PERKESO Rehabilitation Centre

Call Directions Website Contact the organization

PERKESO Rehabilitation Centre A Rehabilitation Centre by the Social Security Organization of Malaysia (PERKESO). Also known as Pusat Rehabilitasi PERKESO.
(462)

28/10/2026

Huber Pemulihan Neuromuskular di Pusat Rehabilitasi PERKESO menyediakan pendekatan pemulihan yang memberi tumpuan kepada peningkatan fungsi neuromuskular, keupayaan pergerakan serta kualiti hidup Orang Berinsurans (OB).

Melalui pendekatan rehabilitasi yang komprehensif dan intervensi bersesuaian berdasarkan penilaian profesional, setiap usaha pemulihan menjadi langkah bermakna ke arah meningkatkan keupayaan diri dan mengembalikan keyakinan dalam menjalani kehidupan seharian.

Pusat Rehabilitasi PERKESO — Memulihkan Fungsi, Membina Potensi, Mencipta Peluang.

27/10/2026

🌟 ʜᴀᴘᴘʏ ᴡᴏʀʟᴅ ᴏᴄᴄᴜᴘᴀᴛɪᴏɴᴀʟ ᴛʜᴇʀᴀᴘʏ ᴅᴀʏ! 🌟

Today, we celebrate and honour our dedicated Occupational Therapists for their unwavering commitment to empowering individuals to regain independence, enhance daily living skills, and improve their quality of life.

Through compassion, expertise, and personalised rehabilitation, our Occupational Therapists continue to make a meaningful difference in every individual’s journey towards recovery and independence. 💙

Thank you for being an essential part of the rehabilitation journey and for inspiring hope through every step of progress.

𝙃𝙖𝙥𝙥𝙮 𝙒𝙤𝙧𝙡𝙙 𝙊𝙘𝙘𝙪𝙥𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡 𝙏𝙝𝙚𝙧𝙖𝙥𝙮 𝘿𝙖𝙮 𝙩𝙤 𝙖𝙡𝙡 𝙤𝙪𝙧 𝙖𝙢𝙖𝙯𝙞𝙣𝙜 𝙊𝙘𝙘𝙪𝙥𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡 𝙏𝙝𝙚𝙧𝙖𝙥𝙞𝙨𝙩𝙨! 👏✨

23/10/2026

Sediakan payung sebelum hujan ☔️

Itulah mesej yang dibawa oleh Wan Saiful Shahrizan di i LINDUNG u Gegar @ Melaka.

Beliau juga merupakan salah seorang yang mendapat bantuan hilang upaya kekal daripada PERKESO.

Jom ikuti perkongsian beliau dan sama-sama tingkatkan kesedaran tentang pentingnya melindungi diri! 💙




𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐑𝐄𝐇𝐀𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐒𝐎 𝐓𝐔𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐑𝐀𝐙𝐀𝐊Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak berbesar ...
19/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐑𝐄𝐇𝐀𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐒𝐎 𝐓𝐔𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐑𝐀𝐙𝐀𝐊

Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak berbesar hati menerima kunjungan delegasi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang diketuai oleh Pengarah Besar FELDA, Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati binti Osman,

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan secara langsung kepada delegasi mengenai kemudahan, fasiliti serta perkhidmatan rehabilitasi yang disediakan, termasuk menyaksikan sendiri pelaksanaan rawatan rehabilitasi intensif yang dijalani oleh klien dalam usaha memulihkan keupayaan diri dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Selain menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman, lawatan ini turut membuka ruang untuk memperkukuh hubungan kerjasama antara FELDA dan PERKESO, khususnya dalam meneroka peluang kolaborasi strategik yang dapat memberikan manfaat kepada warga kerja dan masyarakat.

Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dan berterusan dalam memperkasa usaha pemulihan serta meningkatkan kesejahteraan bersama.

