21/10/2026
ππππππππππππ πππππππ πππππ πππππππ ππππ πππππππππ πππ πππππππ
Machang, 21 Oktober 2026 (Rabu) β Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Oktober 2026 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang telah berlangsung dengan jayanya di Padang Kawad IPD Machang pada pagi ini.
Majlis dimulakan dengan ketibaan YDH Supt. Azuhar bin Md Nor, Ketua Polis Daerah Machang, yang diiringi oleh ASP Zulkofli bin Said, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Machang.
Majlis diteruskan dengan penyampaian laporan kehadiran oleh Insp. Muhammad Muhaimin bin Nagor Maidin (BSJ) selaku Pegawai Baris, diikuti nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Sang Saka Biru. Seterusnya, bacaan doa dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Suhairon bin Dalim dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) IPD Machang, manakala bacaan ikrar diketuai oleh Insp. Fatin Nurhanis binti Ibrahim (BSPT).
Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh seramai 101 orang warga IPD Machang, yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam dari semua bahagian serta balai polis di bawah pentadbiran IPD Machang.
Dalam majlis berkenaan, YDH Ketua Polis Daerah Machang telah membacakan Perutusan YDH Datoβ Ketua Polis Kelantan yang menekankan kepentingan komitmen, integriti, disiplin dan profesionalisme dalam kalangan warga PDRM bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepolisan yang berkualiti kepada masyarakat.
Majlis turut menyaksikan penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Daerah Machang kepada 21 orang penerima yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam.
Penyampaian penghargaan ini merupakan tanda pengiktirafan terhadap sumbangan, komitmen serta prestasi cemerlang yang ditunjukkan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat sebagai simbol semangat setiakawan, kesetiaan dan iltizam warga PDRM dalam meneruskan amanah menjaga keselamatan serta ketenteraman awam.