Pesuruhjaya Sumpah Jengka

Pesuruhjaya Sumpah Jengka

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pesuruhjaya Sumpah Jengka, Government Organization, Maran.

30/06/2024
Photos from Pesuruhjaya Sumpah Jengka's post 10/03/2023

Alhamdulillah... akhirnya selesai urusan pemindahan pejabat.

Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah kini dibuka di :

Lot G-11, Aras Bawah Terminal Jengka Sentral,
26400 Bandar Jengka,
Pahang Darul Makmur.

Waktu urusan :
Isnin - Khamis : 9.30 pagi hingga 4.30 ptg
Jumaat : 9.30 pagi hingga 12.30 / 2.30 hingga 4.30 ptg


Photos from Pesuruhjaya Sumpah Jengka's post 06/03/2023

Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah Jengka yang sebelum ini berhadapan econsave akan berada di Lokasi baharu di Lot G-11, Aras Bawah Terminal Jengka Sentral, 26400 Bandar Jengka,

InsyaAllah akan dibuka dalam waktu terdekat (akan dimaklum kemudian) setelah proses memindah perabot.


02/03/2023

Assalamualaikum...

Pesuruhjaya sumpah jengka akan DITUTUP BUAT SEMENTARA..kerja² pengubahsuaian berikutan kami akan berpindah ke lokasi :

Lot G-11, Aras Bawah Terminal Jengka Sentral,
26400 Bandar Jengka,
Pahang Darul Makmur

Kesulitan amat dikesali

13/12/2021

Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Jengka hanya akan beroperasi berkuatkuasa 1 January 2022 di alamat berikut :

NO 34 TINGKAT 1, JALAN BDJS 2,
BLOK DAGANGAN JENGKA SEJAHTERA,
26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA, PAHANG DARUL MAKMUR.
(Berhadapan Econsave)

Buat ketika ini proses renovasi sedang dilakukan untuk kemudahan masyarakat sekitar yang memerlukan. InsyaAllah, dengan izin Allah akan dipermudahkan segala urusan ini.




25/11/2021

Apa tugas Pesuruhjaya Sumpah?

Seorang Pesuruhjaya Sumpah secara peribadi akan menguruskan sendiri setiap orang yang memerlukan perkhidmatannya, mengesahkan identiti orang yang membuat pernyataan / dokumen itu dan seorang Pesuruhjaya Sumpah memastikan bahawa orang tersebut memahami kandungan pernyataan / dokumen. (Peraturan 11 (2) )

i. mengesahkan identiti, maklumat peribadi seperti yang tertera dalam kad pengenalan atau pasport atau dokumen pengenalan rasmi, dan alamat orang yang membuat akuan ,ikrar , afidavit, sumpah atau pernyataan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah itu.

ii. membacakan dan menerangkan kandungan dokumen dan ekshibit yang dilampirkan bersama dokumen itu, sekiranya deponen atau pembuat dokumen itu buta, buta huruf atau tidak memahami bahasa yang ditulis dalam dokumen itu, sebelum Pesuruhjaya Sumpah memperakui bahawa dia telah berbuat sedemikian di dalam jurat.

iii. menandatangi ringkas, mengecapkan cop meterai kecil dan memastikan deponen juga menandatangi ringkas apa-apa perubahan yang dibuat dalam dokumen yang hendak diberi sumpah atau diikarkan.

iv. tidak mengecapkan meterainya pada mana-mana dokumen melainkan jika deponen atau pembuat dokumen itu telah menandatangani atau mengecapkan cap jari pada dokumen di hadapannya;

v. enggan memberikan perkhidmatannya apabila Pesuruhjaya Sumpah itu mempunyai sebab yang boleh dipercayai untuk mengesyaki bahawa mana-mana orang yang hadir di hadapannya adalah terlibat dalam perdayaan, penipuan, paksaan, atau tindakan lain yang menyalahi undang-undang.

vi. menjalankan semua fungsi jawatannya dengan segera, munasabah, cekap dan berintegriti; dan

vii. bersedia menjalankan semua fungsi jawatannya pada waktu tetap dan munasabah.

Want your business to be the top-listed Government Service in Maran?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Maran