SWCorp Alor Gajah

Directions Website Contact the organization

SWCorp Alor Gajah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)
Cawangan Alor Gajah, Melaka

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ”ฅ JOM LARI! JOM MERIAHKAN MELAKA! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐ŸŒฟ LARIAN CERIA BANDAR BERSIH NEGERI MELAKA 2026 ๐ŸŒฟBukan sekadar larian 5KMโ€ฆ te...
07/09/2026

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ”ฅ JOM LARI! JOM MERIAHKAN MELAKA! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ

๐ŸŒฟ LARIAN CERIA BANDAR BERSIH NEGERI MELAKA 2026 ๐ŸŒฟ
Bukan sekadar larian 5KMโ€ฆ tetapi lari sambil menyokong usaha menjadikan Melaka lebih bersih, indah dan lestari! ๐Ÿ’™๐Ÿ’š

๐Ÿ“… 14 NOVEMBER 2026 (SABTU)
โฐ 7.00 PAGI
๐Ÿ“ Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka
๐Ÿƒ Jarak: 5KM SAHAJA!
๐Ÿ’ฐ Yuran: RM35

๐ŸŽ APA ANDA DAPAT?
โœ… Baju Larian Ceria ๐Ÿ‘•
โœ… Bib Nombor ๐Ÿƒ
โœ… Pingat Finisher ๐Ÿ…
โœ… Drawstring Bag ๐ŸŽ’
โœ… Sarapan Pagi ๐ŸŒ๐Ÿฅช๐Ÿ’ง
โœ… Peluang memenangi CABUTAN BERTUAH ๐ŸŽ
โŒš Jam Tangan Garmin
โŒš Jam Tangan Coros
๐Ÿ“บ๐ŸงŠ Barangan elektrik & banyak lagi!

โ™ป๏ธ ISTIMEWA UNTUK PENCINTA ALAM!
Bawa barangan kitar semula minimum 2KG semasa mengambil Race Kit dan rebut peluang Cabutan Bertuah Khas! ๐ŸŒฑโ™ป๏ธ

๐Ÿ“ข JANGAN TUNGGU LAMA!
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh Tutup Penyertaan: 15 OKTOBER 2026

๐Ÿ“ฒ DAFTAR SEKARANG!
๐Ÿ‘‰ Imbas QR Code pada poster untuk membuat pendaftaran atau tekan link di bawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://forms.gle/XUuxYR46bDV3G5gp7

๐Ÿ”ฅ Ajak keluarga!
๐Ÿ”ฅ Ajak kawan-kawan!
๐Ÿ”ฅ Ajak rakan sekerja!
๐Ÿ”ฅ Jom kita penuhkan Melaka dengan semangat positif!

๐Ÿ’™ JOM LARI!
๐Ÿ’š UNTUK MELAKA YANG BERSIH & LESTARI!

Bersama Melaka, Bersih & Lestari! ๐ŸŒฟ

PERHATIAN WARGA KAMPUNG BARU, KUALA SUNGAI BARU DAN KAWASAN SEKITARKebersihan kampung adalah cermin sikap kita. Namun, s...
11/08/2026

PERHATIAN WARGA KAMPUNG BARU, KUALA SUNGAI BARU DAN KAWASAN SEKITAR

Kebersihan kampung adalah cermin sikap kita. Namun, sangat mendukacitakan apabila melihat keadaan semasa di Rumah Sampah, Kampung Baru, Kuala Sungai Baru.

Tong sampah bersaiz besar telah disediakan, tetapi masih terdapat longgokan sampah yang dibuang merata-rata di luar bangunan dan di atas jalan raya. Sikap sebegini bukan sahaja mencemarkan pemandangan, malah mengundang bau busuk, haiwan perosak, dan penyakit!

HENTIKAN SIKAP SAMBIL LEWA!
-Mohon kerjasama semua penduduk untuk:
-Ikat beg sampah dengan kemas sebelum dibuang.
-Buang sampah TERUS KE DALAM TONG, bukan ditinggalkan di tepi atau di luar tong.
-Jangan buang sisa perabot atau sisa binaan di kawasan ini.

โš ๏ธ AMARAN PENGUATKUASAAN (SISA PEPEJAL & SAMPAH KECIL) โš ๏ธ
Tindakan tegas dan KOMPAUN akan dikenakan kepada mana-mana individu yang didapati membuang sampah kecil atau melonggokkan sampah secara haram di luar kawasan yang dibenarkan. Pihak penguatkuasa SWCorp akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa. Jangan menyesal jika anda tertangkap!

Mari kita sama-sama mainkan peranan. Jadikan Kuala Sungai Baru kawasan yang bersih, indah, dan selesa untuk didiami. Kalau bukan kita yang jaga kampung kita, siapa lagi?

