JKKN Melaka FanPage

Call Directions Website

JKKN Melaka FanPage
"Semarakkan Seni Budaya Negara & Negeri Melaka". Sentiasa Memberi bantuan khidmat nasihat & kepakaran seni budaya Negeri Melaka.

27/10/2026

Mari kita datang beramai-ramai hujung minggu ini bagi Festival Pertukaran Budaya dengan meraikan warisan silang budaya bersama 6 buah negara, 31 Oktober hingga 2 November 2026 di Banda Hilir, Melaka!

Terima kasih Kerajaan Negeri Melaka atas inisiatif merancakkan pembangunan negeri Melaka dari 2023-2026
26/10/2026

Terima kasih Kerajaan Negeri Melaka atas inisiatif merancakkan pembangunan negeri Melaka dari 2023-2026










22 OKTOBER 2026 l AYER KEROH📝 SESI LIBAT URUS DAN LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK OLEH TKSU(P) MOTAC KE JKKN MELAKA📌 Pada Rabu...
22/10/2026

22 OKTOBER 2026 l AYER KEROH

📝 SESI LIBAT URUS DAN LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK OLEH TKSU(P) MOTAC KE JKKN MELAKA

📌 Pada Rabu, 21 Oktober 2026, sesi libat urus dan lawatan pemantauan projek pembangunan agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya telah diadakan di Kompleks JKKN Melaka, Ayer Keroh dengan kehadiran YBhg. Datuk Surrendren Sathasivam, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya, YBrs. Encik Mohamad Bukhari bin Che Man, Pengarah MOTAC Melaka, YBrs. Cik Ezlina Alias, Pengarah JKKN Melaka serta rombongan dari agensi MOTAC dan Kerajaan Negeri Melaka.

🔖 Lawatan pemantauan ini diadakan bagi menyemak kemajuan projek pembangunan di bawah Rolling Plan (RP) dan Projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Naik Taraf (PPUN) bagi 2023 hingga 2026, di samping mengukuhkan jalinan kerjasama strategik bersama pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.










📣 HEBAHAN FESTIVAL PERTUKARAN BUDAYA : MERAIKAN WARISAN SILANG BUDAYA 🪭🏮🎎👺🎉Hayati keunikan budaya dan warisan Malaysia, ...
14/10/2026

📣 HEBAHAN FESTIVAL PERTUKARAN BUDAYA : MERAIKAN WARISAN SILANG BUDAYA 🪭🏮🎎👺

🎉Hayati keunikan budaya dan warisan Malaysia, Brunei Darussalam, China, Indonesia, Singapura dan Thailand dalam sebuah festival istimewa yang meraikan persamaan, kepelbagaian dan semangat kebersamaan serantau.

📅 31 Oktober – 1 November 2026
⏰ 9.00 pagi – 10.00 malam
📍 Muzium Istana Kesultanan Melaka, Melaka

🕺Pelbagai aktiviti menarik menanti anda❗
📑Pembentangan Kertas Kerja & Bengkel
🌅Pameran Pertukaran Budaya
🪅Persembahan Budaya
🚶Perarakan Warisan
🥻Pertandingan Budaya
🫟Demonstrasi Seni & Kraf
🥥Bazar Makanan Warisan & Kraf

🎉Dari seni dan kraf hingga cita rasa warisan, ayuh kita bersama-sama meneroka, mengenali dan menghargai keunikan budaya dari pelbagai negara!

🎉Setiap warisan membawa cerita, setiap budaya menyimpan nilai, dan setiap pertemuan membuka ruang untuk kita saling memahami serta menghargai kepelbagaian yang menyatukan kita.

🎉Mari Bersama-sama meraikan warisan silang budaya, menyemai persefahaman dan memperkukuh hubungan melalui budaya!

