Pergigian Daerah Maran

Pergigian Daerah Maran

Share

Pergigian Daerah Maran
Kami Sedia Membantu

5 klinik pergigian (KP) utama di daerah Maran:

1) KP Maran (09-4772148)
2) KP Pekan Tajau (09-4777134)
3) KP Poliklinik Bandar Jengka (09-4677201)
4) KP Hospital Jengka (09-4662195)
5) KP Jengka 22 (09-4863853)

20/04/2026

๐ŸŒโœจ Hari Kesihatan Sedunia โœจ๐ŸŒ

Kesihatan adalah aset paling berharga ๐Ÿ’™
Jangan tunggu sakit baru nak bertindak โ€” mulakan penjagaan dari sekarang!

Amalkan gaya hidup sihat setiap hari:
๐Ÿฅ— Makan makanan seimbang
๐Ÿ’ง Minum air secukupnya
๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ Kekal aktif & bersenam
๐Ÿ˜ด Rehat yang mencukupi
๐Ÿฆท Jaga kesihatan gigi & mulut
๐Ÿฉบ Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala

Kesihatan yang baik bermula dengan langkah kecil yang konsisten ๐Ÿ’ช
Jom sama-sama bina gaya hidup sihat untuk diri dan keluarga! ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ

#6020

20/04/2026

๐Ÿฆท Umur 60 Tahun Sekurang-kurangnya 20 gigi๐Ÿ’œ

Tahukah anda?
Menjelang usia 60 tahun, kita disarankan mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi yang berfungsi dengan baik.

Kenapa penting?
โœ… Mudah menikmati makanan berkhasiat
โœ… Membantu penghadaman yang baik
โœ… Bertutur dengan jelas & yakin
โœ… Kekal bergaya dengan senyuman menawan

๐Ÿ’ก Jaga gigi dari sekarang โ€” pencegahan lebih baik daripada rawatan!

#6020

Photos from Pergigian Daerah Maran's post 20/04/2026

๐Ÿฆท๐ŸŒŸ Kursus Budaya Korporat, Jamuan Raya & Majlis Persaraan PKPD Maran 2026 ๐ŸŒŸ๐Ÿฆท

๐Ÿ“ Kafe Teratak Bonda Sentuhan Kasih Ecu Maran
๐Ÿ—“๏ธ 18 April 2026
๐Ÿ•˜ 8:00 pagi โ€“ 4:30 petang

Kursus Budaya Korporat bersama Jamuan Raya dan Majlis Persaraan anjuran PKPD Maran ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi Daerah Maran. Program ini bertujuan memupuk nilai budaya kerja cemerlang, mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kerja serta menghargai jasa dan sumbangan para pesara.

Antara aktiviti yang telah dijalankan:
๐Ÿ“Œ Ceramah
๐Ÿ’ฌ Sesi soal jawab
๐Ÿ‘ฅ Aktiviti berkumpulan
๐ŸŽค Persembahan nyanyian & multimedia
๐Ÿ—ฃ๏ธ Ucapan Pegawai Pergigian Daerah, Dr. Nor Fazliana binti Abd Manan
๐ŸŽ™๏ธ Ucapan para pesara; Puan Hashimah, Encik Saiful & Puan Salina
๐Ÿฝ๏ธ Sesi menjamu selera
๐ŸŽ Penyampaian hadiah

Program berlangsung dengan lancar hasil kerjasama semua urusetia dan peserta. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Semoga usaha ini memberi impak positif serta kenangan bermakna buat semua ๐Ÿ’™

Pergigian Pahang

Photos from Pergigian Daerah Maran's post 14/04/2026

๐Ÿฆทโœจ Program Kolaborasi Kesihatan Pergigian Dan Badan Agama (KOA) Bersama Masjid Al-Ehsan Kampung Sentosa Maran 2026 โœจ๐Ÿฆท

๐Ÿ“Masjid Al-Ehsan Kampung Sentosa Maran
๐Ÿ—“๏ธ12 April 2026
๐Ÿ•˜ 8:30 pagi - 1:00 petang

Program anjuran Klinik Pergigian Maran ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama Masjid Al-Ehsan Kampung Sentosa Maran.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya:

๐Ÿฆท Ceramah kesihatan pergigian
๐Ÿฆท Pameran kesihatan pergigian
๐Ÿฆท Pemeriksaan dan rawatan pergigian
๐ŸŽฎ Permainan interaktif
๐Ÿชฅ Latihan memberus gigi
๐ŸŽจ Pertandingan mewarna

Program ini dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian ๐Ÿฆทโœจ, serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga setempat dan warga klinik.

