Perkep Kontinjen Melaka

Call Directions Website Contact the organization

Perkep Kontinjen Melaka Pєɾsɑтυɑɳ Kєlυɑɾɠɑ Pσlιs ɑтɑυ lєвιɦ ɗιƙєɳɑlι sєвɑɠɑι PERKEP ditubuhkan ρɑɗɑ 03 0ɠσs 1968.

Pɑɠє ιɳι ɑɗɑlɑɦ ɗιmιlιƙι σlєɦ PERKEP Kσɳтιɳʝєɳ Mєlɑƙɑ.

𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐎𝐑𝐀𝐊 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐑𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍: 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔MELAKA, 10 Oktober 2026 – Ketua Polis...
10/10/2026

𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐎𝐑𝐀𝐊 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐑𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍: 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

MELAKA, 10 Oktober 2026 – Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka, Datin Wira Diana Aini binti Mokter, telah menghadiri Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat PDRM Melaka Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini.

Ketibaan kedua-dua tetamu kehormat disambut oleh Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Ahmad Jefferi bin Abdullah, bersama Ketua-Ketua Jabatan Kontinjen Melaka dan Ketua-Ketua Polis Daerah.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Sang Saka Biru, diikuti bacaan doa serta ucapan perasmian oleh Ketua Polis Melaka. Sambutan diteruskan dengan pelbagai pengisian berteraskan kecergasan fizikal, inovasi teknologi dan semangat kesukanan yang melibatkan penyertaan aktif warga PDRM Melaka.

Antara pengisian utama yang mencuri perhatian ialah aktiviti AI Memory Challenge, yang mengetengahkan elemen kecerdasan minda, daya ingatan, tumpuan dan kepantasan berfikir melalui pendekatan berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI). Aktiviti ini memberikan dimensi baharu kepada sambutan HSN dengan menggabungkan elemen kecergasan kognitif dan teknologi digital, sekali gus menonjolkan kepentingan keseimbangan antara keupayaan fizikal dengan ketajaman mental dalam mendepani tuntutan tugas kepolisan yang semakin kompleks.

Kemeriahan program turut diserlahkan menerusi Senamrobik Perdana HSN 2026 yang menghimpunkan warga PDRM Melaka dalam suasana penuh bertenaga, selain aktiviti Fitness Challenge (AI) yang mengangkat pendekatan kecergasan berteraskan teknologi. Penyertaan dalam aktiviti-aktiviti ini mencerminkan keterbukaan warga pasukan terhadap inovasi serta komitmen untuk menjadikan amalan hidup sihat sebagai sebahagian daripada budaya kerja dan kehidupan seharian.

Acara kemuncak yang turut mendapat perhatian ialah perlawanan akhir gusti tangan (arm wrestling), yang menyaksikan para peserta menguji kekuatan, ketahanan, teknik dan fokus dalam suasana persaingan sihat. Lebih daripada sekadar pertandingan kekuatan fizikal, acara ini menuntut disiplin, kawalan diri dan semangat juang yang tinggi, di samping menyemarakkan semangat kesukanan serta ukhuwah dalam kalangan warga pasukan. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian, usaha dan komitmen yang ditampilkan.

Selaras dengan tema Hari Sukan Negara 2026, iaitu “Teknologi Digital dan Kecerdasan Buatan (AI)”, sambutan pada tahun ini memberi penekanan kepada pemanfaatan teknologi sebagai pemangkin pembudayaan gaya hidup aktif, sihat dan cergas. Penggunaan aplikasi pemantauan aktiviti fizikal, jam pintar, peranti kecergasan serta teknologi AI membuka ruang kepada pendekatan penjagaan kesihatan yang lebih terancang, bersasar dan berasaskan data, termasuk dalam memantau aktiviti harian, menilai tahap kecergasan serta merancang rutin senaman mengikut keperluan individu.

Pendekatan ini turut memperlihatkan bahawa teknologi digital dan AI bukan sekadar instrumen pemodenan, malah berpotensi menjadi pemangkin perubahan tingkah laku ke arah kehidupan yang lebih sihat, produktif dan seimbang. Gabungan kecergasan fizikal, ketajaman mental dan penggunaan teknologi secara berhemah mampu membentuk individu yang lebih berdaya tahan serta bersedia menghadapi cabaran semasa.

