06/10/2026
π€πππππππππ ππππππ ππππ ππ πππππππππππ πππππππππππ πππππ ππππππ πππ πππ ππππ πππππ (ππππ)
βPUTRAJAYA, 6 OKTOBER 2026 β YBhg. Datoβ Dr. Haji Abdul Salim bin Haji Tajudin, Ketua Pengarah LKIM telah mengetuai delegasi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam satu Kunjungan Hormat kepada YBhg. Datuk Azman bin Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN bertempat di Bilik Mesyuarat Jabar, Ibu Pejabat KPDN pada hari ini.
βPertemuan strategik ini bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama inter-agensi antara LKIM dan KPDN, terutamanya dalam aspek pemantauan bekalan dan kawalan harga serta penguatkuasaan undang-undang.
βSesi perbincangan turut dihadiri oleh barisan Pengurusan Tertinggi daripada LKIM dan Bahagian Penguat Kuasa KPDN.
βSinergi antara LKIM dan KPDN ini diharapkan dapat melonjakkan kecekapan rantaian bekalan makanan negara dan memastikan kebajikan komuniti nelayan serta pengguna sentiasa dilindungi! π²πΎβ¨