SWCorp Hang Tuah Jaya

Call Directions Website Contact the organization

SWCorp Hang Tuah Jaya Page FB Rasmi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Cawangan Hang Tuah Jaya.

10/09/2026 (Khamis) : SWCorp Cawangan Hang Tuah Jaya telah menyelaras satu sesi perbincangan dan lawatan tapak bagi peny...
11/09/2026

10/09/2026 (Khamis) : SWCorp Cawangan Hang Tuah Jaya telah menyelaras satu sesi perbincangan dan lawatan tapak bagi penyelesaian aduan di Taman Saujana Indah, Melaka.

Lawatan yang turut dihadiri oleh wakil penduduk taman perumahan, pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelesenan & Kesihatan Awam, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Perancang Bandar Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya - Bandaraya Pintar diadakan bertujuan bagi membincangkan isu aduan penduduk setempat dan mencari jalan penyelesaian terbaik kepada semua pihak yang terlibat.

Terima kasih di atas kerjasama semua dalam sesi perbincangan dan lawatan tapak ini. Diharapkan agar keputusan yang dicapai secara bersama ini dapat menyelesaikan isu-isu berbangkit secara win-win situation demi kesejahteraan bersama.




09/09/2026
๐™ˆ๐™š๐™ก๐™–๐™ ๐™–, ๐™Š๐™ฅ๐™š๐™ง๐™–๐™จ๐™ž ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™–๐™ฉ๐™ ๐™ช๐™–๐™จ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™จ๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™ž๐™จ๐™– ๐˜ฟ๐™ž ๐™‹๐™ช๐™ฃ๐™˜๐™– (๐™Ž๐˜ผ๐™Ž) ๐™™๐™ž ๐™๐™–๐™ข๐™–๐™ฃ ๐™Š๐™ฏ๐™–๐™ฃ๐™– ๐™๐™š๐™จ๐™ž๐™™๐™š๐™ฃ๐™ฉ๐Ÿ“๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒSWCorp telah melaksan...
14/08/2026

๐™ˆ๐™š๐™ก๐™–๐™ ๐™–, ๐™Š๐™ฅ๐™š๐™ง๐™–๐™จ๐™ž ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™–๐™ฉ๐™ ๐™ช๐™–๐™จ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™จ๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™ž๐™จ๐™– ๐˜ฟ๐™ž ๐™‹๐™ช๐™ฃ๐™˜๐™– (๐™Ž๐˜ผ๐™Ž) ๐™™๐™ž ๐™๐™–๐™ข๐™–๐™ฃ ๐™Š๐™ฏ๐™–๐™ฃ๐™– ๐™๐™š๐™จ๐™ž๐™™๐™š๐™ฃ๐™ฉ
๐Ÿ“๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

SWCorp telah melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Pengasingan Sisa di Punca (SAS) di Taman Ozana Resident bagi menilai tahap pematuhan penghuni terhadap pelaksanaan pengasingan sisa di punca.

Sebanyak 268 premis telah diperiksa.

Hasil pemeriksaan mendapati penghuni di kawasan telah melaksanakan pengasingan sisa di punca dengan baik, sekali gus mencerminkan tahap kesedaran dan pematuhan yang tinggi terhadap pelaksanaan Pengasingan Sisa di Punca (SAS).

SWCorp akan terus memperkukuh pelaksanaan operasi penguatkuasaan, pemantauan dan aktiviti pendidikan secara berterusan bagi memastikan amalan pengasingan sisa di punca terus dipatuhi serta membudayakan pengurusan sisa pepejal yang lebih mampan ke arah merealisasikan Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera.




๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐Œ๐”๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐€๐“๐Š๐”๐€๐’๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐“๐”๐‘๐€๐-๐๐„๐‘๐€๐“๐”๐‘๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐€ ๐๐„๐๐„๐‰๐€๐‹ ๐Š๐Ž๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐€๐‹, ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐’๐ˆ๐€๐ ...
13/08/2026

๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐Œ๐”๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐€๐“๐Š๐”๐€๐’๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐“๐”๐‘๐€๐-๐๐„๐‘๐€๐“๐”๐‘๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐€ ๐๐„๐๐„๐‰๐€๐‹ ๐Š๐Ž๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐€๐‹, ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐’๐ˆ๐€๐ (๐‚๐ˆ๐ˆ) ๐ƒ๐ˆ ๐“๐€๐Œ๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐ˆ๐Œ ๐‰๐€๐˜๐€, ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€.

