22/09/2026
Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat akhirnya melabuhkan tirainya di Tanjung Bidara selepas menjelajah kesemua 28 Dewan Undangan Negeri di Melaka.
Hampir 5,000 aduan rakyat diterima sepanjang perjalanan WRUR. Bukan sekadar turun padang, tetapi membuka ruang untuk rakyat bersuara, masalah didengar dan tindakan dapat diambil.
Terima kasih YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh atas inisiatif yang membawa pelbagai manfaat kepada rakyat di seluruh Melaka.
28 DUN sudah kita jelajahi. Ribuan rakyat sudah kita santuni. Banyak suara rakyat sudah kita dengari.
Kalau ada rezeki dan peluang, buatlah lagi! ππ
WRUR mungkin sudah melabuhkan tirai, tetapi khidmat kepada rakyat tidak pernah berhenti.