Terima kasih atas sambutan dan kerjasama semua pihak! Semoga usaha kecil ini memberi impak positif kepada kesihatan pergigian komuniti dan diteruskan lagi pada masa akan datang ๐Ÿ’™

Pergigian Pahang

08/04/2026

Assalamualaikum warga Maran dan kawasan sekitar!

Ayuh kita penuhi ruang perkarangan Masjid Al-Ehsan Kampung Sentosa dengan aktiviti bermanfaat untuk seisi keluarga!

๐Ÿ•Œ PROGRAM KOLABORASI ORAL AGAMA (KOA) KEMBALI LAGI!
๐Ÿ“ Masjid Al-Ehsan Kampung Sentosa, Maran
๐Ÿ“… 12 April 2026 (Ahad)
๐Ÿ•˜ 8:30 pagi - 1:00 petang

โœจ APA YANG MENANTI ANDA?
โœ… Ceramah kesihatan pergigian
โœ… Pemeriksaan & rawatan asas pergigian secara PERCUMA
โœ… Pertandingan mewarna
โœ… Pameran kesihatan pergigian

๐Ÿ’ก Peluang terbaik untuk jaga kesihatan, eratkan silaturrahim & hidupkan masjid kita bersama.

๐Ÿ“ฃ Bawa ahli keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
๐Ÿ“ Tempat terhad untuk pemeriksaan โ€“ datang awal!

Jumpa anda di sana, insyaAllah!

Photos from Pergigian Daerah Maran's post 03/04/2026

๐Ÿฆท KURSUS KESIHATAN PERGIGIAN UNTUK JURURAWAT KESIHATAN DAN JURURAWAT MASYARAKAT DAERAH MARAN TAHUN 2026 - โ€˜PEMANTAPAN PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN IBU MENGANDUNG DAN TODDLERโ€™ ๐Ÿฆท

๐Ÿ“Wisma Persekutuan Maran
๐Ÿ—“๏ธ1 April 2026

Kursus anjuran PKPD Maran ini telah dilaksanakan dengan jayanya bertujuan memperkukuh pengetahuan serta peranan Jururawat Kesihatan dan Jururawat Masyarakat dalam penjagaan kesihatan pergigian ibu mengandung dan kanak-kanak secara keseluruhan.

๐Ÿชฅ Aktiviti yang telah dijalankan termasuk:

๐Ÿฆท Ceramah Kesihatan Pergigian
๐ŸฆทPameran Kesihatan Pergigian

Pelaksanaan kursus ini diharap dapat menambah baik ilmu pengetahuan serta memberi kesedaran tentang peranan Jururawat Kesihatan dan Jururawat Masyarakat dalam meningkatkan taraf kesihatan pergigian ibu mengandung dan kanak-kanak agar dapat memberi kualiti perkhidmatan kesihatan pergigian yang terbaik kepada masyarakat. Semoga segala objektif kursus tercapai.

Pergigian Pahang

20/03/2026

๐ŸŒ๐Ÿฆท Selamat Hari Kesihatan Mulut Sedunia!

Senyuman yang sihat bukan sekadar cantik, tapi cerminan kesihatan diri ๐Ÿ’™

Menjelang musim Raya yang penuh dengan juadah manis dan berlemak ๐Ÿฐ๐Ÿญ, jangan lupa:
โœจ Hadkan pengambilan makanan dan minuman manis
โœจ Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan ubat gigi berfluorida
โœจ Jangan skip flossโ€”sisa makanan mudah terperangkap masa Raya!
โœจ Minum air kosong selepas makan
โœจ Datang pemeriksaan gigi secara berkala

Nikmati Raya dengan senyuman yang sihat dan yakin ๐Ÿ˜โœจ

โ€œHealthy mouth, happy life โ€” bukan hanya hari ini, tapi setiap hari!โ€

Pergigian Pahang

Photos from Pergigian Daerah Maran's post 16/03/2026

๐ŸฆทโœจBulan Kesedaran Kanser Mulut 2026โœจ๐Ÿฆท

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Mulut pada Februari lalu, Klinik-klinik Pergigian di sekitar Daerah Maran telah menjalankan pelbagai aktiviti kesedaran berkaitan Kanser Mulut.

Antara aktiviti yang telah dijalankan kepada pesakit dan pengunjung klinik termasuk:

๐Ÿ“Œ Pameran berkaitan kanser mulut
๐ŸŽค Ceramah kesedaran kanser mulut
๐Ÿชž Demonstrasi pemeriksaan mulut kendiri di kerusi pergigian
๐Ÿ“บ Tayangan multimedia berkaitan kanser mulut

Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Mulut ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kanser mulut, termasuk tanda-tanda awal, faktor risiko, cara melakukan pemeriksaan mulut kendiri serta kepentingan pengesanan pada peringkat awal.

