Pejabat Kesihatan Daerah Machang - Laman Rasmi

Call Directions Website

Pejabat Kesihatan Daerah Machang - Laman Rasmi Laman rasmi Facebook Pejabat Kesihatan Daerah Machang

🚨 MAKLUMAN KES DEMAM DENGGI DI LOKALITI TAMAN DESA BAKTI, MUKIM LABOK 🚨📢 Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwas...
25/09/2026

🚨 MAKLUMAN KES DEMAM DENGGI DI LOKALITI TAMAN DESA BAKTI, MUKIM LABOK 🚨

📢 Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan bagi memutuskan rantaian penularan denggi.

🦟 Luangkan 10 minit setiap minggu untuk:
✅ Periksa kawasan rumah dan persekitaran
✅ Buang atau balikkan bekas yang boleh menakung air
✅ Bersihkan takungan air seperti pasu, tempayan, longkang dan talam
✅ Lindungi diri daripada gigitan nyamuk
✅ Bekerjasama dalam aktiviti gotong-royong

⚠️ Jika mengalami gejala seperti demam tinggi, sakit kepala, sakit otot dan sendi, ruam atau loya/muntah, dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berhampiran.

TIADA AEDES, TIADA DENGGI! 🦟🚫


Pejabat Kesihatan Daerah Machang merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Dr Nik Suhaila binti Zakaria, Paka...
20/09/2026

Pejabat Kesihatan Daerah Machang merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Dr Nik Suhaila binti Zakaria, Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Labok, Machang, atas kejayaan program beliau yang telah terpilih sebagai Poster Komuniti Terbaik di 28th Malaysia Family Medicine Scientific Conference (FMSC) yang telah berlangsung pada 4 hingga 7 September 2026 bertempat di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC), Kuantan, Pahang.

Dr Nik Suhaila yang mempunyai kepakaran lanjutan remaja telah memulakan projek pendidikan kesihatan untuk remaja dalam bentuk 'gamified explorace' bermula pada tahun 2022 di daerah Machang dan ditambahbaik setiap tahun. Pada tahun 2025, dengan suntikan dana dari Yayasan Sime Darby dan sokongan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, program ini telah dikembangkan ke seluruh Kelantan dan dinamakan PRS_EMaS (Promosi Remaja Sejahtera_Emosi Minda dan Seksual).

Setiap pasukan remaja daerah di Kelantan telah dilatih untuk menjalankan modul seksual reproduktif dan aktiviti telah di adakan di setiap daerah dengan tambahan di Cameron Highland dan Pulau Redang pada 2025. Dua hasil kajian yang di hantar ke FMSC telah terpilih ke peringkat akhir program komuniti dengan salah satunya terpilih sebagai poster komuniti terbaik.

Sekali lagi, sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr Nik Suhaila binti Zakaria atas pencapaian yang membanggakan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga kerja PKD Machang untuk terus mencetuskan inovasi dalam perkhidmatan kesihatan, khususnya dalam usaha memperkasa generasi remaja yang lebih sihat dan sejahtera.



🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026! “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” 🇲🇾Pejabat Kesihatan Daerah Machang mengucapkan...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026! “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” 🇲🇾

Pejabat Kesihatan Daerah Machang mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. ❤️💙💛

Marilah kita bersama-sama memperkukuh semangat perpaduan, meraikan kepelbagaian dan berganding bahu demi membina Malaysia yang lebih sihat, sejahtera dan harmoni. 🤝🇲🇾

Ikhlas daripada:
Pegawai Kesihatan Daerah Machang
dan Seluruh Warga kerja PKD Machang





🩹 MAKLUMAN PERKHIDMATAN PENJAGAAN LUKA KLINIK KESIHATAN MACHANG🩹Perkhidmatan Penjagaan Luka disediakan kepada semua pesa...
15/09/2026

🩹 MAKLUMAN PERKHIDMATAN PENJAGAAN LUKA KLINIK KESIHATAN MACHANG🩹
Perkhidmatan Penjagaan Luka disediakan kepada semua pesakit yang memerlukan rawatan luka pada hari cuti hujung minggu dan cuti am.

📍 Lokasi: Klinik Kesihatan Machang
🗓️ Hari Operasi: Cuti hujung minggu & cuti am
⏰ Waktu Operasi: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📝 Pendaftaran Akhir: 11.30 pagi
☎️ No. Telefon: 09-975 0439

Luka dirawat, risiko jangkitan dikurangkan! 🩹✨

📢 Kongsikan makluman ini kepada keluarga dan rakan-rakan yang mungkin memerlukan perkhidmatan ini.


LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (TKPK) BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN (BKKM) KE PKD MACHANG🗓️ 8 ...
13/09/2026

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (TKPK) BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN (BKKM) KE PKD MACHANG

🗓️ 8 September 2026 | Selasa

Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Machang berbesar hati menerima kunjungan drp YBrs Ts. Zailina binti Abdul Majid (TKPK BKKM KKM) dalam sesi lawatan kerja beliau ke Negeri Kelantan.