Bagi PDRM Melaka, kecergasan fizikal, kesejahteraan mental dan kesiapsiagaan anggota merupakan elemen strategik yang menyokong keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepolisan. Pegawai dan anggota yang cergas serta berdaya tahan bukan sahaja memiliki keupayaan lebih baik untuk melaksanakan tugas, malah dapat memperkukuh disiplin, meningkatkan produktiviti dan mengekalkan profesionalisme ketika berhadapan dengan pelbagai situasi yang menuntut ketangkasan, ketepatan pertimbangan serta ketahanan emosi.

Sehubungan itu, penganjuran HSN 2026 bukan sekadar memenuhi agenda tahunan sukan dan rekreasi, tetapi turut menjadi platform memperkukuh budaya kerja yang mengutamakan kesihatan, kecergasan, inovasi dan kebersamaan. Penggabungan aktiviti berasaskan AI, senamrobik dan gusti tangan membuktikan bahawa pembudayaan sukan boleh dilaksanakan melalui pendekatan yang lebih dinamik, inklusif dan relevan dengan perkembangan teknologi semasa.

PDRM Melaka akan terus komited memperkasa kesejahteraan warga pasukan melalui pembudayaan gaya hidup sihat, pengukuhan kecergasan fizikal dan mental serta penerapan teknologi digital secara progresif. Usaha ini penting bagi melahirkan warga pasukan yang bukan sahaja cergas dan berdaya saing, malah berintegriti, berdisiplin serta sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan kepolisan yang profesional dan berkualiti demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Setia Berkhidmat dan jamuan pagi dalam suasana penuh kemesraan, sekali gus menyemarakkan semangat setiakawan dan kekeluargaan dalam kalangan warga PDRM Melaka.

Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan, ketua-ketua polis daerah, ahli-ahli PERKEP Kontinjen Melaka serta warga PDRM Melaka.

Sumber : Polis Melaka


𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌 𝐊𝐎𝐌𝐀𝐍𝐃𝐀𝐍, 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍...
07/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌 𝐊𝐎𝐌𝐀𝐍𝐃𝐀𝐍, 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐈𝐏𝐊 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋

📍 Melaka, 06 Oktober 2026 (Selasa) @ 12.30hrs- Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka, YBhg. Datin Wira Diana Aini binti Mokter telah mengadakan satu lawatan kebajikan di Hospital Pantai, Ayer Keroh, Melaka ke atas adik Marissa Nur Adelia bt Mohd Saharuddin (9 tahun). Adik Marissa telah dimasukkan ke Hospital Pantai , Ayer Keroh pada tarikh 01 Oktober 2026 (Khamis) kerana sakit keradangan dan jangkitan saluran pernafasan/bronkitis.

Untuk makluman, adik Marissa Nur Adelia merupakan anak kepada Ketua Cawangan Kem Komandan, IPK Melaka iaitu ASP Mohd Saharuddin bin Mohd Nor dan DSP Masyunida bt Yunus, Timbalan Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, IPK Melaka merangkap Setiausaha PERKEP Kontinjen Melaka.

Dalam lawatan tersebut, Pengerusi PERKEP Melaka turut menyampaikan sumbangan Tabung Kasih PERKEP, buah tangan dan memberikan sokongan moral, semangat dan kata-kata dorongan kepada pesakit, di samping menunjukkan keprihatinan agar pesakit terus tabah menghadapi ujian dan diberi kesembuhan.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah DSP Zaleha binti Salim (Ketua Biro Agama); Insp Nor Izrayasrina bt Muhammad Saad (Penolong Setiausaha PERKEP); Insp Asmahani bt Abu Zarin(Penolong Biro Kebajikan PERKEP); serta anggota dari Jabatan Pengurusan IPK Melaka.

Seluruh warga PERKEP Kontinjen Melaka mendoakan agar adik Marissa Nur Adelia bt Mohd Saharuddin diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang menerima rawatan.


