19/06/2026
π₯ [ππππππΌπ ππππππΌπ]: πΎπππΌππΌπ πΏπΌπ ππΌππππΌπ πππ½πΌππΌππΌπ ππ π½ππππ ππΌπππ 2026 π₯
π¨ Sedia, Pantas, Selamat! π¨
Hari ini, Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SK Bukit Papit telah berjaya menganjurkan Program Ceramah dan Latihan Kebakaran (Fire Drill) bertempat di perkarangan sekolah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan melatih warga sekolah tentang tindakan yang betul sekiranya berlaku kecemasan.
π Kronologi Program:
9:00 Pagi: Sesi Ceramah Keselamatan Kebakaran di mana warga sekolah diberi taklimat tentang punca kebakaran dan langkah pencegahan awal.
Seterusnya: Latihan Pengosongan Bangunan (Fire Drill) dijalankan bagi menguji kecekapan murid dan guru mengosongkan bangunan dengan selamat.
Kemuncak Program: Demonstrasi memadamkan api menggunakan alat pemadam api (kebakaran kecil).
π Sekalung Penghargaan Kepada Pihak Bomba
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor atas kesudian hadir menjayakan program hari ini, yang diketuai oleh:
En. Wan Azri Bin Wan Adannan
En. Ahmad Jais Ahad
PBB Graind Jubin Anak Joseph
Terima kasih atas perkongsian ilmu, demostrasi yang sangat interaktif, dan komitmen tinggi dalam memastikan warga SK Bukit Papit sentiasa peka dengan keselamatan kebakaran.
"Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati."
Semoga ilmu yang diperoleh hari ini memberi manfaat yang besar kepada seluruh warga SK Bukit Papit. Syabas diucapkan kepada Unit HEM dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.