serta menerangkan langkah-langkah pencegahan serta tindakan sekiranya berlaku jenayah serta memberi penerangan dan cara pencegahan berkaitan kes kecurian serta memberi pendedahan dan penerangan penggunaan "Volunteer Smartphone Patrol" (VSP).

Perjumpaan seperti ini dapat bertukar-tukar pandangan serta nasihat disamping meningkatkan keharmonian, mewujudkan kerjasama serta mengutarakan isu-isu semasa.

Address

Jalan Air Hangat
Langkawi
07000

Telephone

+6049663999

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Langkawi:

Shortcuts

Share