03/10/2026
MARA PERLUAS PASARAN GLOBAL, 42 USAHAWAN CATAT RM461 JUTA DI MIHAS 2026
Penyertaan 42 usahawan dan syarikat di bawah program Gate to Global (GTG) MARA di Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026 merekodkan nilai perniagaan sebanyak RM461 juta.
Nilai itu dicatat sepanjang empat hari penganjuran MIHAS, dari 23 hingga 26 September 2026, termasuk pemeteraian 24 Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM417 juta.
Menerusi GTG, MARA menghubungkan usahawan Bumiputera dengan pembeli serta rakan strategik antarabangsa melalui pameran perdagangan, padanan perniagaan dan jaringan strategik.
MARA akan terus memperluas GTG sebagai platform pengantarabangsaan bagi membantu usahawan Bumiputera menembusi pasaran global sekaligus memperkasa kedudukan produk serta jenama tempatan di peringkat antarabangsa.