30/06/2026

TIADA HARI TANPA PENGUATKUASAAN

30 Jun 2026, Selasa- SWCorp Cawangan Alor Gajah telah melaksanakan Ops Cegah di sekitar kawasan Alor Gajah. Ini adalah sebagai langkah penguatkuasaan terhadap kesalahan pembuangan sampah kecil di tempat awam.

Operasi ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Sepanjang operasi dijalankan, beberapa Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) telah dikeluarkan kepada individu yang didapati membuang sampah kecil di kawasan awam.

Pihak SWCorp Cawangan Alor Gajah akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan sejahtera untuk semua.

"Tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan."



30/06/2026

๐ŸŒ ๐’๐ˆ๐’๐€ ๐’๐„๐Œ๐€๐Š๐ˆ๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐๐€๐‡, ๐‘๐”๐€๐๐† ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐’๐„๐Œ๐€๐Š๐ˆ๐ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ. ๐€๐๐€ ๐’๐Ž๐‹๐”๐’๐ˆ ๐Š๐ˆ๐“๐€?

Tahukah anda, sebanyak ๐Ÿญ๐Ÿฐ.๐Ÿฒ ๐ฃ๐ฎ๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ง ๐ฌ๐ข๐ฌ๐š telah dijana pada tahun 2025? Seiring dengan pertumbuhan penduduk dan pembangunan yang pesat, jumlah ini dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Persoalannya, sampai bila kita mampu bergantung sepenuhnya kepada pembukaan tapak pelupusan sampah konvensional yang memakan ruang tanah yang sangat besar?

Sebab itulah ๐‹๐จ๐ฃ๐ข ๐–๐š๐ฌ๐ญ๐ž-๐ญ๐จ-๐„๐ง๐ž๐ซ๐ ๐ฒ (๐–๐ญ๐„) kini menjadi keperluan kritikal negara! Mari lihat bagaimana teknologi WtE bertindak sebagai jalan penyelesaian mampan demi masa depan kita:

1๏ธโƒฃ ๐’๐ข๐ฌ๐š ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ข๐ง ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐›๐š๐ก โ€“ Menguruskan peningkatan drastik sisa domestik secara sistematik dan berkesan.
2๏ธโƒฃ ๐‘๐ฎ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ข๐ง ๐“๐ž๐ซ๐ก๐š๐ โ€“ Menjadi alternatif terbaik bagi menggantikan kaedah pelupusan lama yang semakin suntuk ruang tanah.
3๏ธโƒฃ ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ง ๐Ÿ–๐Ÿ“% ๐’๐ข๐ฌ๐š ๐Š๐ž ๐“๐š๐ฉ๐š๐ค ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง โ€“ Meminimumkan jumlah sisa akhir secara drastik daripada terus tertimbus.
4๏ธโƒฃ ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ง๐š ๐“๐ž๐ง๐š๐ ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐’๐ข๐ฌ๐š โ€“ WtE memproses sisa pepejal bagi menghasilkan tenaga elektrik yang boleh dimanfaatkan semula oleh komuniti.
5๏ธโƒฃ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐จ๐ค๐จ๐ง๐  ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง ๐˜๐š๐ง๐  ๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐Œ๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ง โ€“ Membantu negara menguruskan sisa dengan lebih cekap sambil menyokong penuh kelestarian alam sekitar.

Melalui pemerkasaan Loji WtE, JPSPN komited mengubah "beban" sisa harian menjadi aset tenaga yang bernilai tinggi untuk negara.

Sama-sama kita sokong usaha transformasi hijau ini demi kesejahteraan generasi masa hadapan! ๐ŸŒฟโšก







30/06/2026
30/06/2026
30/06/2026

Menonton perlawanan bola sepak di skrin besar bersama rakan-rakan dan ahli keluarga memang menyeronokkan, lebih-lebih lagi apabila pasukan yang kita sokong berjaya meraih kemenangan.

Namun, di sebalik kemeriahan itu, kita wajib memastikan kawasan tontonan kekal bersih dengan tidak meninggalkan sebarang sampah selepas perlawanan berakhir.

Sekiranya tiada tong sampah berhampiran atau tong sampah telah penuh, bawa pulang sampah anda dan buangkannya di rumah.

Mulai tahun 2026, penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebersihan di tempat awam telah diperkukuh menerusi pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jika didapati bersalah membuang sampah merata-rata, anda boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 serta dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam.

Jom sama-sama kita menjaga kebersihan di tempat awam.

30/06/2026

Address

Malacca City
75300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Alor Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SWCorp Alor Gajah:

Shortcuts

Share