Warita DBP Sabah

Call Directions Website Contact the organization

Warita DBP Sabah 088-346 200 - KEDAI BUKU DBP CAWANGAN SABAH

𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐫𝐚𝐟 𝐄𝐧𝐭𝐫𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐮𝐬 𝐃𝐮𝐦𝐩𝐚𝐬 - 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝟔 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔Mesyuarat Pengesahan Draf Entri Kamus D...
22/10/2026

𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐫𝐚𝐟 𝐄𝐧𝐭𝐫𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐮𝐬 𝐃𝐮𝐦𝐩𝐚𝐬 - 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝟔 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔

Mesyuarat Pengesahan Draf Entri Kamus Dumpas - Melayu Dewan Bilangan 6 bagi tahun 2026 telah berlangsung dari 19 Oktober hingga 21 Oktober 2026, di Bilik Ngayau, DBP Cawangan Sabah.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh empat orang pakar bahasa daripada Persatuan Dumpas Sabah, iaitu Encik Bidin bin Angau, Tuan Haji Baung bin Haji Titing, Encik Maspor bin Eliy dan Encik Juita bin Saratin.

Pengesahan dan penyuntingan draf entri Kamus Dumpas - Melayu Dewan dijangka selesai pada tahun 2027 dan diharapkan kamus ini dapat diterbitkan pada tahun 2028.


22/10/2026

📢 TEMU DUGA TERBUKA PERSONEL MySTEP DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempelawa calon yang berminat untuk menghadiri temu duga terbuka bagi jawatan berikut:

📅 4 November 2026 (Rabu)
💻 Eksekutif Teknologi Maklumat
💻 Penolong Eksekutif Teknologi Maklumat

📅 5 November 2026 (Khamis)
📝 Eksekutif Bahasa

📍 Tempat: Dewan Dato’ Hassan Ahmad, Aras 2, Menara DBP, Kuala Lumpur.

📄 Calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan seperti yang berikut:

* Resume/CV terkini
* Transkrip akademik
* Sijil-sijil berkaitan
* Kad pengenalan
* Gambar berukuran pasport

📌 Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut berkaitan kekosongan jawatan.

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui talian 03-2147 9331 / 9367.

Jom sertai DBP dan bersama-sama memperkukuh bahasa kebangsaan!

22/10/2026

📚✨ 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨📚

Apa yang anda boleh beli dengan RM5.00 di Kedai Buku DBP?

Anda boleh dapatkan cenderamata DBP seperti rantai kunci, magnet peti sejuk dan penanda buku dengan harga RM5.00 sahaja! Semestinya di Pesta Buku DBP Cawangan Sabah.

Jom ramai-ramai berkunjung ke jualan buku DBP Cawangan Sabah nanti!

Stok adalah terhad! Siapa cepat, dia dapat. ✨

📅 26 dan 27 Oktober 2026
⏰ 8.00 pagi hingga 4.30 petang
📍Kedai Buku DBP Cawangan Sabah

Jumpa anda di sana! 📚🔥

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐓𝐄𝐆𝐔𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 (𝐃𝐁𝐊𝐊)📅 Tarikh: 20–21 Oktober 2026 (Selasa–Rabu)📍 L...
22/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐓𝐄𝐆𝐔𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 (𝐃𝐁𝐊𝐊)

📅 Tarikh: 20–21 Oktober 2026 (Selasa–Rabu)
📍 Lokasi: Jalan Pantai, Jalan Gaya dan Pusat Beli-belah Suria Sabah, Kota Kinabalu.

Program Pantau Tegur Bahasa telah dilaksanakan di kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada 20 hingga 21 Oktober 2026. Program ini bertujuan memantau penggunaan bahasa kebangsaan pada papan tanda premis perniagaan agar selaras dengan peraturan dan penggunaan bahasa Melayu yang betul.

Pelaksanaan program ini sejajar dengan peranan dan tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul, tepat dan meluas dalam pelbagai urusan, termasuk pada papan tanda di tempat awam dan premis perniagaan.

Pemantauan telah dijalankan di sekitar Jalan Pantai, Jalan Gaya dan Pusat Beli-belah Suria Sabah dengan kerjasama Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Perlesenan dan Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Bahasa Jiwa Bangsa. Memartabatkan bahasa kebangsaan, tanggungjawab bersama.

PUISI | 𝑅𝑎𝑦𝑢𝑎𝑛 𝑆𝑎𝑛𝑔 𝐴𝑙𝑎𝑚, karya  Aron AJ.Puisi ini disiarkan dalam WadahDBP, 20 Oktober 2026.
22/10/2026

PUISI | 𝑅𝑎𝑦𝑢𝑎𝑛 𝑆𝑎𝑛𝑔 𝐴𝑙𝑎𝑚, karya Aron AJ.

Puisi ini disiarkan dalam WadahDBP, 20 Oktober 2026.




Wahai insan, dengarlah bisikan dari si rimba, laut dan awan angin lembut berhembus mesra mengundang kasih, penuh pesona.   Burung berkicau di pagi hening menyambut mentari dengan nyanyian dedaun melambai, pohon menari bagai menanti belaian sang peri.   Air sungai mengalir jernih bagai kalam menutu...

CERPEN | 𝐶𝑎ℎ𝑎𝑦𝑎 𝑃𝑒𝑙𝑖𝑡𝑎 𝑇𝑒𝑟𝑎𝑘ℎ𝑖𝑟, karya Ayu Arnieza binti Mat Jalih.Cerpen ini disiarkan dalam WadahDBP, 20 Oktober 2026....
22/10/2026

CERPEN | 𝐶𝑎ℎ𝑎𝑦𝑎 𝑃𝑒𝑙𝑖𝑡𝑎 𝑇𝑒𝑟𝑎𝑘ℎ𝑖𝑟, karya Ayu Arnieza binti Mat Jalih.

Cerpen ini disiarkan dalam WadahDBP, 20 Oktober 2026.




DI sebuah kampung yang dikelilingi oleh sawah menghijau dan bukit-bukit yang memukau, tinggal seorang lelaki tua bernama Tok Fuad. Tok Fuad sudah lama memasuki usia senja, kini mencecah 80 tahun. Walaupun tubuhnya semakin lemah, mata yang semakin kabur, dan pendengarannya yang tidak begitu jelas, To...

22/10/2026
21/10/2026

Hadiah ialah pemberian, bukan jualan dan sememangnya percuma.

Address

Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan
Likas
88400

Opening Hours

Monday 07:30 - 04:00
Tuesday 07:30 - 04:00
Wednesday 07:30 - 04:00
Thursday 07:30 - 04:00
Friday 07:30 - 04:00

Telephone

+6088346300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Warita DBP Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Warita DBP Sabah:

Shortcuts

Share