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐑𝐄𝐇𝐀𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐒𝐎 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐙𝐑𝐈𝐍 𝐒𝐇𝐀𝐇Pada hari ini, Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin...
19/10/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐑𝐄𝐇𝐀𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐒𝐎 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐙𝐑𝐈𝐍 𝐒𝐇𝐀𝐇

Pada hari ini, Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah berbesar hati menerima kunjungan daripada YBhg. Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat.

Kunjungan ini merupakan satu platform yang bermakna dalam mengeratkan hubungan serta membuka ruang kepada perkongsian pandangan dan pengalaman berkaitan aspek keselamatan, kesejahteraan komuniti dan usaha pemulihan rehabilitasi.

Pusat Rehabilitasi PERKESO merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Lee Lam Thye atas kesudian mengadakan kunjungan ini.

Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat serta kerjasama berterusan demi kesejahteraan masyarakat.

Pusat Rehabilitasi PERKESO Bersama Komuniti Melaka!Meriah sungguh suasana di Program I Lindung U Gegar@Melaka yang berla...
18/10/2026

Pusat Rehabilitasi PERKESO Bersama Komuniti Melaka!

Meriah sungguh suasana di Program I Lindung U Gegar@Melaka yang berlangsung di Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka!

Pusat Rehabilitasi PERKESO berbesar hati mendekati masyarakat melalui perkongsian perkhidmatan rehabilitasi, ujian penilaian fizikal bersama terapis, konsultasi bersama pengurus kes, demonstrasi barangan pemulihan dan pelbagai lagi aktiviti menarik.

Terima kasih kepada semua yang singgah dan bersama-sama memeriahkan program ini! Semoga usaha ini terus meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan dan perkhidmatan PERKESO dalam membantu mereka yang memerlukan.

17/10/2026

FESTIVAL MEGA I LINDUNG U | DATARAN KERIS, ALOR GAJAH

Suasana pagi ini di Festival Mega I Lindung U yang berlangsung di Dataran Keris, Alor Gajah! 🇲🇾

Pusat Rehabilitasi PERKESO turut menyokong usaha memperluas kesedaran masyarakat mengenai kepentingan perlindungan sosial serta perkhidmatan pemulihan yang disediakan oleh PERKESO.

Semoga penganjuran festival ini terus menjadi platform untuk mendekatkan PERKESO dengan masyarakat, menyampaikan informasi yang bermanfaat serta memastikan lebih ramai mengetahui hak dan manfaat perlindungan sosial yang tersedia.

PERKESO Sentiasa Bersama Anda.

MAJLIS SAMBUTAN HARI PERKESO KE-55 TAHUN 2026 🇲🇾Sambutan Hari PERKESO ke-55 tahun 2026 diraikan dengan penuh semangat da...
13/10/2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI PERKESO KE-55 TAHUN 2026 🇲🇾

Sambutan Hari PERKESO ke-55 tahun 2026 diraikan dengan penuh semangat dan kebersamaan oleh seluruh warga PERKESO, termasuk warga Pusat Rehabilitasi PERKESO di seluruh negara.

Sambutan ini menjadi simbol perpaduan, komitmen dan dedikasi warga PERKESO dalam memperkasa kesejahteraan pekerja serta memastikan perlindungan sosial terus memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Seluruh warga Pusat Rehabilitasi PERKESO turut bersama-sama meraikan ulang tahun ke-55 ini dengan semangat untuk terus memberikan perkhidmatan rehabilitasi yang berkualiti, memulihkan keupayaan dan membina harapan baharu bagi Orang Berinsurans (OB).

Bersama melangkah, terus berbakti demi kesejahteraan dan masa depan yang lebih baik.

Selamat Menyambut Hari PERKESO Ke-55! 💙

PERKESO Prihatin, Rakyat Dilindungi. ❤️

Address

Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Lot PT7263 [H. S (D) 18923], Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya
Malacca City
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERKESO Rehabilitation Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PERKESO Rehabilitation Centre:

Shortcuts

Share

Nearby government services