17/09/2026
PROGRAM “MEET & GREET” DI SEKITAR BANDAR LAWAS BAGI PENCEGAHAN JENAYAH KOMERSIL BSJKD LAWAS, SARAWAK
Lawas - Pada 17 September 2026 (Khamis), jam 1120 hingga 1350 hrs, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Lawas telah melaksanakan Program “Meet & Greet” di sekitar bandar Lawas, Sarawak.
Program ini disertai oleh Sjn Kho Beng Lay dan Kpl Mohammad Amiruddin bin Abdullah @ Ragam, dengan kehadiran seramai 25 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Sepanjang program, anggota BSJKD Lawas telah memberikan penerangan mengenai trend terkini jenayah komersil, fungsi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil serta mempromosikan National Scam Response Centre (NSRC) 997, aplikasi Whoscall, Portal Semak Mule (CCID Check), Kod QR E-Book Jenayah Komersil, serta laman Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai modus operandi terkini jenayah komersil, memperkukuh usaha pencegahan daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian serta menggalakkan orang awam memanfaatkan platform yang disediakan oleh PDRM bagi mendapatkan maklumat dan membuat semakan.
Program telah berjalan dengan lancar dan menerima sambutan yang amat baik daripada orang awam. Para peserta menunjukkan minat terhadap perkongsian yang disampaikan serta menyatakan komitmen untuk menyebarkan maklumat pencegahan jenayah komersil kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan masyarakat setempat.