Page PD Ulu Beranang

Call Directions Contact the organization

Page PD Ulu Beranang service

17.09.2026BILA JEREBU BERTEMU HUJAN…Kalau tiba-tiba hujan turun, cari tempat berlindung dulu.Sebab ketika jerebu, titisa...
17/09/2026

17.09.2026

BILA JEREBU BERTEMU HUJAN…

Kalau tiba-tiba hujan turun, cari tempat berlindung dulu.

Sebab ketika jerebu, titisan hujan bukan sekadar melalui udara yang bersih.

Udara ketika itu dipenuhi partikel halus dan pelbagai bahan pencemar hasil pembakaran. Apabila hujan turun, titisan air boleh menangkap sebahagian bahan ini lalu membawanya turun ke permukaan.

HUJAN ASID.

Adakah setiap kali hujan turun ketika jerebu, ia menjadi hujan asid?

Tidak.

Hujan biasa sendiri sedikit berasid, sekitar pH 5.6. Hujan asid berlaku apabila pencemar tertentu seperti sulfur dioksida dan nitrogen oksida mengalami tindak balas di atmosfera lalu menghasilkan sebatian berasid yang turun bersama hujan.

Dan fenomena air hujan yang sangat berasid memang pernah direkodkan di Malaysia.

Kajian semasa episod jerebu 2014 pernah merekodkan pH air hujan bawah 4 pada satu fasa pemantauan.

Kalau terkena hujan asid, kulit akan melecur?

Tidak seperti terkena asid kuat di makmal.

Hujan asid di alam sekitar biasanya tidak cukup pekat untuk membakar kulit manusia.

Kesan yang lebih membimbangkan berlaku apabila pemendapan berasid berlaku berulang kali.

Ia boleh meningkatkan keasidan sungai dan tasik, mengganggu hidupan akuatik, mengubah kimia tanah, menjejaskan tumbuhan serta mempercepatkan kakisan bangunan dan logam.

Jadi kalau hujan turun ketika jerebu, jangan panik.

Tapi jangan juga sengaja keluar bermain hujan.

Cari tempat berlindung. Kalau terkena, balik, mandi dan tukar pakaian seperti biasa.

Kerana titisan yang turun sedang melalui udara yang sarat dengan partikel dan bahan pencemar, dan sebahagiannya boleh dibawa turun bersama hujan.

Hujan memang membantu membersihkan langit.

Tapi sebelum langit itu bersih, sesuatu perlu membawa pencemaran itu turun.

Dan salah satunya ialah hujan.





17.09.2026      S
17/09/2026

17.09.2026





S

17.09.2026      S
17/09/2026

17.09.2026





S

15.09.2026π‚π„π‹πˆπŠ π„ππ’πˆπŠπ‹πŽππ„πƒπˆπ€Dapatkan ensiklopedia terbitan DBP di semua Kedai Buku DBP atau secara dalam talian melalui ...
15/09/2026

15.09.2026

π‚π„π‹πˆπŠ π„ππ’πˆπŠπ‹πŽππ„πƒπˆπ€
Dapatkan ensiklopedia terbitan DBP di semua Kedai Buku DBP atau secara dalam talian melalui portal dbpniaga.my atau jendeladbp.my.




sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia

15.09.2026π‰πŽπŒ πƒπ„ππ†π€π‘πŠπ€π ππ€π’πˆπŽππ€π‹ π…πŒ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐍𝐌 πŸπŸ“ π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”, πŸ—.πŸ‘πŸŽ ππ€π†πˆIkuti perkongsian mengenai Program Tekad Kom...
15/09/2026

15.09.2026

π‰πŽπŒ πƒπ„ππ†π€π‘πŠπ€π ππ€π’πˆπŽππ€π‹ π…πŒ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐍𝐌 πŸπŸ“ π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”, πŸ—.πŸ‘πŸŽ ππ€π†πˆ

Ikuti perkongsian mengenai Program Tekad Komuniti, Semarak Perpaduan (TKSP) 2026 bersama Puan Suhaila Abd Rahman, Pengarah Prasarana Ilmu dan Maklumat, Perpustakaan Negara Malaysia menerusi Nasional FM.

Ketahui lebih lanjut tentang TKSP 2026 yang mengetengahkan pelbagai inisiatif dan aktiviti bagi mendekatkan masyarakat dengan budaya membaca, ilmu dan maklumat, di samping menyemarakkan semangat perpaduan dalam komuniti.

πŸ“… 15 September 2026 (Selasa)
⏰️9.30 pagi
πŸ“»Nasional FM
Penstriman Langsung: https://rtmklik.rtm.gov.my/radio/nasional/nasional-fm

FB: https://www.facebook.com/NASIONALfmRTM

Tiktok: https://www.tiktok.com/

Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program yang menyatukan komuniti melalui ilmu, budaya membaca dan semangat perpaduan.

Dengarkan Nasional FM atau strim secara dalam talian menerusi RTM Klik.

