KD SRI MANJUNG

Directions Website

KD SRI MANJUNG KD SRI MANJUNG merupakan salah satu daripada 11 unit Pasukan Simpanan TLDM yang terletak di negeri Perak.

18/09/2026
๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ž๐—˜-๐Ÿต๐ŸฏKeamanan yang dinikmati hari ini tidak hadir dengan sendirinya. Di sebalikny...
16/09/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ž๐—˜-๐Ÿต๐Ÿฏ

Keamanan yang dinikmati hari ini tidak hadir dengan sendirinya. Di sebaliknya berdiri generasi yang telah memilih untuk berkhidmat, meninggalkan keselesaan dan melaksanakan amanah ketika negara memerlukan mereka.

Kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia, serta mereka yang telah mendahului kita, setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat dan pengorbanan kepada negara.

Selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-93 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ucapan ikhlas daripada Pegawai Memerintah dan seluruh warga KD SRI MANJUNG.

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ16 September 1963. Lebih enam dekad berlalu, Malaysia terbentuk dengan penya...
16/09/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

16 September 1963. Lebih enam dekad berlalu, Malaysia terbentuk dengan penyatuan Sabah, Sarawak dan Semenanjung sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Hari ini, kemajuan, keamanan dan perpaduan yang kita kecapi perlu terus kita pelihara demi masa depan ibu pertiwi.

Selamat Hari Malaysia daripada Pegawai Memerintah dan seluruh warga KD SRI MANJUNG.

๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—”๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒMANJUNG, 5 September 2026 โ€“ KD SRI MANJUNG telah menyertai Kon...
09/09/2026

๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—”๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

MANJUNG, 5 September 2026 โ€“ KD SRI MANJUNG telah menyertai Konvensyen Aspirasi Belia Perak 2026 yang berlangsung di UniKL-MIMET, Manjung. Program anjuran Jawatankuasa Portfolio Menteri Besar Dewan Belia Perak Sesi Ke-5 dengan kerjasama UniKL-MIMET ini mengetengahkan tema Hak Sivil, Kesukarelawanan dan Kerjaya.

Antara pengisian program termasuk pendedahan mengenai peluang kepimpinan melalui Dewan Belia Perak dan Parlimen Belia Malaysia, sesi interaktif berkaitan hak undang-undang belia bersama En. Muhammad Zulzarif bin Mohd Zakuan, Wakil Jawatankuasa Peguam Perak, serta pengenalan PSSTLDM dan peluang kesukarelawanan bersama KD SRI MANJUNG.

Dalam sesi perkongsian bersama belia, YBhg. Kdr Mohd Nazri bin Sharif PSSTLDM, Pegawai Memerintah KD SRI MANJUNG, turut berkongsi pengalaman penugasan serta kisah sejarah PASKAL di Teluk Aden, termasuk kisah Kapal Bunga Laurel dan Kapal Bunga Mas 5 (BM5) yang berkait dengan misi tersebut.

Turut hadir YBrs. Ts. Dr. Zaimi bin Zainal Mukhtar, Dekan dan Ketua Kampus UniKL-MIMET, YBrs. Dr. Muhammad Adib bin Muhammad Mazri, Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Menteri Besar Dewan Belia Perak Sesi Ke-5, serta barisan Sekretariat Dewan Belia Negeri Perak Sesi Ke-5 2025/2026.

Penglibatan KD SRI MANJUNG mencerminkan komitmen TLDM dalam mendekati generasi muda, memperkenalkan peranan PSSTLDM serta menyemai nilai kepimpinan, kesukarelawanan dan khidmat kepada negara.



Markas Pasukan Simpanan TLDM
MK ATM - BMAS

๐—™๐—œ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—จ๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ; ๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š-๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š, ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—”๐—ก & ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—”๐—ก๐—ฃ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—กLUMUT, 29 Ogos 2026 โ€“ KD SRI MANJUNG telah turut serta...
09/09/2026

๐—™๐—œ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—จ๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ; ๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š-๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š, ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—”๐—ก & ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—”๐—ก๐—ฃ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก

LUMUT, 29 Ogos 2026 โ€“ KD SRI MANJUNG telah turut serta dalam Fiesta Lumut 2026 โ€“ Gotong-Royong, Keceriaan & Hari Tanpa Kenderaan @ Car Free Day yang berlangsung di Dataran Putra, Lumut.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Senator Datoโ€™ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, yang turut meluangkan masa bersama masyarakat sepanjang program berlangsung.

Turut hadir Orang Besar Jajahan Manjung, Pegawai Daerah Manjung, barisan kepimpinan Majlis Perbandaran Manjung (MPM), wakil agensi kerajaan serta komuniti setempat.

