Inspirasi Nurani UBKCJ

Directions

Inspirasi Nurani UBKCJ ~sharing is caring~

πŸŽ“ KAUNTER PASSPORT MASA DEPAN | MAJLIS PEMUAFAKATAN IBU BAPA | DIALOG PRESTASI PERCUBAAN SPM πŸŽ“Sempena Dialog Prestasi Pe...
29/08/2026

πŸŽ“ KAUNTER PASSPORT MASA DEPAN | MAJLIS PEMUAFAKATAN IBU BAPA | DIALOG PRESTASI PERCUBAAN SPM πŸŽ“

Sempena Dialog Prestasi Percubaan SPM, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Cedung Jaya turut membuka Kaunter Passport Masa Depan untuk membantu calon SPM melihat dan meneroka hala tuju pendidikan dan kerjaya selepas SPM.

Melalui kaunter ini, murid berpeluang melihat berdasarkan pencapaian akademik terkini, apakah pilihan yang boleh diterokai selepas SPM β€” sama ada ke IPT, TKE, TVET, institusi kemahiran, kolej, matrikulasi, asasi, diploma atau laluan pendidikan dan kerjaya yang bersesuaian dengan potensi masing-masing.

Seramai 6 orang murid telah berjaya menerima "Ticket PMD" berdasarkan pencapaian cemerlang percubaan SPM. Tahniah diucapkan.

Keputusan hari ini bukan penentu seluruh masa depan. Sebaliknya, ia menjadi satu petunjuk untuk murid merancang langkah seterusnya. Masih ada waktu buat kesemua calon SPM SMKCJ untuk terus berusaha!

🎯 Kenali pencapaian.
🧭 Teroka pilihan.
πŸ’‘ Kenali potensi diri.
πŸš€ Rancang masa depan.

Semoga setiap calon SPM 2026 dapat melihat lebih jauh daripada sekadar keputusan peperiksaan dan mula membina Passport Masa Depan mereka dengan lebih jelas, yakin dan terarah.

πŸ“ Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMK Cedung Jaya








INOVASI AI UBKCJ: SEMAKAN PSIKOMETRIK SECARA DALAM TALIANAlhamdulillah, selaras dengan perkembangan teknologi dan pendig...
25/07/2026

INOVASI AI UBKCJ: SEMAKAN PSIKOMETRIK SECARA DALAM TALIAN

Alhamdulillah, selaras dengan perkembangan teknologi dan pendigitalan pendidikan, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Cedung Jaya (UBKCJ) berjaya membangunkan Sistem Semakan Keputusan Psikometrik 2026 secara dalam talian dengan memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence - AI) dengan menggunakan kaedah Canva Code dan ChatGPT.

Melalui sistem ini, murid kini boleh menyemak sendiri keputusan Inventori Minat Kerjaya (IMK) dan Inventori Trait Personaliti (ITP) dengan lebih mudah, pantas dan mesra pengguna hanya menggunakan nombor kad pengenalan.

Inisiatif ini merupakan satu langkah ke arah memperkasakan transformasi digital dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah, sekali gus memudahkan murid mengenali potensi diri sebagai panduan dalam merancang hala tuju pendidikan dan kerjaya.

Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong usaha inovasi UBKCJ. Semoga sistem ini memberi manfaat kepada seluruh warga SMK Cedung Jaya.

UBKCJ sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, inovatif dan mudah diakses demi kesejahteraan murid.







Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMK Cedung Jaya, bersama-sama SMK Maran, SMK Sri Jaya dan SMK Maran 2 telah menyertai prog...
22/07/2026

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMK Cedung Jaya, bersama-sama SMK Maran, SMK Sri Jaya dan SMK Maran 2 telah menyertai program PRS NextGen: Belajar Lebih Bijak dengan AI Menggunakan NotebookLM yang berlangsung di Makmal Aplikasi, Kolej Komuniti Paya Besar Cawangan Maran sempena National Training Week (NTW) 2026.

Slot pertama Modul 1 PRS Kita kan Sahabat yang dikendalikan oleh barisan GBKSM yg hadir.

