05/10/2026
TAKLIMAT MODUL INFORMATION LITERACY PROGRAMME (ILP)
Perpustakaan Tengku Anis (PTA), UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Taklimat Modul Information Literacy Programme (ILP) pada 5 Oktober 2026 secara dalam talian melalui platform Google Meet. Taklimat ini melibatkan pelajar baharu daripada pelbagai program pengajian dan telah dilaksanakan dalam dua sesi.
Objektif utama taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu mengenai konsep dan kemahiran literasi maklumat, khususnya dalam mengenal pasti, mencari, mengakses, menilai dan menggunakan maklumat secara berkesan. Taklimat ini juga bertujuan memperkenalkan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan supaya pelajar dapat memanfaatkannya secara optimum sepanjang tempoh pengajian. Selain itu, program ini turut memberi penekanan terhadap kemahiran mengakses dan menilai sumber rujukan akademik, termasuk penggunaan pangkalan data dan bahan digital secara tepat.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Azrul Nizam Abdul Rahman, Pustakawan Perpustakaan Tengku Anis. Sepanjang sesi, pelajar diperkenalkan kepada pelbagai sumber, perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang boleh digunakan bagi mendapatkan maklumat yang relevan dan berkualiti.
Diharapkan melalui taklimat ini, para pelajar dapat membina kemahiran literasi maklumat yang baik, meningkatkan keupayaan dalam mencari, menilai dan menggunakan sumber maklumat akademik secara berkesan, tepat dan beretika serta membantu pelajar memanfaatkan sepenuhnya sumber, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan.
๐ฒ Stay connected with us
โฃ https://linktr.ee/ptauitmck