SK Taman Skudai Baru 2 Johor Bahru

SK Taman Skudai Baru 2 Johor Bahru

Share

JALAN HANG KASTURI 21, TAMAN SKUDAI BARU, 81300 JOHOR BAHRU

Photos from SK Taman Skudai Baru 2 Johor Bahru's post 23/05/2026

๐Ÿ† KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-19 SKUBA2 2026 ๐Ÿ†

Perbarisan KOT19 SKUBA2 tahun ini tampil unik dan meriah dengan tema buah-buahan yang menyerlahkan kreativiti, warna-warni serta semangat luar biasa daripada setiap rumah sukan dan unit yang bertanding.

โœจ Keputusan Perbarisan โœจ
๐Ÿฅ‡ Johan โ€” Rumah Delta ๐Ÿซ๐Ÿซ
๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€” Rumah Gamma ๐Ÿ“๐Ÿ“
๐Ÿฅ‰ Ketiga โ€” Rumah Alpha ๐Ÿฅ๐Ÿฅ
๐Ÿ… Keempat โ€” Rumah Beta ๐Ÿ๐Ÿ
๐ŸŒŸ Kelima โ€” PPKI ๐Ÿ‡๐Ÿ‡
๐ŸŒŸ Keenam โ€” Prasekolah ๐Ÿ’–

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada para guru serta ibu bapa yang telah bertungkus-lumus memberi komitmen, masa dan tenaga dalam memastikan setiap persembahan perbarisan berjalan dengan lancar dan penuh meriah.

Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih kepada semua murid atas usaha, semangat dan disiplin yang luar biasa sepanjang persiapan dan persembahan perbarisan. Semangat kalian benar-benar menceriakan kejohanan pada tahun ini ๐Ÿ’ชโœจ

Photos from SK Taman Skudai Baru 2 Johor Bahru's post 23/05/2026

๐Ÿ† KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-19 SKUBA2 2026 ๐Ÿ†

KOT19 SKUBA2 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya pada 21 Mei 2026 di Padang SKUBA2. Acara ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan murid, malah turut mengeratkan semangat kerjasama seluruh warga sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada perasmi majlis,
Lim Soon Hai (Ahli Majlis Iskandar Puteri Zon 18)
atas kesudian hadir dan merasmikan kejohanan pada tahun ini.

๐ŸŽ–๏ธ Ketua Kontinjen - Prince Jaya Aviram Ruben a/l Suresh
๐ŸŽ–๏ธ Pembawa Bendera Kejohanan - Syed Mohsein Jeffrey bin Syed Mohamed Redza

โœจ Tahniah kepada para pemenang โœจ

๐Ÿฅ‡ Johan Keseluruhan โ€” Rumah Alpha ๐Ÿ’š
๐Ÿฅ Johan Perbarisan โ€” Rumah Delta ๐Ÿ’™
๐Ÿ… Johan Sukantara โ€” Rumah Alpha ๐Ÿ’š

๐Ÿ‘Ÿ Olahragawan
Muhammad Zafran Amsyar bin Fauzul Azim (Alpha)

๐Ÿ‘Ÿ Olahragawati
Nur Qaseh Qalesya binti Abdul Hafiz (Delta)

โญ Olahragawan Harapan
Syed Mohsein Jeffrey bin Syed Mohamed Redza (Gamma)

โญ Olahragawati Harapan
Nur Dauliya Puteri binti Mohamed Hussain (Gamma)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet, guru, ibu bapa serta warga SKUBA2 yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini.

Ucapan terima kasih juga buat 15 orang sukarelawan daripada Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru yang sudi meluangkan masa, tenaga dan komitmen sepanjang kejohanan berlangsung. Kehadiran dan bantuan yang diberikan amat dihargai.

Semoga semangat juang, disiplin dan kesukanan terus subur dalam diri setiap murid. ๐Ÿ’ช๐Ÿป



๐Ÿ“ธ ALBUM KOT19 -
https://photos.app.goo.gl/9TfYojw5XwQvu4Ne8

Photos from SK Taman Skudai Baru 2 Johor Bahru's post 20/05/2026

๐ŸŒŸ PERTANDINGAN BERCERITA & PIDATO ZON ISKANDAR PUTERI

๐Ÿ“† 20 MEI 2026 | Rabu

Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah mengharumkan nama sekolah!

๐Ÿ† Bercerita
๐Ÿฅ‰ Nina Quraisya binti Khamarul Sany(6 Zamrud) โ€” Tempat Ketiga
Guru pembimbing - Cikgu Normala Kahar

๐Ÿ† Pidato
๐ŸŽ–๏ธ Muhammad Aiman Taqiyyuddin bin Mohd Zuhrie(6 Zamrud) โ€” Tempat Keempat
Guru Pembimbing - Cikgu Maizun Md Saidi

Syabas dan tahniah atas keberanian, usaha serta persembahan yang membanggakan. ๐Ÿ‘โœจ

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada guru-guru pembimbing yang bertungkus-lumus melatih dan membimbing mereka sehingga berjaya. โค๏ธ

Teruskan melakar kejayaan dan terbang lebih tinggi ke arah kecemerlangan SKUBA2!

