Kesukkma

Directions

Kesukkma Page Rasmi KESUKKMA

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KESUKKMA KE-27 (SESI 2024–2026)Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KESUKKMA Ke-27 bagi sesi 2024–2026 ...
09/10/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KESUKKMA KE-27
(SESI 2024–2026)

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KESUKKMA Ke-27 bagi sesi 2024–2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 24 September 2026, Khamis, jam 3.00 petang, bertempat di Dewan Auditorium Kompleks Mahkamah Melaka.

Majlis ini telah dihadiri oleh Penasihat KESUKKMA, YBrs. Tuan Mohamad Kamil bin Nizam, serta Naib Pengerusi 1, Puan Nurul Asyikin binti Rosli.

Agenda mesyuarat dimulakan dengan pengesahan minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-26, dan disusuli dengan pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan Kelab serta Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2025. Seterusnya, majlis menyaksikan pembubaran rasmi Ahli Jawatankuasa (AJK) KESUKKMA sesi 2024–2026 bagi memberi laluan kepada pelantikan barisan kepimpinan baharu bagi sesi 2026–2028.

Bagi menghargai kecemerlangan akademik anak-anak ahli, upacara penyampaian Hadiah Kecemerlangan Peperiksaan SPM Tahun 2025 turut diadakan. Penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohamad Kamil bin Nizam sebagai simbolik penghargaan atas pencapaian cemerlang mereka.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 2026 “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, Sambutan Hari Kemerdekaan menjadi wa...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 2026

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”,

Sambutan Hari Kemerdekaan menjadi wadah untuk kita bersama-sama mensyukuri nikmat keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yang dikecapi sebagai sebuah negara yang berdaulat.


𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟲/𝟏𝟒𝟒𝟴𝐇KESUKKMA melalui Biro Agama mengucapkan Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1448H kepada s...
24/08/2026

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟲/𝟏𝟒𝟒𝟴𝐇

KESUKKMA melalui Biro Agama mengucapkan Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1448H kepada seluruh umat Islam

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ serta ahli keluarga baginda.


Kejohanan Sukan Bar and Bench 2026Pada 11 dan 18 Julai 2026  lepas,satu perlawanan sukan untuk merebut Piala Bar And Ben...
27/07/2026

Kejohanan Sukan Bar and Bench 2026
Pada 11 dan 18 Julai 2026 lepas,satu perlawanan sukan untuk merebut Piala Bar And Bench telah diadakan antara Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Mahkamah-Mahkamah Negeri Melaka(KESUKKMA) dan Majlis Peguam Negeri Melaka (Malacca Bar). Perlawanan ini dijalankan di Malacca Club Rotunda,Tg Kling Melaka dan Stadium Hang Tuah Melaka. Tahun ini kedua-dua pasukan berkongsi kemenangan dengan keputusan 3-3. Acara sukan yang dipertandingkan adalah PingPong,Dart, Snooker,Badminton,Bola Sepak dan untuk pertama kalinya juga dipertandingkan sukan Pickleball.
Keputusan:
Dart : Mahkamah🤙 Malacca Bar🙌
Snooker : Mahkamah🙌Malacca Bar🤙
Badminton : Mahkamah🤙Malacca Bar🙌
PingPong :Mahkamah🙌Malacca Bar🤙
Pickleball :Mahkamah🤙Malacca Bar🙌
Bola Sepak :Mahkamah🙌Malacca Bar🤙

Turut hadir menyaksikan perlawanan adalah Ketua Biro Sukan KESUKKMA,Tuan Uthman Bin Abd Ghani dan Encik V M Vadivelu A/L Muthiah bagi Sports Sub-Committee Malacca,tak lupa juga kehadiran Pengarah Mahkamah Negeri Melaka,Tuan Mohamad Kamil Bin Nizam. Tahniah kepada pemenang dan terima kasih diucapkan kepada semua pemain yang terlibat serta penyokong yang hadir. Semoga tradisi ini diteruskan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah rangkuman gambar sepanjang aktiviti Piala Bar and Bench 2026 berlangsung.


Kejohanan Bar & Bench Tahun 2026 kembali lagi!!Perlawanan tahunan yang akan diadakan mengikut jadual dan ketetapan seper...
10/07/2026

Kejohanan Bar & Bench Tahun 2026 kembali lagi!!

Perlawanan tahunan yang akan diadakan mengikut jadual dan ketetapan seperti di bawah diantara pasukan Mahkamah dan pasukan Malacca Bar.Dijemput pada warga Mahkamah yang berkelapangan untuk hadir dan memberi sokongan kepada pemain-pemain Mahkamah. Semoga dengan kehadiran anda semua boleh memberi semangat dan memeriahkan suasana pada hari perlawanan nanti dan all the best pada kedua-dua pasukan💪💪
GO GO MAHKAMAH⚽🎾🎯😉


𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗥𝗥𝗔𝗠 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛 Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesejahteraan, kesihatan dan ke...
16/06/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗥𝗥𝗔𝗠 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesejahteraan, kesihatan dan keharmonian buat kita semua. Marilah bersama-sama memperkukuh nilai integriti, perpaduan dan semangat hijrah ke arah kehidupan yang lebih cemerlang demi agama, bangsa dan negara.


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG 2026DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahnia...
01/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG 2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.


SELAMAT HARI WESAK 2026KESUKKMA mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha yang meraikannya.Semoga sa...
31/05/2026

SELAMAT HARI WESAK 2026

KESUKKMA mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha yang meraikannya.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada anda sekeluarga. Marilah kita terus memupuk nilai saling menghormati, kasih sayang, persefahaman dan perpaduan demi membina masyarakat yang harmoni serta negara yang makmur.


KESUKKMA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙Semoga segala pengorbanan dan keikhlasan membawa keberkatan buat kita ...
27/05/2026

KESUKKMA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙

Semoga segala pengorbanan dan keikhlasan membawa keberkatan buat kita semua.


𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀KESUKKMA mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua. Semoga kita semua terus ...
30/04/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀

KESUKKMA mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua. Semoga kita semua terus komited bekerja dan diberikan kesihatan yang baik selalu. Setiap pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas, pasti membawa keberkatan.


Address

Kompleks Mahkamah Melaka, Jalan Tun Abdul Razak-ayer Keroh, Kampung Teluk Baharu, Ayer Keroh
Malacca City
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesukkma posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share