20/09/2026
20/09/2026
20/09/2026
🌷𝐊𝐄𝐍𝐃𝐔𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐘𝐔𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌷📍 MELAKA | 19 September 202...
20/09/2026

🌷𝐊𝐄𝐍𝐃𝐔𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐘𝐔𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌷

📍 MELAKA | 19 September 2026 (Sabtu) – Bumi Hang Tuah menjadi lokasi pertemuan keluarga besar PDRM apabila Kontinjen Melaka dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Kenduri Kesyukuran dan Hari PERKEP Malaysia sempena Program Jelajah Wira Madani Tahun 2026, bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

Program anjuran PERKEP Malaysia ini menghimpunkan kira-kira 2,000 warga PDRM, ahli PERKEP serta keluarga dari seluruh Malaysia dalam suasana meriah dan penuh semangat kekeluargaan.

Majlis diserikan dengan kehadiran YDH IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail, Ketua Polis Negara bersama YBhg. Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah binti Che Rose, Pengerusi PERKEP Malaysia, barisan kepimpinan tertinggi PDRM dan PERKEP Malaysia serta kepimpinan PDRM dan PERKEP Kontinjen Melaka.

Pelbagai aktiviti menarik berlangsung sepanjang program antaranya pelancaran Bendera dan Maskot Keluarga PDRM, Senamrobik dan Tabata, Sukaneka Keluarga, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Master Chef, Kenduri Kesyukuran, gerai usahawan PERKEP, pemeriksaan kesihatan percuma, permainan kanak-kanak serta Cabutan Bertuah.

Pertandingan Mencipta Maskot PERKEP dimenangi oleh Puan Nik Aneeynorlly binti Che Dah @ Che Nordin dari PERKEP PSP Unit 5, Ipoh, Perak, manakala Pertandingan Mencipta Bendera PERKEP dimenangi oleh Insp Nor Alia Zulaika binti Mohamed dari Cawangan Khas, Bukit Aman. Kedua-dua pemenang masing-masing membawa p**ang hadiah wang tunai RM1,000.

Bagi Pertandingan Master Chef Kategori Menu Kerabu Mangga, PERKEP Kontinjen Kelantan muncul Johan, diikuti PERKEP Kontinjen Selangor sebagai Naib Johan dan PERKEP JIPS Bukit Aman di tempat ketiga. Manakala bagi Kategori Menu Kari Kepala Ikan, Johan menjadi milik PERKEP Bakri, Muar, Naib Johan PERKEP Kontinjen Johor dan tempat ketiga dimenangi oleh PERKEP Kontinjen Melaka.

Sebagai tuan rumah, PERKEP Kontinjen Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan memilih Melaka sebagai lokasi penganjuran, serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan berganding bahu dalam menjayakan program ini.

Semoga pertemuan di Bumi Hang Tuah ini terus mengeratkan lagi silaturahim, memperkukuhkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat kekeluargaan dalam keluarga besar PDRM dan PERKEP Malaysia.

Sumber video : FB Polis Melaka






𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐏𝐊 𝐌𝐄𝐋𝐀...
18/09/2026

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐏𝐊 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

📍 MELAKA | 17 September 2026 (Khamis) – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka, YBhg. Datin Wira Diana Aini binti Mokter telah mengadakan ziarah kematian ke atas keluarga Puan Masturah binti Md Som, Pegawai Awam Cawangan Perkhidmatan, IPK Melaka yang diuji dengan kehilangan dua orang adik dalam tempoh dua hari berturut-turut.

Pada 15 September 2026, jam 6.35 petang, adik lelakinya, Allahyarham Zulkifly bin Md Som, 40 tahun, telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Keesokan harinya, pada 16 September 2026, jam 11.40 pagi, adik perempuannya, Allahyarhamah Siti Zulaika binti Md Som, 36 tahun, p**a telah meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Jasin akibat komplikasi kencing manis dan darah tinggi. Allahyarhamah merupakan isteri kepada Kpl Haznor Izwan bin Hazmi yang bertugas di Balai Polis Pagoh, IPD Muar.

Jenazah kedua-duanya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Jinjing, Kampung Kandang, Melaka.