Photos from SK Taman Skudai Baru 2 Johor Bahru's post 18/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 buat seluruh warga pendidik SK Taman Skudai Baru 2. โœจ
โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€ menjadi lambang dedikasi dan pengorbanan insan hebat yang tidak pernah jemu mendidik serta membentuk generasi masa depan.

Terima kasih kepada PIBG SKUBA2 atas penganjuran majlis yang penuh warna dan meriah dengan tema pakaian color block yang menceriakan suasana sambutan tahun ini. ๐ŸŒˆ

Jutaan terima kasih juga kepada murid-murid serta ibu bapa atas segala ucapan, doa dan hadiah yang diberikan kepada guru-guru tersayang. Setiap penghargaan yang diberi amat bermakna dan menjadi pembakar semangat untuk terus menabur bakti. ๐Ÿ’





16/05/2026

๐Ÿซฐ

15/05/2026

SELAMAT HARI GURU ๐Ÿ“š๐ŸŽ

Terima kasih kerana mendidik dengan hati dan membimbing dengan kasih.

Di sebalik setiap kejayaan murid, ada doa, usaha dan kasih seorang guru yang sentiasa ingin melihat anak didiknya berjaya.

Kami tidak sempurna, namun kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk setiap anak didik yang diamanahkan kepada kami.

Terima kasih juga kepada semua murid dan ibu bapa atas sokongan, penghargaan dan kepercayaan yang diberikan sepanjang perjalanan ini.

Selamat Hari Guru daripada seluruh warga SKUBA2 ๐ŸŒท

15/05/2026

๐Ÿ’ฐ Bantuan Bilik Guru Johor 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar Johor atas sumbangan Bantuan Bilik Guru Johor 2026 yang diberikan.

Sumbangan ini amat bermakna dalam membantu meningkatkan keselesaan dan kebajikan warga pendidik demi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

Terima kasih daripada seluruh warga SKUBA2. ๐Ÿ’ช๐Ÿป

Photos from SK Taman Skudai Baru 2 Johor Bahru's post 15/05/2026

โœจ Jamuan Nuansa: Simfoni Apresiasi Guru

Majlis penuh bermakna sempena Sambutan Hari Guru serta sambutan hari lahir guru-guru bagi bulan Januari hingga Mei yang khas dianjurkan oleh Kebirus. ๐ŸŽ‚๐Ÿ’

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ingatan, penghormatan serta usaha meraikan warga pendidik SK Taman Skudai Baru 2. Semoga kemesraan dan ukhuwah yang terjalin terus mekar dalam suasana penuh harmoni dan ceria. ๐Ÿ’™๐Ÿซ

Selamat Hari Guru dan selamat menyambut hari lahir kepada semua guru yang diraikan! ๐ŸŽ‰

Photos from SK Taman Skudai Baru 2 Johor Bahru's post 13/05/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS ZON ISKANDAR 2026 - BALAPAN
๐Ÿ“… 13 Mei 2026 (Rabu)
๐Ÿ“Educity Sports Complex

Tahniah kepada para pemenang:

๐ŸฅˆSYED MOHSEIN JEFFREY BIN SYED MOHAMED REDZA (5 ZAMRUD)
Pingat Perak - 100m B11 โ€“ 14:40s

๐Ÿฅ‰ PRINCE JAYA AVIRAM RUBEN A/L SURESH (6 NILAM)
Pingat Gangsa - 80m Lari Berpagar B12 โ€“ 15:06s

โœจ Senarai Peserta MSSZ (Balapan) SKUBA2
1. Prince Jaya Aviram a/l Suresh (6Z)
2. โ Tharvesh Naidu a/l Krishnamurthy Naidu (6N)
3. โ Danish bin Rosmizie (6Z)
4. โ Thalhah Ubaidillah bin Mohd Faisal (6Z)
5. โ Muhammad Firman Dhani bin Md Nor Azlin (6Z)
6. โ Nur Qaseh Qalesya binti Abdul Hafiz (6Z)
7. โ Muhammad Irfan A***n bin Kamaruddin (6N)
8. โ Vithiyashini (6N)
9. โ Syed Mohsein Jeffrey bin Syed Mohamed Redza (5Z)
10. โ Saravanesh a/l Siva (5N)
11. โ Antonio Carlos Nyelang Anak Gerina (5N)
12. โ Aโ€™ansha Aurora Nuriman binti Mohd Fuzaimie Faizan (5N)
13. โ Kiviinesh a/l Guna (4N)
14. โ Muhammad Aliff Haqimi bin Nor Asmadi (4N)
15. โ Nur Qaseh Qafita binti Muhammad Fikrie (4D)
16. โ Muhammad Haziq Irfan bin Mohd Hafiz (4D)

Tahniah dan syabas kepada para atlet SKUBA2 atas pencapaian dan penglibatan yang amat membanggakan!

Terus melangkah ke arah kecemerlangan SKUBA2! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ”ฅ

Want your business to be the top-listed Government Service in Lima Kedai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Lima Kedai

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 17:00