Jabatan Amal Kawasan Maran

Jabatan Amal Kawasan Maran

Share

KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN
SELURUH KAWASAN MARAN

Photos from Jabatan Amal Kawasan Maran's post 08/05/2026

πŸŒ™ JABATAN AMAL MALAYSIA KAWASAN MARAN πŸŒ™

πŸ«±πŸ»β€πŸ«²πŸΌ β€œBerkhidmat Untuk Masyarakat Tanpa Mengira Bangsa & Agama”

Dalam kesibukan dunia hari ini, masih ramai insan yang memerlukan bantuan, perhatian dan kasih sayang… ❀️

πŸ“Œ Mangsa banjir
πŸ“Œ Golongan asnaf
πŸ“Œ Warga emas
πŸ“Œ Anak yatim
πŸ“Œ Penduduk yang ditimpa musibah

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Maran sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kebajikan, tenaga dan khidmat kepada masyarakat demi meringankan beban mereka.

✨ Kami percaya,

β€œSebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.”

🀝 Ayuh bersama kami!

Sumbangan, tenaga sukarelawan dan sokongan anda amat diperlukan demi menjayakan misi kebajikan ini.

πŸ“ Jabatan Amal Malaysia Kawasan Maran

πŸ’š Prihatin β€’ Berkhidmat β€’ Berbakti










Photos from Jabatan Amal Kawasan Maran's post 08/05/2026

πŸ”₯ SELAMAT HARI BOMBA SEDUNIA 2026 πŸ”₯

β€œBomba Tonggak Penyelamatan Negara”
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh anggota bomba yang sentiasa berkorban tenaga, masa dan nyawa demi keselamatan rakyat. Keberanian kalian menghadapi api dan risiko demi menyelamatkan insan lain amat dihormati dan disanjung tinggi.

Semoga semua anggota bomba sentiasa diberikan kekuatan, keselamatan serta dipermudahkan segala urusan ketika menjalankan tugas.

Ikhlas daripada:
Jabatan Amal Malaysia Kawasan Maran πŸš’πŸ‡²πŸ‡Ύ










17/09/2025

🩸 β€œMungkin darah anda bukan apa-apa bagi anda, tetapi ia adalah segalanya bagi seseorang yang sedang menunggu peluang hidup.”

Ada orang yang perlukan darah anda untuk terus hidup ❀️
Ayuh jadi penyumbang kehidupan!

πŸ“… 20 September 2025 (Sabtu)
πŸ•— 9.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Unit Tabung Darah, Tingkat 3, HoSHAS

Derma Darah, Selamatkan Nyawa.

08/08/2025

Tahniah di ucap kan kepada Tn Muhammad Zaimi bin Abu Bak di atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah 3 Jabatan Amal Malaysia Pahang. Beliau akan memegang portfolio sebagai ketua sektor logistik & perolehan Jabatan Amal negeri Pahang.

Semoga dengan pelantikan ini Tn Zaimi dapat memikul tanggungjawab ini dengan penuh amanah, berintegriti dan penuh dengan sifat profesionalisme demi memperkukuhkan lagi peranan Jabatan Amal Malaysia negeri Pahang dan juga Jabatan Amal Malaysia kawasan Maran.

Selamat menjalankan. Seeru ala barakatillah

Komandan JAM kawasan Maran



28/07/2025

Salam Takziah

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Maran merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Kpl Juliaty bt Abd Rahman, anggota APM daerah Maran yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Isnin 28 Jul 2025 di tanah suci Mekah.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada
Jabatan Amal Malaysia Kawasan Maran



28/07/2025

Assalamualaikum W.B.T

Mensyukuri Segala nikmat yang Allah Kurniakan, kami Dari Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAS Dato' Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
atas kurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri,

di dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-66 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.




.

28/07/2025

Gabungan anggota Jabatan Amal dari 5 negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah & Perlis. Menjadi barisan hadapan perarakan mengiringi pimpinan dan peserta himpunan ke Dataran Merdeka.




Photos from Jabatan Amal Kawasan Maran's post 06/07/2025

5 hari lagi menuju PERTAB

Hari ni merupakan hari pertama persiapan tapak perkhemahan PERTAB di Ma'ahad Tahfiz Majalis ilmi wa At-tarbiah Kg Lanting, Chenor. Seramai 5 orang anggota turun bertugas pagi ini. Turut serta turun membantu ADN Chenor, Yb Ustaz Mujibur Rahman.

09/06/2025

πŸ›‘ *JOM BANTU JAYAKAN PERTAB 2025*πŸ›‘
Perkhemahan Tahunan Briged Amal Malaysia Negeri Pahang
πŸ“… 11–13 Julai 2025 | πŸ“ Maran

Kami perlukan sumbangan dana untuk menjayakan program latihan & amal ini.

πŸ’³ Sumbangan boleh disalurkan ke:
Bank Islam
0601 9010 0700 49
Nama: Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang
Ruj: PTA BRIGED

🀝 *Setiap sumbangan anda sangat bermakna!*

πŸ“² Maklumat lanjut:
Amar – 019-9563513
Ust Ikram – 014-5311876

✨ *Setiap sen anda adalah saham akhirat!*

Photos from Jabatan Amal Kawasan Maran's post 27/10/2024

26/10/2024
AD4C Jabatan Amal Malaysia Kawasan Maran bersama penduduk sekitar bergotong-royong menebang dan membersihkan pokok yang berisiko mengancam keselamatan .

Berkhidmat,Beramal kerana Allah.πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ



27/10/2024

26/10/2024
AD4C Jabatan Amal Malaysia Kawasan Maran di kampung awah & felda jengka 2.

Berkhidmat,Beramal kerana Allah.πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ




Want your business to be the top-listed Government Service in Maran?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Maran
28100