Penyertaan KD SRI MANJUNG dalam program ini melibatkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk Brisk Walk Mini Merdeka sejauh 3 kilometer, gotong-royong dan aktiviti keceriaan, selaras dengan usaha memperkukuh hubungan antara TLDM dan komuniti setempat.

Penyertaan ini turut mencerminkan komitmen warga KD SRI MANJUNG dalam memperkukuh hubungan antara TLDM dan komuniti setempat, di samping menyokong usaha membudayakan gaya hidup sihat, semangat patriotisme dan kebersamaan masyarakat, khususnya di bulan sambutan hari kebangsaan.



Markas Pasukan Simpanan TLDM
MK ATM - BMAS

๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—œ๐—› ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐——๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—” ๐—ซ๐—ซ๐—œ๐—œ๐Ÿฅ‰SUKMA XXII (Sukan Malaysia) yang berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos 2...
09/09/2026

๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—œ๐—› ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐——๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—” ๐—ซ๐—ซ๐—œ๐—œ๐Ÿฅ‰

SUKMA XXII (Sukan Malaysia) yang berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos 2026 telah menyaksikan kejayaan LK II TNL MUHAMAD MUKHRIZ KHAN BIN MUZAFAR KHAN, warga KD SRI MANJUNG, yang berjaya meraih pingat Gangsa dalam kategori 51 kg di peringkat kebangsaan.

Kejayaan ini mencerminkan semangat juang, disiplin dan komitmen tinggi anggota TLDM dalam mengharumkan nama perkhidmatan melalui kecemerlangan dalam bidang sukan.

Syabas dan tahniah diucapkan! Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi. โš“๏ธ

Terus melakar sejarah!



Markas Pasukan Simpanan TLDM
MK ATM - BMAS

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—œ๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฅ๐—”๐—™๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒIPOH, 28 Ogos 2026 โ€“ Sekalung tahniah diucapkan kepada PKK Muhammad A...
09/09/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—œ๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฅ๐—”๐—™๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

IPOH, 28 Ogos 2026 โ€“ Sekalung tahniah diucapkan kepada PKK Muhammad Adib bin Mohamad Mazri atas kejayaan menerima Anugerah Khas Belia Kerajaan Negeri Perak 2026 โ€“ Kategori Daya Maju dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara dan Anugerah Khas Belia Peringkat Negeri Perak 2026 yang berlangsung di M Place, M Roof Hotel & Residences.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen, kepimpinan dan sumbangan berterusan PKK Adib dalam pembangunan belia serta khidmat kepada masyarakat. Pencapaian ini turut menjadi pemangkin untuk terus melakar impak positif dan menjadi teladan kepada generasi muda.

Syabas dan tahniah PKK Adib!
Semoga pengiktirafan ini terus menyemarakkan semangat untuk berbakti, memimpin dan mencetuskan perubahan demi kemajuan belia dan negeri Perak.

SEDIA BERKORBAN โš“๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ



Markas Pasukan Simpanan TLDM
MK ATM - BMAS

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐— ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—จ๐—ก๐——๐—” ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—”  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—จ19 Ogos - Kunjungan hormat oleh Lt Kdr Norman bin Ahmad Sha...
08/09/2026

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐— ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—จ๐—ก๐——๐—” ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—จ

19 Ogos - Kunjungan hormat oleh Lt Kdr Norman bin Ahmad Shaip TLDM, Pegawai Memerintah KTD PENYU telah diadakan kepada Pegawai Memerintah KD SRI MANJUNG sebagai platform untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan PSSTLDM, khususnya dalam aspek latihan dan pembangunan anggota sukarela bagi menyokong hasrat pengurusan tertinggi Markas Pasukan Simpanan TLDM iaitu Onboard Training Program (OTP).

Kapal bukan sahaja merupakan aset operasi TLDM, malah berperanan sebagai platform latihan praktikal yang memberi pendedahan kepada anggota sukarela berkaitan kehidupan di kapal, disiplin, keselamatan, seamanship, komunikasi dan kerja berpasukan.

Pendedahan ini penting dalam meningkatkan kompetensi, keyakinan dan kesiapsiagaan anggota sukarela dalam mendukung tugas serta tanggungjawab demi kepentingan perkhidmatan dan kedaulatan negara.





