Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka - DPPNM

Directions Website Contact the organization

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka - DPPNM Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka,
Lot 911, KM 5 75050 Semabok Melaka. Tel : 06-2841780, Fax : 06-2827205

SALAM TAKZIAH | PERGINYA SEBUTIR PERMATA PERJUANGAN DAN PENDIDIKAN ISLAMุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽDenga...
20/10/2026

SALAM TAKZIAH | PERGINYA SEBUTIR PERMATA PERJUANGAN DAN PENDIDIKAN ISLAM

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Dengan penuh rasa dukacita, Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Haji Mohd Diah bin Abdul, Pengasas Maahad Ar-Rahmah Solok Gaung dan antara perintis perjuangan PAS di Melaka, yang kembali ke rahmatullah pada 20 Oktober 2026, jam 3.27 pagi, di Hospital Melaka, pada usia 88 tahun.

Perginya seorang insan, namun tinggalnya seribu jasa dan pengorbanan.

Allahyarham bukan sekadar seorang pejuang, bahkan pendidik yang mewakafkan usia dan tenaga demi perjuangan Islam serta pembangunan generasi berilmu.

Maahad Ar-Rahmah yang diasaskannya menjadi antara legasi berharga yang akan terus mengalirkan manfaat, insya-Allah.

Hari ini, kita kehilangan seorang murabbi dan insan yang banyak berjasa. Namun, mudah-mudahan setiap ilmu yang dimanfaatkan, setiap generasi yang dididik dan setiap amal kebajikan yang ditinggalkan menjadi saham akhirat yang tidak terputus buat Allahyarham.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ู

Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah dirinya, sejahterakanlah dan maafkanlah segala kesalahannya.

Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan pengurusan jenazah, menerima seluruh amal soleh Allahyarham serta mengurniakan ketabahan dan kesabaran kepada ahli keluarga yang ditinggalkan.

Jasamu dikenang, pengorbananmu menjadi teladan. Semoga syurga menjadi tempat pertemuan yang abadi.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada:
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI MELAKA

17/10/2026
17/10/2026

LIVE | KUPAS ISU 11.0

๐Ÿ“ข Kupas Isu 11.0 | Diskusi Dakwah DPPNM๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ TAUFAN AL-AQSA: MENELUSURI PERISTIWA & PEMIKIRAN ZIONISMEPeristiwa Taufan Al-A...
16/10/2026

๐Ÿ“ข Kupas Isu 11.0 | Diskusi Dakwah DPPNM

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ TAUFAN AL-AQSA: MENELUSURI PERISTIWA & PEMIKIRAN ZIONISME

Peristiwa Taufan Al-Aqsa membuka pelbagai persoalan tentang sejarah, ideologi Zionisme dan masa depan Palestin.

๐Ÿ”Ž ANTARA PERSOALAN YANG DIKUPAS:
๐Ÿ”น Asal usul Zionisme dan kaitannya dengan tuntutan agama.
๐Ÿ”น Gagasan Greater Israel serta perbandingannya dengan perspektif Islam.
๐Ÿ”น Bolehkah Muslim mendukung Zionisme? Bagaimana mengenal pasti pengaruh pemikirannya?

๐ŸŽ™๏ธ TETAMU UNDANGAN
Ustaz Abdul Muโ€™izz Muhammad
Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Klang

๐ŸŽค MODERATOR
Ustaz Muhammad Ikhram Samsudin
Ketua Lajnah Dakwah DPPNM

๐Ÿ“… Sabtu | 17 Oktober 2026
โฐ 4.45 petang

๐Ÿ“ PENYERTAAN SECARA HIBRID

๐Ÿข Bersemuka: Pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka
https://maps.app.goo.gl/RMQgyv8EpjhBW1Ka9

๐Ÿ“ฑ Dalam Talian: Siaran langsung podcast melalui TikTok dan Facebook Pemuda PAS Melaka.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ PALESTIN BUKAN SEKADAR BERITA, TETAPI SEJARAH DAN REALITI YANG PERLU DIFAHAMI.

Ayuh sertai diskusi ini untuk mendalami isu Palestin berasaskan sejarah, fakta dan ilmu.

Anjuran Bersama:
Lajnah Dakwah & Lajnah Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka


Jika ada yang berminat boleh hubungi nombor yang tertera dalam iklan
15/10/2026

Jika ada yang berminat boleh hubungi nombor yang tertera dalam iklan

๐Ÿ“ฃ (FASA 3) TEMPAHAN T-SHIRT KHAS DEWAN PEMUDA PAS NEGERI MELAKA (EDISI JUBLI EMAS)Assalamualaikum w.b.t.Dibuka tempahan ...
13/10/2026

๐Ÿ“ฃ (FASA 3) TEMPAHAN T-SHIRT KHAS DEWAN PEMUDA PAS NEGERI MELAKA (EDISI JUBLI EMAS)

Assalamualaikum w.b.t.

