13/05/2026
Pejabat Daerah Dan Tanah Maran
PEJABAT DAERAH DAN TANAH MARAN OFFICIAL FACEBOOK PAGE
13/05/2026
11/05/2026
π JUALAN MAKMUR HARI RAYA AIDILADHA 2026 π
Persiapan menyambut Aidiladha kini lebih mudah dan menjimatkan!
Sempena Jualan Makmur Hari Raya Aidiladha 2026, orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan Hari Raya pada harga istimewa demi membantu meringankan beban perbelanjaan anda.
ποΈ Menarik untuk anda:
β
Diskaun 20% β 30% bagi barangan keperluan Hari Raya
β
Lebih daripada 40 item keperluan harian dan persiapan Aidiladha ditawarkan
β
30 lokasi jualan melibatkan 11 daerah di seluruh Negeri Pahang
β
Membantu rakyat mendapatkan barangan berkualiti pada harga lebih berpatutan
β
Peluang berjimat untuk persiapan raya seisi keluarga
π
Tarikh: 16 Mei 2026 β 25 Mei 2026
Jangan lepaskan peluang menikmati tawaran penjimatan terbaik sempena Aidiladha. Rebut peluang membeli lebih banyak dengan harga lebih rendah!
β¨ Jimat Belanja, Meriahkan Raya!
β¨ Rakyat Dibantu, Kebajikan Diutamakan!
Ayuh datang beramai-ramai memeriahkan Jualan Makmur Hari Raya Aidiladha 2026 di lokasi berhampiran anda.
30/04/2026
Panduan Pendaftaran & Penggunaan Sistem e-Rakyat Pahang
βͺοΈSistem e-Rakyat adalah Sistem Pengurusan Bantuan Rakyat Negeri Pahang. Infografik ini memperincikan fasa pendaftaran akaun sehingga pengurusan ahli isi rumah bagi memastikan data pemohon adalah tepat dan sah.
Untuk permohonan layari https://erakyat.pahang.gov.my/
Kredit : Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat SUK Pahang.
24/04/2026
Warga PDT Maran Jayakan Program Gotong-Royong Perdana
MARAN, 24 April 2026 β Warga Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Maran berganding bahu menjayakan Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan di sekitar kawasan pejabat tersebut pada Jumaat.
Program yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari itu melibatkan penyertaan pegawai dan kakitangan jabatan dalam pelbagai aktiviti pembersihan serta penyelenggaraan kawasan pejabat.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pembersihan kawasan sekitar pejabat, memotong pokok yang uzur serta kerja-kerja mengecat bagi menceriakan persekitaran pejabat.
Selain itu, peserta turut menjalankan pembersihan bilik stor simpanan fail lama dan aset yang akan dilupuskan bagi memastikan ruang penyimpanan lebih teratur dan sistematik.
Program tersebut diadakan bertujuan membersihkan kawasan persekitaran pejabat, mewujudkan suasana kerja yang lebih sihat dan kondusif, di samping memupuk semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan warga kerja PDT Maran.
24/04/2026
PDT Maran Anjur Majlis Tahlil dan Doa Selamat
MARAN, 24 April 2026 β Warga Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Maran mengadakan majlis bacaan tahlil dan doa selamat pada Jumaat bagi mendoakan kesejahteraan serta kelancaran ibadah haji salah seorang tok penghulu daerah ini.
Program yang berlangsung pada pukul 8.45 pagi itu dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Maran dan dihadiri pegawai serta kakitangan jabatan.
Majlis tersebut diadakan khusus bagi mendoakan Tok Penghulu Chenor Bandar, Wan Rushdan bin Wan Muhammed yang bakal menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci.
Program berkenaan merupakan anjuran Biro Pendidikan dan Agama Kelab SUTRA PDT Maran, sebagai usaha mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga jabatan di samping memohon keberkatan serta keselamatan sepanjang perjalanan ibadah haji yang bakal dilaksanakan.
22/04/2026
Jom Bayar Cukai Tanah
"Syukuri Nikmat, Laksana Tanggungjawab. Jelaskan Cukai Tanah Anda"
Kaedah pembayaran yang disediakan:
1. Di kaunter
a. Pejabat Daerah dan Tanah Maran
b. Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh Negeri Pahang
c. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang
2. Secara atas talian
a. Melalui FPX di laman web kerajaan Pahang
b. Menggunakan aplikasi Pahang GO
15/04/2026
Bengkel Penyediaan Anggaran Belanjawan Negeri Pahang 2027 PDT Maran Diadakan di Chenor
MARAN, 15 April 2026 β Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Maran telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Anggaran Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2027 selama dua hari bermula 13 hingga 14 April di Bilik Seminar, Akademi Usahawan Tani Pahang, Kampung Awah, Chenor.
