RISDA Daerah Maran

Call Directions Website Contact the organization

RISDA Daerah Maran Pejabat RISDA daerah Maran 26500 Maran Pahang

πŸ“° SIARAN MEDIA | RISDA DAERAH MARAN. UTAMAKAN KUALITI DAN DRC SKRAP, PEKEBUN KECIL TERUS MENIKMATI HARGA RM5.05 SEKILOGR...
22/10/2026

πŸ“° SIARAN MEDIA | RISDA DAERAH MARAN.

UTAMAKAN KUALITI DAN DRC SKRAP, PEKEBUN KECIL TERUS MENIKMATI HARGA RM5.05 SEKILOGRAM

MARAN, 22 OKTOBER 2026 – Kualiti skrap getah yang bersih serta kandungan Getah Kering (DRC) yang tinggi terus menjadi antara faktor penting dalam membantu pekebun kecil memperoleh harga jualan yang lebih baik menerusi pelaksanaan Program Belian Getah Bergerak RISDA di Kampung Jara dan Kampung Kuala Sentul, Maran.

Menerusi program tersebut, seramai 9 orang pekebun kecil telah menyertai jualan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 2,897 kilogram, pada harga RM5.05 sekilogram.

Pencapaian ini membuktikan bahawa penjagaan kualiti hasil getah, khususnya memastikan skrap sentiasa bersih dan mempunyai kandungan getah kering (DRC) yang tinggi, amat penting bagi membantu meningkatkan nilai jualan serta pendapatan pekebun kecil.

Program Belian Getah Bergerak RISDA yang dilaksanakan dengan kerjasama RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) turut memudahkan urusan pemasaran hasil pekebun kecil apabila pembelian dapat dilaksanakan terus di kebun tanpa perlu bersusah payah mengangkut hasil ke depo.

RISDA Daerah Maran menyeru semua pekebun kecil agar terus menitikberatkan aspek kebersihan dan kualiti skrap serta mengamalkan pengurusan kebun yang baik bagi memastikan hasil yang dijual memenuhi standard kualiti dan berpotensi memperoleh harga yang lebih menguntungkan.

Kualiti Dijaga, DRC Dipertingkat, Harga Lebih Bermaruah!

RISDA terus komited memperkasa pekebun kecil melalui kemudahan pemasaran yang lebih mudah, cekap dan berkesan demi meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan komuniti pekebun kecil.

πŸ“ž Sebarang pertanyaan, hubungi:
En. Akmal (RPSB) – 011-1910 5979










RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
RISDA Negeri Pahang

PROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL (PKPK) PEJABAT RISDA STESEN CHENOR DI KAMPUNG JALAN PANJANG, CHENORPejabat RISDA Stesen...
22/10/2026

PROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL (PKPK) PEJABAT RISDA STESEN CHENOR DI KAMPUNG JALAN PANJANG, CHENOR

Pejabat RISDA Stesen Chenor terus komited memperkukuh hubungan bersama pekebun kecil melalui pelaksanaan Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) yang menjadi platform penyampaian maklumat berkaitan bantuan dan inisiatif RISDA dalam menyokong pembangunan kebun serta meningkatkan kesejahteraan pekebun kecil.

Menerusi sesi perkongsian ini, pekebun kecil diberi penerangan mengenai pelbagai bentuk bantuan yang diberikan oleh RISDA. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan pemahaman serta kesedaran pekebun kecil terhadap peluang yang tersedia bagi memajukan kebun dan memperkukuh sosioekonomi keluarga.

Selaras dengan usaha pendigitalan perkhidmatan, pegawai lapangan turut memanfaatkan aplikasi MyPK dalam melaksanakan aktiviti bersama pekebun kecil yang hadir. Penggunaan aplikasi ini membantu melancarkan urusan di lapangan, di samping memperkukuh penyampaian perkhidmatan RISDA yang lebih sistematik, cekap dan berkesan.