"Meraikan budaya, menghubungkan komuniti"

"Kenali, Sayangi dan Lestari Warisan Kita"






🎭✨ TEATER PERDANA MUZIKAL CENCALOK BUAH MELAKA! ✨🎭Melaka punya cerita, budaya dan gelak tawa kini dibawa ke pentas! 😍Jom...
12/10/2026

🎭✨ TEATER PERDANA MUZIKAL CENCALOK BUAH MELAKA! ✨🎭

Melaka punya cerita, budaya dan gelak tawa kini dibawa ke pentas! 😍

Jom saksikan Cencalok Buah Melaka, sebuah teater muzikal yang penuh dengan komedi, muzik, budaya dan kejutan! 🎶

Karya : Mohd Isa Maarof
Arahan : Rizal

📅 30 & 31 Oktober 2026 (Jumaat & Sabtu)
⏰ 8.30 malam
📍 Panggung Seri, Kompleks JKKN Negeri Melaka
🎟️ Tiket hanya RM20

🎁 CABUTAN BERTUAH MENANTI!
promosi beli 4 tiket percuma 1tiket(4+1)

🔥 Tempat terhad! Jangan tunggu sampai tiket habis!

📲 Tempah tiket sekarang!
01133852372

https://kelab-group-teater-marhaen-negeri-melaka.clicksitepages.com/kelab-group-teater-marhaen-negeri-melaka-1790954869714



Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Kerajaan Negeri Melaka
Tourism Melaka
Marhaen Art Group
MELAKAfm
Melaka Hari Ini

12/10/2026

Tahniah kpd seluruh tenaga produksi Pondok Karya Kreatif & RAJA AZREY menerusi dana GSSK MOTAC Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia menjayakan pementasan Teater Muzikal Dol Said ini.

10/10/2026

Apa kata penonton malam tadi!
Jom 10 Oktober 2026 malam inj malam akhir

07/10/2026

Siaran langsung sesi Layar Seni yang menampilkan barisan nama besar tanah air Lando Zawawi, A. Aris Kadir dan Man Raja Lawak dalam perkongsian menarik mengenai Teater Muzikal Dol Said Pahlawan Naning.

📅 7 Oktober 2026 (Rabu)
🕒 3.00 Petang
📻 MELAKAfm 102.3 MHz

Kenali lebih dekat kisah perjuangan, seni dan warisan yang diangkat dalam pementasan hebat ini. Pastikan anda bersama kami!

📲 Dengarkan secara langsung di RTMKlik dan semua platform media sosial MELAKAfm.

Sebentar sahaja lagi! 6 Oktober 2026 (Selasa) SECARA LANGSUNG | LIVE di TikTok MELAKAfm pada jam 3.00 petang ini menampi...
06/10/2026

Sebentar sahaja lagi! 6 Oktober 2026 (Selasa) SECARA LANGSUNG | LIVE di TikTok MELAKAfm pada jam 3.00 petang ini menampilkan RAJA AZREY untuk slot Gasak Kau Le... turut memperkatakan tentang Teater Muzikal "Dol Said" yg bakal dipentaskan di Panggung Seri, JKKN Melaka FanPage pada 9 & 10 Oktober 2026 ini!

🔥TEATER MUZIKAL DOL SAID: PAHLAWAN NANING KINI DIBUKA! 🔥 Saksikan kisah perjuangan, keberanian dan maruah pahlawan Nanin...
05/10/2026

🔥TEATER MUZIKAL DOL SAID: PAHLAWAN NANING KINI DIBUKA! 🔥 Saksikan kisah perjuangan, keberanian dan maruah pahlawan Naning dalam Teater Muzikal Dol Said: Pahlawan Naning. 🇲🇾 Sebuah pementasan istimewa yg menampilkan barisan pelakon hebat tanah air: ⭐ A. Aris Kadir ⭐ Nasir Bilal Khan ⭐ Lando Zawawi ⭐ Wan Raja ⭐ Man Raja Lawak ⭐ Ani Maiyuni ⭐ Ucop Cecupak ⭐ Hairie Mohamad ⭐ Riez Radzi ⭐ Hery Sejagat & Najip Rahim

Arahan RAJA AZREY

Kerajaan Negeri Melaka
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Muzium & Galeri Melaka
Tourism Melaka
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

📅 9&10 Oktober
Masa: 8.30 malam
Tempat : Panggung Seri JKKN Melaka

Address

Kompleks JKKN, Lebuh Ayer Keruh, Hang Tuah Jaya
Malacca City
75450

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+6062331787

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKKN Melaka FanPage posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share