Bengkel tersebut melibatkan penyertaan ketua-ketua unit Pejabat Daerah dan Tanah Maran bagi membincangkan dan menyediakan anggaran perbelanjaan jabatan bagi tahun 2027 secara lebih terancang dan sistematik.
Sepanjang bengkel itu, para peserta diberikan taklimat dan penerangan oleh Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Encik Mohd Syaiful Azli bin Ab. Rahman, serta Penolong Pegawai Tadbir, Puan Hamidah binti Hassan yang berkongsi panduan berkaitan penyediaan dokumen belanjawan mengikut garis panduan kewangan yang ditetapkan.
Antara fokus utama bengkel adalah memastikan setiap unit menyediakan anggaran perbelanjaan yang tepat, selaras dengan keperluan operasi jabatan serta perancangan pembangunan daerah bagi tahun hadapan.
Sepanjang dua hari penganjuran bengkel, peserta turut bekerjasama meneliti dan melengkapkan semua dokumen berkaitan penyediaan anggaran belanjawan, bagi memastikan proses penyediaan belanjawan dapat diselesaikan secara menyeluruh sebelum dihantar kepada pihak berkaitan.
Penganjuran bengkel ini dilihat sebagai langkah proaktif PDT Maran dalam memperkukuh pengurusan kewangan jabatan serta memastikan perancangan perbelanjaan kerajaan negeri dilaksanakan dengan lebih cekap, telus dan berkesan.
15/04/2026
09/04/2026
IKLAN PENGAMBILAN JAWATAN SECARA KONTRAK PERKHIDMATAN ( CONTRACT FOR SERVICE ) TAHUN 2026
Jawatan : Penolong Pegawai Tanah Gred NT5 (Contract For Service)
Tarikh tutp Permohonan : 23 April 2026 (KHAMIS) Jam 11.59 Malam
08/04/2026
AUDIT PEMANTAUAN MS ISO 9001:2015 PDT MARAN BERJALAN LANCAR
MARAN, 6 April 2025 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran telah berjaya melaksanakan Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015
Audit berkenaan diketuai oleh Ketua Auditor, Encik Mohd Syah Redza bin Mohamad Rodzuwan bersama juruaudit
Encik Mohd Rahimi bin Kamam dari AJA EQS Certification. Sepanjang pengauditan ini berlangsung, pihak audit telah menilai prosedur kerja, manual kualiti, dokumentasi serta pelaksanaan operasi di setiap bahagian/unit yang terlibat bagi memastikan pengurusan kualiti dilaksanakan secara berkesan dan konsisten.
Alhamdulillah, sesi pembukaan dan penutup Audit Pemantauan ini telah dipengerusikan oleh Encik Wan Muhammed Salleh bin Wan Adnan, Pegawai Daerah Maran. Turut hadir ialah ketua-ketua Bahagian/Unit dari Bahagian Pengurusan Daerah, Bahagian Pembangunan Daerah serta Bahagian Pengurusan Tanah.
Hasil pengauditan ini, tiada sebarang penemuan mahupun ketidakakuran dikenalpasti.
Pihak pengurusan tertinggi menzahirkan ucapan penghargaan kepada pihak urus setia, pemilik dokumen dan pasukan audit dalam MS ISO 9001:2015 serta semua yang terlibat kerana telah bertungkus lumus membuat persediaan dan persiapan menghadapi audit pemantauan
05/04/2026
π’ HEBAHAN RASMI
PERPINDAHAN KAUNTER UNIT PELAN
Pejabat Daerah dan Tanah Maran
π Lokasi Baharu:
Aras Bawah (Ground Floor)
Pejabat Daerah dan Tanah Maran
π
Tarikh Berkuat Kuasa:
6 April 2026
π Melibatkan urusan:
β’ Pembelian Pelan
β’ Berkaitan Pelan
β’ Unit Kerja Luar dan Pelan
β‘οΈ Semua urusan berkaitan hendaklah dibuat di
Kaunter Unit Pelan yang baru di Aras Bawah.
Pejabat Daerah dan Tanah Maran
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Website
Address
PEJABAT DAERAH DAN TANAH MARAN
Maran
26500
