18/10/2026
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PEMANTAPAN PEMANDUAN KENDERAAN PACUAN EMPAT RODA (4X4) IPD JOHOR BAHRU SELATAN KE LEMAKOH CAMPSITE, KAMPUNG PETA, MERSING, JOHOR
, 18 Oktober 2026 | (Ahad)β Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan telah melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan Pemantapan Pemanduan Kenderaan Pacuan Empat Roda (4X4) yang bertempat di Lemakoh Campsite, Kampung Peta, Mersing, Johor.
Pergerakan konvoi ini melibatkan; pegawai kanan, pegawai rendah Polis daripada IPD JBS bersama IPK Johor, serta orang awam.
Program ini turut dihadiri Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, YDH ACP Azrul Hisham Bin Mohd Shaffei sebagai tanda sokongan dan komitmen pihak pengurusan dalam memperkasakan kompetensi serta kesiapsiagaan warga kerja PDRM.
Latihan yang berlangsung selama tiga (3) hari dan dua (2) malam ini bertujuan meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kecekapan pegawai serta anggota dalam mengendalikan kenderaan pacuan empat roda, khususnya bagi menghadapi pelbagai bentuk muka bumi dan keadaan jalan yang mencabar.
Selain itu, latihan ini turut memberi penekanan terhadap aspek keselamatan pemanduan, pengendalian kenderaan secara berhemah, disiplin semasa pergerakan konvoi serta kerjasama berpasukan dalam memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Pelaksanaan latihan ini diharap dapat meningkatkan tahap profesionalisme, keyakinan dan keupayaan warga IPD Johor Bahru Selatan dalam mengendalikan kenderaan 4X4, sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi menghadapi situasi yang memerlukan mobiliti di kawasan sukar diakses.
Semoga latihan ini mencapai objektif yang ditetapkan serta memberikan manfaat kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam usaha mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA
οΏ½ οΏ½ οΏ½ οΏ½