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: 13 OGOS 2026

Satu Operasi Pemutihan Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Pengurusan Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian dan Keinstitusian (CII) telah diadakan oleh pasukan Penguat Kuasa SWCorp Cawangan Hang Tuah Jaya di premis-premis Taman Perindustrian Malim Jaya Melaka.

Untuk makluman, perkhidmatan kutipan sisa pepejal di kawasan Taman Perindustrian Malim Jaya telah ditamatkan oleh SWCorp & SWM Environment Sdn Bhd pada 31 Julai 2026.

Namun, selepas tempoh tersebut pihak SWM masih melaksanakan perkhidmatan kutipan di kawasan ini secara CSR di premis-premis yang masih belum membuat lantikan kontraktor CII.

Adalah diingatkan, bermula 1 OGOS 2026 kutipan sisa pepejal tidak akan lagi dilaksanakan oleh pihak SWM. Mana-mana pemilik premis yang masih gagal membuat lantikan kontraktor CII atau gagal mematuhi peraturan-peraturan CII yang ditetapkan sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan kompoun sehingga RM 10,000.00.

Klik link di bawah bagi mendapatkan senarai kontraktor CII yang berlesen:
https://www.swcorp.gov.my/kontraktor-pemungutan-sisa-pepejal-komersial-perindustrian-dan-keinstitusian-cii-berlesan/



31/07/2026

ส€แด€ษดษขแด‹แดœแดแด€ษด แดŠแดœสŸแด€ษช ส™แด‡ส€๊œฑแด€แดแด€ สœแด€ษดษข แด›แดœแด€สœ แดŠแด€สแด€




๐Ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐š๐ญ๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š๐š๐ง ๐’๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ก ๐Š๐ž๐œ๐ข๐ฅ ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š ๐€๐ซ๐ ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ“ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”SWCorp telah me...
26/07/2026

๐Ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐š๐ญ๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š๐š๐ง ๐’๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ก ๐Š๐ž๐œ๐ข๐ฅ ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š ๐€๐ซ๐ ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

SWCorp telah melaksanakan Operasi Pemantauan Kebersihan dan Penguatkuasaan Sampah Kecil sempena program Melak Argofest 2026 di Dataran Sejarah, Ayer Keroh Melaka bagi memastikan tahap kebersihan kawasan penganjuran sentiasa berada pada tahap optimum sepanjang berlangsungnya program.

Operasi yang melibatkan seramai 7 orang anggota dari Pejabat Cawangan Hang Tuah Jaya ini memberi tumpuan kepada pemantauan kebersihan secara menyeluruh, pelaksanaan penguatkuasaan terhadap kesalahan membuang sampah kecil serta pendekatan pendidikan melalui teguran dan nasihat kepada peniaga serta pengunjung agar bersama-sama membudayakan amalan menjaga kebersihan kawasan awam.

Sepanjang operasi yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang, sebanyak 6 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) telah dikeluarkan terhadap individu yang melakukan kesalahan membuang sampah kecil mengikut peruntukan Akta 672.

Hasil pemantauan, tahap kebersihan di sekitar kawasan penganjuran berada dalam keadaan bersih, memuaskan dan terkawal. Kerjasama erat daripada pihak penganjur program, kontraktor pembersihan lantikan penganjur, para peniaga serta pengunjung turut menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih, kondusif dan terpelihara.

SWCorp akan terus memperkukuh usaha pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan kebersihan kawasan awam sentiasa dipelihara serta membudayakan amalan membuang sampah di tempat yang disediakan demi merealisasikan Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera.




๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐”๐€๐SWCorp Cawangan Hang Tuah Jaya terus mempergiatkan semakan lesen ICI di premis-premis Industri Kecil dan Seder...
24/07/2026

๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐”๐€๐

SWCorp Cawangan Hang Tuah Jaya terus mempergiatkan semakan lesen ICI di premis-premis Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi memastikan pematuhan terhadap pengurusan sisa pepejal.

Semakan ini dilaksanakan bagi memastikan sisa pepejal dilupuskan mengikut kaedah yang betul serta setiap premis melantik kontraktor berlesen untuk kerja-kerja pengurusan sisa.

Kesejahteraan dan kebersihan persekitaran bermula dengan pelaksanaan tanggungjawab yang betul oleh semua pihak.

Bersama-sama kita memupuk budaya pengurusan sisa yang lebih sistematik demi persekitaran yang bersih, selamat dan lestari.


26/06/2026
26/06/2026

Ikuti perkembangan semasa yang sahih di semua pautan media sosial r...

Address

Jalan Hang Tuah
Malacca City
75300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062838953

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Hang Tuah Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SWCorp Hang Tuah Jaya:

Shortcuts

Share