โš ๏ธ Pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa.
Sekiranya terdapat:

โ—๏ธulser yang tidak sembuh
โ—๏ธketulan atau tompokan putih dan merah di dalam mulut

Segera dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian berhampiran.





Pergigian Pahang

Photos from Pergigian Daerah Maran's post 07/03/2026

Ceramah Ramadan 1447H/2026M Sesi 2 anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Daerah Maran dengan kerjasama PKPD Maranโœจ๐ŸŒ™

Ceramah ini telah dijalankan secara serentak di dua lokasi, iaitu di Bilik Mesyuarat KP Maran yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Imran dan di Bilik Mesyuarat KP Bandar Jengka oleh Ustaz Muhammad Azri bin Samsudin.

Ceramah yang disampaikan berlangsung dengan penuh pengisian dan manfaat.

Semoga segala perkongsian menjadi peringatan dan panduan buat kita semua dalam memanfaatkan keberkatan bulan Ramadan dengan sebaiknya. ๐Ÿคฒ๐Ÿ“–

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan sesi ini.

Photos from Pergigian Daerah Maran's post 28/02/2026

Ceramah Ramadan 1447H/2026M Sesi 1 โ€œRamadan: Antara Kualiti dan Kuantiti Ibadahโ€ anjuran PKPD Maranโœจ๐ŸŒ™

Ceramah ini telah dijalankan secara serentak di dua lokasi, iaitu di Bilik Mesyuarat KP Maran yang telah disampaikan oleh Ustaz Amirul Farhan bin Wahi dan di Bilik Mesyuarat KP Bandar Jengka oleh Ustaz Muhammad Azri bin Samsudin.

Ceramah yang disampaikan berlansung dengan penuh pengisian dan manfaat.

Semoga segala perkongsian menjadi peringatan dan panduan buat kita semua dalam memanfaatkan keberkatan bulan Ramadan dengan sebaiknya. ๐Ÿคฒ๐Ÿ“–

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan sesi ini.

Pergigian Pahang

23/02/2026

๐ŸŒ™โœจ RAMADAN 1447H | PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN โœจ๐ŸŒ™

Mulut berbau masa puasa? ๐Ÿ˜ท
Takut gosok gigi batal puasa? ๐Ÿค”

Jangan risau! Ini fakta penting yang anda perlu tahu ๐Ÿ‘‡

๐Ÿชฅ Berus gigi selepas sahur & berbuka
๐Ÿ‘… Bersihkan lidah & gunakan flos untuk kurangkan bau mulut
๐Ÿ‰ Kawal pengambilan makanan manis & melekit
๐Ÿฆท Scaling, tampalan & X-ray tidak membatalkan puasa (jika tiada bahan ditelan)

๐Ÿ’ง Mulut yang sihat buat anda lebih yakin beribadah dan berinteraksi sepanjang Ramadan.

โœจ Kesihatan Mulut Terjaga, Ibadah Puasa Terpelihara

Jom sebarkan info ini kepada keluarga & rakan-rakan โค๏ธ

18/02/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Ramadan Al-Mubarak โœจ๐ŸŒ™

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Maran mengucapkan Salam Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam yang menyambut bulan penuh keberkatan ini. Semoga Ramadan kali ini membawa ketenangan, keampunan dan rahmat buat kita semua ๐Ÿค

Di bulan Ramadan ini, jangan lupa untuk terus menjaga kesihatan gigi dan mulut walaupun berpuasa:

๐Ÿชฅ Berus gigi selepas sahur dan sebelum tidur dengan ubat gigi berfluorida
๐Ÿงต Gunakan flos bagi membersihkan sisa makanan di celah gigi
๐Ÿ’ง Minum air kosong secukupnya ketika berbuka hingga sahur untuk elakkan mulut kering
๐Ÿฐ Hadkan pengambilan makanan dan minuman manis secara berlebihan ketika berbuka
๐Ÿฆท Dapatkan pemeriksaan pergigian sekiranya mengalami sakit gigi atau masalah gusi

Puasa bukan alasan untuk mengabaikan kesihatan mulut. Senyuman yang sihat mencerminkan diri yang bersih dan yakin โœจ

Ikhlas daripada
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Maran ๐ŸŒ™

Want your business to be the top-listed Government Service in Maran?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Maran

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00