15.09.2026π‰πŽπŒ πŠπ„ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π“π„πŠπ€πƒ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ, π’π„πŒπ€π‘π€πŠ 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” πƒπˆ π’π„π†π€πŒπ€π“Warga Segamat, jom luangkan masa bersama kelua...
15/09/2026

15.09.2026

π‰πŽπŒ πŠπ„ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π“π„πŠπ€πƒ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ, π’π„πŒπ€π‘π€πŠ 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” πƒπˆ π’π„π†π€πŒπ€π“
Warga Segamat, jom luangkan masa bersama keluarga dan komuniti dalam Program Tekad Komuniti, Semarak Perpaduan 2026!
πŸ“… 19 September 2026 (Sabtu)
⏰ 7.00 pagi – 4.30 petang
πŸ“ Dataran Taman Yayasan, Segamat, Johor
Lebih istimewa, Majlis Perasmian Program Tekad Komuniti, Semarak Perpaduan 2026 akan disempurnakan oleh YB Tuan Yuneswaran Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara pada jam 11.00 pagi.
Program ini menggabungkan elemen perpaduan, literasi, warisan dan budaya, kesihatan serta penglibatan komuniti menerusi pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
Antara yang menanti anda ialah Jualan Rahmah, Larian Sihat, Pertandingan Mewarna Bersama Keluarga, Pertandingan Masak Lemak Ikan Baung, Pertandingan Gubahan Bunga Liar, Pertandingan Mengeja Bahasa Inggeris, Pertandingan Cerita Rakyat, Pertandingan Tulisan Khat, Pertandingan Busana Pantun, Pertandingan Pidato Spontan, Pertandingan Deklamasi Sajak, Ceramah Scam Dalam Talian serta Cabutan Bertuah.
Turut tersedia reruai pelbagai agensi dan jualan produk IKS sepanjang program.
Terbuka kepada seluruh komuniti Segamat! Ayuh hadir beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat untuk memeriahkan Program Tekad Komuniti, Semarak Perpaduan 2026.


sumber: PNM

14.09.2026KUIZ MAYA..JOM JAWAB
14/09/2026

14.09.2026

KUIZ MAYA..JOM JAWAB





14/09/2026

14.09.2026
Salam Kemerdekaan yang ke-69 dan Selamat Menyambut Hari Malaysia daripada Penyelia Zon 13 & Petugas Perpustakaan Desa Kampung Ulu Beranang...

Semoga semangat patriotisme,perpaduan dan kecintaan kepada negara terus mekar dalam diri kita.Bersama kita bina Malaysia yang harmoni,maju dan sejahtera...







14.09.2026APABILA PUSARA HANYA MENJADI PROPSHantaran tentang kematian, tetapi semua gambar memaparkan dirinya.Berdiri di...
14/09/2026

14.09.2026
APABILA PUSARA HANYA MENJADI PROPS

Hantaran tentang kematian, tetapi semua gambar memaparkan dirinya.

Berdiri di tepi pusara.
Menyiram kubur.
Menangis menghadap kamera.

Tentang si mati hanya beberapa baris. Selebihnya tentang betapa rapatnya mereka, betapa berat kesedihannya dan bagaimana hidupnya terkesan.

Pusara akhirnya hanya menjadi latar.
Si mati menjadi watak sampingan.
Dia tetap watak utama.

Ini antara gambaran Main Character Syndrome (MCS) kecenderungan melihat setiap peristiwa melalui lensa diri sendiri dan merasakan perhatian sepatutnya kembali kepadanya.

Ia juga boleh muncul dalam situasi lain:

β€’ Majlis orang lain β€” sibuk mencuri perhatian ketika perkahwinan, hari lahir atau kejayaan seseorang.

β€’ Orang lain sedang sakit β€” cerita pesakit belum habis, dia sudah bercerita bagaimana pengalaman dirinya lebih teruk.

β€’ Membantu orang β€” setiap bantuan mesti dirakam supaya semua orang tahu siapa yang datang menyelamatkan.

β€’ Di tempat kerja β€” kejayaan pasukan dianggap hasil usahanya; apabila gagal, orang lain p**a dipersalahkan.

β€’ Dalam perbualan β€” jarang benar-benar mendengar. Semua topik akhirnya dipusing kembali kepada dirinya.

β€’ Dalam konflik β€” apabila ditegur, dia menukar dirinya menjadi mangsa sehingga orang yang terluka p**a perlu meminta maaf.

β€’ Di media sosial β€” tragedi, isu semasa dan penderitaan orang lain digunakan sebagai latar untuk membina imej sendiri.

β€’ Dalam persahabatan β€” sukar meraikan kejayaan orang lain tanpa membandingkan, mencelah atau merendahkannya.

β€’ Apabila tidak diberi perhatian β€” terasa diketepikan, mula mencipta drama atau membuat hantaran samar untuk mendapatkan simpati.

MCS bukan diagnosis perubatan dan satu hantaran tidak cukup untuk melabel seseorang. Namun, jika coraknya sentiasa sama setiap majlis, kejayaan dan tragedi orang lain mesti kembali tentang dirinya itu bukan lagi sekadar mahu berkongsi.

Tidak semua momen memerlukan kita menjadi watak utama. Ada waktunya kita hanya perlu hadir, menghormati dan memberi ruang.

sumber: Public Health Malaysia

14/09/2026

14.09.2026

Jom beramai-ramai memeriahkan Program Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 dan singgah ke Reruai Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)!
Bertemakan β€œMerakyatkan Parlimen: Reformasi Institusi Perundangan Malaysia”, program ini akan berlangsung pada:
πŸ“… 12–13 September 2026 (Sabtu & Ahad)
⏰ 9.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Parlimen Malaysia
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda di reruai PNM, antaranya promosi perkhidmatan u-Pustaka dan keahlian PNM, Pameran Perpustakaan Desa, Pameran Manuskrip Melayu, aktiviti galakan membaca, Kuiz Asas Jawi serta jualan buku terbitan PNM.
Jangan lepaskan peluang untuk mengenali dengan lebih dekat pelbagai perkhidmatan, koleksi dan inisiatif PNM. Jom datang beramai-ramai. Jumpa anda di Reruai PNM!

Address

Lenggeng

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:45
Tuesday 10:00 - 17:45
Wednesday 10:00 - 17:45
Thursday 10:00 - 17:45
Friday 10:00 - 17:45
Saturday 10:00 - 17:45

Telephone

+60387610053

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Page PD Ulu Beranang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Page PD Ulu Beranang:

Shortcuts

Share