Markas Pasukan Simpanan TLDM
MK ATM - BMAS

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—™ ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—› (๐—ž๐—ฃ๐—ฆ๐—ฅ) ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฆ๐—ง๐—Ÿ๐——๐—  ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐Ÿฎ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒKURSUS PEGAWAI STAF RENDAH (KPSR) PSSTLDM BAHAGIAN 2 TAHU...
08/09/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—™ ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—› (๐—ž๐—ฃ๐—ฆ๐—ฅ) ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฆ๐—ง๐—Ÿ๐——๐—  ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐Ÿฎ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

KURSUS PEGAWAI STAF RENDAH (KPSR) PSSTLDM BAHAGIAN 2 TAHUN 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bagi memperkasakan pengetahuan, kemahiran serta kompetensi pegawai dalam melaksanakan tugas-tugas staf dan operasi.

Kursus ini telah dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar berpengalaman daripada PLPE ATM, iaitu Kdr Anis Bin Khakim TLDM dan Lt Kdr Anwar Bin Md Choid TLDM.

Antara modul yang telah dilaksanakan sepanjang kursus adalah:

โš“ M1 โ€“ Joint Military Appreciation Process
โš“ M2 โ€“ Directive, Orders & Instruction
โš“ M3 โ€“ Operation Orders
โš“ M4 โ€“ Warning Order
โš“ M5 โ€“ Law Of Armed Conflicts (LoAC)
โš“ M6 โ€“ United Nations Convention On The Law Of The Sea

Seramai dua orang pegawai daripada PSSTLDM telah menghadiri dan menamatkan kursus ini, iaitu:

๐Ÿ”น Lt Dya Siti Noorfarahana Binti Hairil Faddli PSSTLDM
๐Ÿ”น Lt Dya Syazwan Bin Abdul Shukor PSSTLDM

Kedua-dua pegawai tersebut telah berjaya lulus dengan cemerlang dan seterusnya layak untuk dianugerahkan Sijil Kursus Pegawai Staf Rendah (KPSR) PSSTLDM Bahagian 2 Tahun 2026.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua pegawai atas kejayaan yang membanggakan ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam mempertingkatkan keupayaan serta kecemerlangan perkhidmatan, khususnya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi PSSTLDM, TLDM dan negara.

โš“ SYABAS DAN TAHNIAH! โš“






Markas Pasukan Simpanan TLDM
MK ATM - BMAS

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—› ๐—™๐—”๐—ฆ๐—” ๐Ÿฏ (๐—ž๐—”๐—ฃ๐—ง ๐Ÿฏ) ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—Ÿ๐——๐—  17-21 Ogos, Seramai 8 orang Pegawai Kadet dari u...
08/09/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—› ๐—™๐—”๐—ฆ๐—” ๐Ÿฏ (๐—ž๐—”๐—ฃ๐—ง ๐Ÿฏ) ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—Ÿ๐——๐— 

17-21 Ogos, Seramai 8 orang Pegawai Kadet dari unit KD SRI MANJUNG telah mengikuti Kursus Asas Pra Tauliah Fasa 3 (KAPT 3) siri 4 yang berlangsung selama 5 hari di MPS TLDM. Kursus ini juga turut disertai oleh unit PALAPES dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dan juga unit PSSTLDM yang lain iaitu dari KD SRI MEDINI dan PSTL SETIU.

Tujuan kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan lanjut teori dan praktikal tentang pengetahuan asas dalam perkhidmatan TLDM. Antara kelas dan latihan yang telah diadakan adalah Naval Ethics, pengenalan senjata kecil, pengenalan komunikasi visual dan bunyi, latihan rempuh halangan, latihan renang dan mengawal kerosakan dan melawan api.

Selain itu, kursus ini merupakan salah satu pra-syarat untuk kenaikan pangkat Pegawai Kadet Kanan (PKK). Semoga dengan ilmu yang diterima sepanjang kursus ini dapat diaplikasikan sebaik mungkin oleh para peserta sepanjang perkhidmatan di dalam unit PSSTLDM masing - masing.

Nama Pegawai yang terlibat adalah seperti berikut:
1.โ  โ PK JOHAN ARIF BIN AHMAD ZAINI
2.โ  โ PK MUHAMMAD AMIN BIN AHMAD RADZUAN
3.โ  โ PK MUHAMMAD FAIRUZ BIN AHMAD
4.โ  โ PK SYAHRUL RAMADHAN BIN AHMAD KAMAL ARIFFIN
5.โ  โ PK MUHAMMAD HASRIZZAT BIN HASHIM
6.โ  โ PK NOR ADLINA BINTI OTHMAN
7.โ  โ PK QAMARUL AMIN BIN SUHAIMI
8.โ  โ PK NUR SYAFIQAH BINTI HAMZAH

SEDIA BERKORBAN!





Markas Pasukan Simpanan TLDM
MK ATM - BMAS

Address

Lumut

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KD SRI MANJUNG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share