Lawatan turut disantuni oleh YBrs Pn. Hajah Natrah binti Abu Bakar (TPKN BKKM JKN Kelantan) dan YBrs Dr. Siti Aisyah Binti Zakaria (Pegawai Kesihatan Daerah Machang).

Aktiviti;

🎯 Penyerahan Plak Bersih dan Selamat (BeSS) kepada pengusaha Serri Bakery, Machang

🎯 Penyerahan Sijil Penyenaraian Homebased dan Plak Home Based kepada 4 pengusaha sediaan makanan dirumah.

Terima kasih atas kunjungan ini.





⚠️ 10 MINIT SEMINGGU BOLEH SELAMATKAN NYAWA! ⚠️Tahukah anda? Nyamuk Aedes pembiak utama denggi! Jom luangkan sedikit mas...
12/09/2026

⚠️ 10 MINIT SEMINGGU BOLEH SELAMATKAN NYAWA! ⚠️

Tahukah anda? Nyamuk Aedes pembiak utama denggi! Jom luangkan sedikit masa setiap minggu untuk:

🔹 Buang & balikkan bekas menakung air
🔹 Periksa pasu/tempat air sekurang-kurangnya seminggu sekali
🔹 Bersihkan longkang & talam
🔹 Pasang jaring nyamuk

Kenali gejala awal demam denggi dan dapatkan rawatan dengan segera sebelum terlambat. Kesihatan keluarga keutamaan kita! ❤️



LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (TKPK) BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN (BKKM) KE PKD MACHANG🗓️ 8 ...
08/09/2026

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (TKPK) BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN (BKKM) KE PKD MACHANG

🗓️ 8 September 2026 | Selasa

Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Machang berbesar hati menerima kunjungan drp YBrs Ts. Zailina binti Abdul Majid (TKPK BKKM KKM) dalam sesi lawatan kerja beliau ke Negeri Kelantan.

Lawatan turut disantuni oleh YBrs Pn. Hajah Natrah binti Abu Bakar (TPKN BKKM JKN Kelantan) dan YBrs Dr. Siti Aisyah Binti Zakaria (Pegawai Kesihatan Daerah Machang).

Aktiviti:

🎯 Lawatan ke Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (UKKM) PKD Machang

Terima kasih atas kunjungan ini.





🌫️ PANDUAN KESIHATAN & KESELAMATAN: MENGHADAPI JEREBUJerebu boleh menjejaskan kesihatan, khususnya kanak-kanak, warga em...
06/09/2026

🌫️ PANDUAN KESIHATAN & KESELAMATAN: MENGHADAPI JEREBU

Jerebu boleh menjejaskan kesihatan, khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai penyakit respiratori.

Orang ramai dinasihatkan untuk:
😷 Memakai pelitup muka N95 ketika berada di luar.
🏠 Mengurangkan aktiviti luar dan kekal di dalam rumah apabila bacaan IPU tidak sihat.
💧 Minum air secukupnya dan jaga kebersihan diri.
🪟 Tutup pintu dan tingkap serta gunakan penapis udara jika ada.
📊 Pantau bacaan IPU semasa melalui APIMS dan ikuti nasihat pihak berkuasa.

⚠️ Jika mengalami sesak nafas, sakit dada atau batuk berterusan yang teruk, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.

Lindungi diri, lindungi keluarga. Bersama-sama kita hadapi jerebu dengan lebih selamat.



🤰🏻 Kesihatan pra-kehamilan penting untuk menjamin kehamilan yang sihat.Amalkan gaya hidup sihat, dapatkan saringan kesih...
03/09/2026

🤰🏻 Kesihatan pra-kehamilan penting untuk menjamin kehamilan yang sihat.
Amalkan gaya hidup sihat, dapatkan saringan kesihatan awal dan kenal pasti risiko kesihatan sebelum merancang kehamilan. 💗

Dapatkan pemeriksaan prakehamilan di fasiliti kesihatan berdekatan anda. Jaga kesihatan hari ini, demi masa depan yang lebih sihat.🌸


🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾Sempena sambutan Hari Kebangsaan, marilah kita bersama-sama menghayati ert...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

Sempena sambutan Hari Kebangsaan, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan membina masyarakat yang sihat, bersatu dan sejahtera.

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, malah merangkumi kebebasan untuk menikmati kehidupan yang berkualiti melalui persekitaran yang sihat, amalan gaya hidup sihat serta kesejahteraan fizikal, mental dan sosial.

🌿 Bersama-sama kita memperkukuh kesedaran kesihatan, mencegah penyakit dan membudayakan amalan hidup sihat demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati ❤️🇲🇾

Ikhlas daripada:
PEGAWAI KESIHATAN DAERAH MACHANG
DAN SELURUH WARGA KERJA PKD MACHANG

Address

Machang
18500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6099750400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Machang - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share