30/07/2026
PERHIMPUNAN BULANAN BIL.1/2026 DAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
Perhimpunan Bulanan JKR TLDM telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini dengan dihadiri oleh Jurutera Awam Kanan, Ir. Dr. Tan Lay Boon, Jurutera Elektrik, Ir. Ts. Norfariza binti Zakaria, serta Jurutera Mekanikal, En. Mohd Firdaus bin Che Ibrahim, bersama-sama seluruh warga kerja JKR TLDM.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Kebesaran Negeri Perak, Lagu Perkhidmatan Awam serta lagu patriotik bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan. Seterusnya, seluruh warga JKR TLDM melafazkan Ikrar Perkhidmatan Awam sebagai tanda komitmen untuk terus melaksanakan amanah dengan penuh integriti, profesionalisme dan tanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Dalam amanat beliau, Jurutera Awam Kanan, Ir. Dr. Tan Lay Boon menyeru seluruh warga JKR TLDM agar menghayati semangat Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 dengan memupuk nilai patriotisme, memperkukuhkan perpaduan serta menzahirkan rasa cinta kepada negara melalui komitmen dan kecemerlangan dalam melaksanakan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan. Beliau turut menekankan kepentingan budaya kerja yang berteraskan integriti, profesionalisme, akauntabiliti dan kerjasama demi memastikan penyampaian perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik.
Semoga Perhimpunan Bulanan ini terus menjadi platform yang menyatukan aspirasi, memperkukuhkan kebersamaan serta menyemarakkan semangat seluruh warga JKR TLDM untuk terus melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi dalam menyokong kesiapsiagaan infrastruktur dan fasiliti Tentera Laut Diraja Malaysia.