Balai Bomba dan Penyelamat Limbang

Call Directions Contact the organization

Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Kebombaan dan Penyelamatan
Berkhidmat Untuk Negara

KEBAKARAN LONGGOKAN SAMPAHTindakan pantas Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Medamit telah berjaya memadamkan kebakaran longgo...
26/08/2026

KEBAKARAN LONGGOKAN SAMPAH

Tindakan pantas Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Medamit telah berjaya memadamkan kebakaran longgokan sampah berhampiran deretan kedai Pekan Medamit daripada merebak ke kawasan berhampiran sekitar jam 07:15 petang sebelum dipadamkan sepenuhnya pada jam 08:00 malam.

Pasukan Bomba Sukarela bergegas ke lokasi kejadian setelah mendapat panggilan sekitar jam 07:10 petang. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dengan menggunakan pili Bomba berhampiran sebagai punca air dan satu aliran hos dengan kekuatan 8 orang anggota Pasukan Bomba Sukarela Medamit.

Syabas diucapkan kepada Pasukan Bomba Sukarela Medamit, Limbang👍

BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT LIMBANG🧑‍🚒KEBAKARAN SAMPAH/BELUKAR/GAMBUT Sejak awal bulan Ogos 2026 sehingga hari ini, Balai...
23/08/2026

BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT LIMBANG🧑‍🚒
KEBAKARAN SAMPAH/BELUKAR/GAMBUT

Sejak awal bulan Ogos 2026 sehingga hari ini, Balai Bomba dan Penyelamat Limbang telah menghadiri berberapa operasi kes kebakaran terbuka seperti kebakaran tapak sampah, kebakaran belukar dan kebakaran tanah gambut di berberapa tempat🔥

Antaranya;

08/08/26- Taman Damai C- Kebakaran belukar
08/08/26- Kpg Gumaya- Kebakaran belukar
09/08/26- Kpg Pahlawan- Belukar/kebun
11/08/26- Taman Perumahan Rangau- Kebun
13/08/26-Kampung Bangkuati- Gambut
14/08/26- Lubuk Tuan- Kebun/Belukar
14/08/26- Kpg Kelapa Mawar- Gambut
17/08/26- Jalan Makasing- Belukar
17/08/26- Kpg Pabahan- Belukar
18/08/26- Kpg Kelapa Mawar- Gambut
23/08/26- Jalan Ming Hock- Sampah
23/08/26- Kpg Pahlawan- Sampah

🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥

Rondaan pemantauan aktiviti pembakaran terbuka oleh anggota Bomba telah dijalankan di berberapa kawasan hotspot / tempat kerap berlakunya pembakaran terbuka. Sepanjang waktu rondaan, didapati masih terdapat segelintir masyarakat yang mengambil mudah perkara tersebut dengan melakukan pembakaran terbuka seperti pembakaran rumput dan sampah di sekitar kawasan rumah.

🎓 Tahukah anda, melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah The Natural Resources and Environmen Ordinance (Cap 84- Law of Sarawak (1958 Edition) iaitu:
Denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara 5 tahun atau kedua duanya dan denda tidak melebihi RM 1000 sehari bagi Kesalahan yang berterusan.

🔴 Sekiranya terdapat aktiviti pembakaran terbuka berlaku di kawasan anda, sila laporkan ke talian berikut untuk tindakan:

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Cawangan Limbang (NREB) :
085-216488📞

Balai Bomba dan Penyelamat Limbang:
085-211859📞

Come on orang Limbang,
HENTIKAN PEMBAKARAN TERBUKA🚫
Kita jaga kita💪

Hentikan Pembakaran Terbuka🚫🔥 HENTIKAN PEMBAKARAN TERBUKA!Jangan bakar sesuka hati. Lindungi udara, lindungi alam, lindu...
18/08/2026

Hentikan Pembakaran Terbuka

🚫🔥 HENTIKAN PEMBAKARAN TERBUKA!

Jangan bakar sesuka hati. Lindungi udara, lindungi alam, lindungi kehidupan. 🌳🌏

Bersama kita cegah jerebu dan jadikan persekitaran lebih bersih, sihat dan selamat untuk semua.

Hentikan pembakaran terbuka. Sayangi alam sekitar, demi masa depan kita bersama. 🌱

07/08/2026

34 orang pegawai bomba Zon 7 telah mengikuti ujian Bomba Water Survival. Antara jenis ujian yang dilakukan ialah, berenang gaya bebas 25 meter, menyelam dalam air 5 meter dan terapung 10 minit. Turut dilaksanakan Latihan aktiviti Penyelamatan di Air.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan MesraYS Tuan...
07/08/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra

YS Tuan/ Tuan/ Puan

*PROGRAM BOMBA WATER SURVIVAL SIRI 1/2026 ZON 7 JBPM NEGERI SARAWAK*

Tarikh : 7 Ogos 2026 (Jumaat)
Masa : 0800-1100 Pagi
Tempat : Kolam Renang Awam Limbang

Program Bomba Water Survival Peringkat Zon 7 JBPM Negeri Sarawak telah diadakan di Kolam Renang Awam Limbang. Progam ini diselia oleh PgB Ramlan bin Marajan, Ketua Zon 7 JBPM Negeri Sarawak.

34 orang pegawai bomba Zon 7 telah mengikuti ujian Bomba Water Survival. Antara jenis ujian yang dilakukan ialah, berenang gaya bebas 25 meter, menyelam dalam air 5 meter dan terapung 10 minit. Turut dilaksanakan Latihan aktiviti Penyelamatan di Air.

Aktiviti berjalan dengan baik & mencapai objektif.

Sekian, terima kasih.
*ZON 7 JBPM NEGERI SARAWAK*
*BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT LIMBANG*
*BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT LAWAS*

Boleh cari gambar event Linbang firefighters runa 2026 anda di sini..https://www.facebook.com/share/1DvoUDbjaQ/
17/06/2026

Boleh cari gambar event Linbang firefighters runa 2026 anda di sini..

https://www.facebook.com/share/1DvoUDbjaQ/

Find photos from LIMBANG FIREFIGHTER'S RUN 4.0 at GeoSnapShot. Discover photos and videos from your favorite event by selfie search, bib number and more!

Address

Jalan Muhibbah
Limbang
98700

Telephone

+6085211859

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba dan Penyelamat Limbang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba dan Penyelamat Limbang:

Shortcuts

Share