Dibuka tempahan T-Shirt Khas Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka โ€“ Edisi Jubli Emas.

๐Ÿ‘• Pilihan T-Shirt & Harga
โ€ข Collar Lengan Pendek โ€“ RM33
โ€ข Collar Lengan Panjang โ€“ RM41
โ€ข Muslimah โ€“ RM41

๐Ÿท๏ธMaterial - microfibre (mini eyelet)

PENAMBAHANโ€ผ๏ธ
โœ…Tambahan dengan harga baju tersebut bagi saiz 3XL - 11XL.
โœ…Jadi:
3XL + RM3
4XL + RM6
5XL + RM10
6XL + RM12
7XL & 8XL + rm15
9XL & 10XL + RM20
11XL + RM25

TEMPOH TEMPAHAN FASA 3
Bermula 10/10/26 - 19/10/26 (JAM 11:45 MLM)

๐Ÿ“ž Urusan Lanjut: - 0129329279 (Suhaib)

๐Ÿ“ BUAT TEMPAHAN:
๐Ÿ‘‰ [ https://forms.gle/5ZkHqNrBPpDo6oWw6 ]

Terima kasih atas sokongan semua. ๐Ÿคฒ

MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU | 13 OKTOBER 2026Susulan keadaan jerebu semasa, semua sekolah di Melaka, Johor,...
12/10/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU | 13 OKTOBER 2026

Susulan keadaan jerebu semasa, semua sekolah di Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup pada Selasa, 13 Oktober 2026, termasuk beberapa daerah terlibat di Selangor dan Pahang.

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menasihatkan ibu bapa agar terus memantau kesihatan anak-anak, mengurangkan aktiviti luar serta memakai pelitup muka N95 apabila perlu.

Orang ramai juga disarankan mengikuti makluman rasmi KPM, JPN dan PPD bagi perkembangan terkini.

Utamakan kesihatan, lindungi keluarga.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada segala kemudaratan.

๐Ÿ“– SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN STAM 2026ูˆูŽู‚ูู„ู’ ุฑูŽุจู‘ู ุฒูุฏู’ู†ููŠ ุนูู„ู’ู…ู‹ุงโ€œDan katakanlah (wahai Muhammad): Ya Tuhanku, tamba...
11/10/2026

๐Ÿ“– SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN STAM 2026

ูˆูŽู‚ูู„ู’ ุฑูŽุจู‘ู ุฒูุฏู’ู†ููŠ ุนูู„ู’ู…ู‹ุง

โ€œDan katakanlah (wahai Muhammad): Ya Tuhanku, tambahkanlah aku ilmu.โ€
(Surah Taha ayat 114)

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan STAM tahun ini.

Teruskan usaha dengan tekun, atur masa dengan bijak, dan gandakan doa kepada Allah SWT.

Kejayaan bukan hanya diukur dengan keputusan, tetapi dengan keikhlasan dan kesungguhan menuntut ilmu.

Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan, mengurniakan ketenangan hati, dan memberikan kejayaan yang cemerlang di dunia serta keberkatan di akhirat.

Ikhlas daripada:
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka


SEKOLAH DI MELAKA BEROPERASI SEMULA MULAI 12 OKTOBER 2026Jabatan Pendidikan Negeri Melaka memaklumkan bahawa semua insti...
11/10/2026

SEKOLAH DI MELAKA BEROPERASI SEMULA MULAI 12 OKTOBER 2026

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka memaklumkan bahawa semua institusi pendidikan di negeri ini dijadualkan beroperasi semula pada Isnin, 12 Oktober 2026, tertakluk pada pengesahan rasmi keadaan IPU semasa.

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menasihatkan ibu bapa agar terus memantau kesihatan anak-anak, mengehadkan aktiviti luar ketika jerebu dan mengikuti makluman rasmi pihak berkuasa.

Utamakan kesihatan, pelihara keselamatan.

Semoga Allah SWT melindungi seluruh warga Melaka daripada segala kemudaratan.

PERTEMUAN YANG PENUH BERMAKNASatu pertemuan yang penuh bermakna yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia Yang Berhor...
10/10/2026

PERTEMUAN YANG PENUH BERMAKNA

Satu pertemuan yang penuh bermakna yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia Yang Berhormat Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden bersama ahli jawatankuasa Harian Pemuda PAS Malaysia bersama Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka - DPPNM yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka Ustaz Zulhilmi Suboh petang semalam.

Suasana yang sungguh baik, berbincang dan membuat penyelarasan serta kemaskini gerak kerja pilihanraya negeri Melaka yang akan tiba tidak lama lagi.

Nantikan program mega yang dianjurkan bersama di peringkat Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.

Yang penting kami bersetuju untuk Penyatuan Ummah diteruskan bagi melenyapkan Pakatan Harapan terutamanya DAP.


Address

Pejabat Per
Malacca City
75400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka - DPPNM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka - DPPNM:

Shortcuts

Share