Dalam ziarah tersebut, YBhg. Datin Wira Pengerusi telah menyampaikan sumbangan Tabung Kasih PERKEP kepada waris sebagai tanda keprihatinan dan sokongan PERKEP Kontinjen Melaka. Beliau turut menyampaikan ucapan takziah serta kata-kata semangat kepada seluruh ahli keluarga agar terus tabah, sabar dan redha dalam menghadapi ujian kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh yang begitu dekat.

Turut hadir ialah Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka, Datin Fahizah binti Ismail; Setiausaha PERKEP Kontinjen Melaka, DSP Masyunida binti Yunus; Ketua Biro Agama, DSP Zaleha binti Salim; Penolong Setiausaha PERKEP Kontinjen Melaka, Insp Nor Izrayasrina binti Mohamad Saat; ASP Jamalizah; Insp Maslinda serta wakil Kebajikan Kontinjen Melaka.

Seluruh warga PERKEP Kontinjen Melaka merakamkan setulus-tulus ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah, khususnya kepada ibu mereka yang kehilangan dua orang anak dalam tempoh dua hari berturut-turut. Semoga beliau serta seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Seluruh warga PERKEP Kontinjen Melaka turut mendoakan semoga roh Allahyarham Zulkifly bin Md Som dan Allahyarhamah Siti Zulaika binti Md Som dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat Puan Masturah binti Md Som serta seluruh ahli keluarga.

Al-Fatihah.


𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka, YBhg. Datin Wira Diana Aini binti Mokter da...
15/09/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka, YBhg. Datin Wira Diana Aini binti Mokter dan Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka, Datin Fahizah binti Ismail serta seluruh warga PERKEP Kontinjen Melaka mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia Tahun 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun adalah untuk memperingati detik rasmi penubuhan Persekutuan Malaysia pada 1963 melalui penyatuan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura.

Marilah kita bersama-sama memupuk semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan mempertahankan kemerdekaan tanah air tercinta.

“Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati”


15/09/2026
𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇📍 MELAKA | 14 September ...
14/09/2026

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇

📍 MELAKA | 14 September 2026 (Isnin) – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka, YBhg. Datin Wira Diana Aini binti Mokter telah mengadakan ziarah kematian ke atas Allahyarham Sjn 127112 Izdihar bin Suhaidi, 54 tahun, anggota Balai Polis Melaka Tengah, pada jam 1.15 petang di Jabatan Forensik Hospital Melaka.

Allahyarham telah disahkan meninggal dunia pada jam 10.05 pagi, 14 September 2026 di Wad Kecemasan Zon Merah, Hospital Melaka selepas mengalami komplikasi kesihatan.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Sungai Emas, Kota Tinggi, Johor.

Dalam ziarah tersebut, YBhg. Datin Wira Pengerusi telah menyampaikan sumbangan Tabung Kasih PERKEP kepada waris Allahyarham sebagai tanda keprihatinan dan sokongan PERKEP Kontinjen Melaka. Beliau turut menyampaikan ucapan takziah serta memberikan kata-kata semangat kepada ahli keluarga agar tabah dan sabar dalam menghadapi ujian serta kehilangan insan tersayang.

Turut hadir ialah Setiausaha PERKEP Kontinjen Melaka, DSP Masyunida binti Yunus; Ketua Biro Agama, DSP Zaleha binti Salim; Ketua Biro Komunikasi Korporat, Puan Belinda Seow Young Fung; KBIPS Melaka Tengah merangkap Setiausaha PERKEP Melaka Tengah, ASP Norilawati binti Shahor; Ketua Polis Balai Melaka Tengah, ASP Sundar a/l Ramasamy; AJK- AJK PERKEP Melaka serta pegawai dan anggota Balai Polis Melaka Tengah dan Kebajikan Kontinjen Melaka.

Seluruh warga PERKEP Kontinjen Melaka merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham serta mendoakan semoga roh Allahyarham Sjn 127112 Izdihar bin Suhaidi dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.


Address

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka
Malacca City
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep Kontinjen Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perkep Kontinjen Melaka:

Shortcuts

Share