Manakala slot kedua peserta tentang penggunaan Artificial Intelligence (AI), khususnya NotebookLM, sebagai alat pembelajaran yang mampu membantu murid membuat nota, memahami bahan pembelajaran dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran secara lebih kreatif serta berkesan.

Terima kasih kepada Kolej Komuniti Paya Besar Cawangan Maran atas penganjuran program yang sangat bermanfaat. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan disebarluaskan kepada rakan-rakan di sekolah masing-masing.






INTERVENSI MINDA SIHATAktiviti 1: STRESS MONSTERObjektifMembantu murid mengenal pasti punca tekanan yang dihadapi.Member...
21/07/2026

INTERVENSI MINDA SIHAT

Aktiviti 1: STRESS MONSTER

Objektif
Membantu murid mengenal pasti punca tekanan yang dihadapi.
Memberi ruang kepada murid meluahkan emosi secara kreatif dan selamat.
Meningkatkan kesedaran bahawa setiap tekanan boleh dikenal pasti dan diurus......

Aktiviti 2: HERO OF HOPE

Objektif
Membantu murid mengenal pasti kekuatan diri dan strategi mengatasi tekanan.
Memupuk pemikiran positif serta daya tahan (resilience).
Meningkatkan keyakinan bahawa setiap cabaran boleh dihadapi.

Rumusan
"Setiap orang mempunyai cabaran. Setiap orang juga mempunyai kekuatan untuk menghadapinya. Kita mungkin tidak dapat menghapuskan semua tekanan, tetapi kita boleh memilih cara yang sihat untuk menguruskannya."

JULAI 2026πŸ₯³ Ucapan Selamat Hari Lahir buat semua murid yang dilahirkan sepanjang bulan Julai. Semoga membesar menjadi in...
20/07/2026

JULAI 2026
πŸ₯³ Ucapan Selamat Hari Lahir buat semua murid yang dilahirkan sepanjang bulan Julai. Semoga membesar menjadi insan yang berakhlak mulia, berilmu dan berjaya. πŸŽ‰

JUN 2026🎊 Program Amalan Guru Penyayang diteruskan dengan penyampaian kad dan gifts hari lahir buat murid kelahiran Jun....
20/07/2026

JUN 2026
🎊 Program Amalan Guru Penyayang diteruskan dengan penyampaian kad dan gifts hari lahir buat murid kelahiran Jun. Semoga sentiasa diberkati dan dipermudahkan urusan. πŸ’–

MEI 2026🎁 Sedikit tanda ingatan, namun besar maknanya. Selamat Hari Lahir kepada semua murid yang lahir pada bulan Mei. ...
20/07/2026

MEI 2026
🎁 Sedikit tanda ingatan, namun besar maknanya. Selamat Hari Lahir kepada semua murid yang lahir pada bulan Mei. Terus melakar kejayaan! 🌟

APRIL 2026🎈 Senyuman yang terukir menjadi penyeri sambutan Hari Lahir bulan April. Semoga semua yang diraikan sentiasa s...
20/07/2026

APRIL 2026
🎈 Senyuman yang terukir menjadi penyeri sambutan Hari Lahir bulan April. Semoga semua yang diraikan sentiasa sihat, ceria dan berjaya. πŸ’

MAC 2026πŸŽ‚ Keceriaan bulan Mac diteruskan dengan penyampaian kad dan hadiah hari lahir kepada murid yang diraikan. Selama...
19/07/2026

MAC 2026
πŸŽ‚ Keceriaan bulan Mac diteruskan dengan penyampaian kad dan hadiah hari lahir kepada murid yang diraikan. Selamat Hari Lahir! 🌸

FEBRUARI 2026πŸŽ‰ Sambutan Hari Lahir Februari diraikan dengan penyampaian kad dan gifts kepada murid yang lahir pada bulan...
19/07/2026

FEBRUARI 2026
πŸŽ‰ Sambutan Hari Lahir Februari diraikan dengan penyampaian kad dan gifts kepada murid yang lahir pada bulan ini. Semoga terus cemerlang dan berbahagia! πŸ’

Address

Maran
26500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Inspirasi Nurani UBKCJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category