Pejabat RISDA Stesen Chenor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pekebun kecil yang telah meluangkan masa untuk hadir serta memberikan sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga perkongsian dan maklumat yang disampaikan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh pekebun kecil demi memajukan kebun, meningkatkan pendapatan serta memperbaiki taraf hidup dan kesejahteraan keluarga.







TAKLIMAT DAN LATIHAN KEBAKARAN SERTA PERTOLONGAN CEMAS PEJABAT RISDA DAERAH MARAN TAHUN 2026 πŸ§―πŸš‘21 Oktober 2026 I RABUTel...
21/10/2026

TAKLIMAT DAN LATIHAN KEBAKARAN SERTA PERTOLONGAN CEMAS PEJABAT RISDA DAERAH MARAN TAHUN 2026 πŸ§―πŸš‘
21 Oktober 2026 I RABU
Telah berlangsung Taklimat dan Latihan Kebakaran serta Pertolongan Cemas Pejabat RISDA Daerah Maran Tahun 2026 dengan kerjasama pihak Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Maran.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga kerja RISDA mengenai aspek keselamatan di tempat kerja, tindakan yang perlu diambil ketika berlakunya kebakaran serta kemahiran asas memberikan pertolongan cemas dalam situasi kecemasan.
Melalui taklimat dan latihan praktikal yang dijalankan, kakitangan berpeluang mempelajari kaedah penggunaan alat pemadam api dengan betul, prosedur pemindahan kecemasan serta tindakan awal bagi membantu mangsa sebelum bantuan perubatan tiba.
Semoga program ini dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan, memupuk budaya kerja yang mengutamakan keselamatan serta memastikan warga kerja sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Maran atas perkongsian ilmu, tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.






πŸ“° SIARAN MEDIA | RISDA DAERAH MARANLAWATAN PENGARAH RISDA NEGERI PAHANG KE DAERAH MARAN: LAWATAN KERJA PEMANTAUAN PENCAP...
20/10/2026

πŸ“° SIARAN MEDIA | RISDA DAERAH MARAN

LAWATAN PENGARAH RISDA NEGERI PAHANG KE DAERAH MARAN: LAWATAN KERJA PEMANTAUAN PENCAPAIAN PROGRAM PRODUKTIVITI ANCHOR BUYER (PPPK) DI PEJABAT RISDA STESEN CHENOR

MARAN, 20 Oktober 2026 – Pengarah RISDA Negeri Pahang telah mengadakan lawatan kerja ke RISDA Daerah Maran bagi memantau pencapaian Program Produktiviti Anchor Buyer (PPPK) di Pejabat RISDA Stesen Chenor.

Pengarah RISDA Negeri Pahang juga telah mendengar sesi taklimat daripada semua pegawai lapangan Pejabat RISDA Stesen Chenor berkaitan usaha-usaha dan perancangan yang telah dan sedang dilakukan bagi mencapai matlamat Program Pengaktifan Semula Kebun Getah.

Selain itu, semua pegawai yang terlibat di dalam program ini turut menyertai satu lawatan tinjauan ke kebun getah yang sedang menggunakan teknologi torehan cucuk dengan penggunaan bahan rangsangan di Ladang getah RISDA Semaian Kampung Awah.

Pendekatan turun ladang ini mencerminkan komitmen RISDA Daerah Maran untuk sentiasa mempelajari teknologi baru dalam industri getah serta mempelbagaikan kaedah torehan untuk kemudahan pekebun kecil seterusnya diharapkan program yang dilaksanakan memberi manfaat secara berterusan kepada golongan sasar.

RISDA Daerah Maran akan terus memperkukuh usaha bimbingan, pemantauan dan khidmat sokongan bagi menggalakkan pengurusan kebun yang lebih produktif, meningkatkan pengeluaran hasil serta memperkukuh sosioekonomi pekebun kecil ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.

RISDA Bersama Pekebun Kecil, Memacu Produktiviti dan Meningkatkan Pendapatan.








RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
RISDA Negeri Pahang

HARGA SKRAP GETAH MENCECAH RM5.05 SEKILOGRAM, RISDA DAERAH MARAN TERUS PERKASA PERKHIDMATAN BELIAN GETAH BERGERAKMARAN, ...
20/10/2026

HARGA SKRAP GETAH MENCECAH RM5.05 SEKILOGRAM, RISDA DAERAH MARAN TERUS PERKASA PERKHIDMATAN BELIAN GETAH BERGERAK

MARAN, 20 OKTOBER 2026 – Perkhidmatan Belian Getah Bergerak RISDA terus menjadi pemangkin kepada usaha membantu pekebun kecil mendapatkan kemudahan pemasaran hasil getah dengan lebih mudah dan efisien apabila harga belian skrap di kawasan Chenor, Daerah Maran, mencapai RM5.05 sekilogram.

Menerusi pelaksanaan program ini, seramai 6 orang pekebun kecil telah menyertai aktiviti jualan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 2,146 kilogram skrap getah. Inisiatif ini membolehkan pekebun kecil memasarkan hasil terus dari kebun tanpa perlu menanggung kesukaran mengangkut hasil ke pusat pengumpulan atau depo.

RISDA Daerah Maran akan terus komited memperkukuh perkhidmatan ini bagi memudahkan urusan pemasaran hasil, di samping menyokong peningkatan pendapatan dan kesejahteraan pekebun kecil getah.

Dalam masa yang sama, pekebun kecil turut diseru agar sentiasa memastikan skrap getah bersih, bebas daripada bendasing dan mempunyai kandungan getah kering (DRC) yang tinggi bagi membantu meningkatkan nilai serta mutu hasil jualan.

RISDA TERUS BELI KE KEBUN GETAH ANDA!

Ayuh, manfaatkan perkhidmatan Belian Getah Bergerak RISDA demi pemasaran hasil yang lebih mudah, berkualiti dan berdaya saing.

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
En. Akmal (RISDA Plantation Sdn. Bhd.)
011-1910 5979

RISDA Daerah Maran β€” Bersama Memartabatkan Pekebun Kecil Getah.










RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
RISDA Negeri Pahang

πŸ“° SIARAN MEDIA | RISDA DAERAH MARANLAWATAN PENGARAH RISDA NEGERI PAHANG KE DAERAH MARAN: SANTUNI PEKEBUN KECIL DAN TINJA...
20/10/2026

πŸ“° SIARAN MEDIA | RISDA DAERAH MARAN

LAWATAN PENGARAH RISDA NEGERI PAHANG KE DAERAH MARAN: SANTUNI PEKEBUN KECIL DAN TINJAU PENCAPAIAN PROGRAM PEMBANGUNAN SEKTOR GETAH

MARAN, 19 Oktober 2026 – Pengarah RISDA Negeri Pahang telah mengadakan lawatan kerja ke RISDA Daerah Maran bagi memantau pencapaian Program Produktiviti Anchor Buyer (PPPK) di Stesen Maran, di samping menyantuni pekebun kecil melalui lawatan ke kebun peserta yang menerima manfaat daripada pelbagai program pembangunan RISDA.

Lawatan ini turut memberi tumpuan kepada kebun peserta Program Bantuan Pengeluaran Hasil Getah Matang (PHGM) milik Encik Mohamad Ghazali bin Hamzah serta kebun peserta Program Pemulihan Kebun Getah Terbiar (PGT) milik Puan Nor Azahar bin Samid.

di lapangan membolehkan pihak pengurusan melihat sendiri keadaan kebun, pengurusan tanaman serta perkembangan pelaksanaan program yang disalurkan kepada pekebun kecil.

Selain itu, lawatan turut melibatkan tinjauan terhadap pekebun kecil penghasilan lateks bersama En Sa'audi bin Abu Talib , termasuk usaha pekebun dalam meningkatkan produktiviti kebun serta menjana pendapatan melalui sektor getah.

Pendekatan turun padang ini mencerminkan komitmen RISDA untuk sentiasa mendekati pekebun kecil, memahami keperluan dan cabaran yang dihadapi serta memastikan bantuan dan program pembangunan yang dilaksanakan memberi manfaat secara berterusan kepada golongan sasar.

RISDA Daerah Maran akan terus memperkukuh usaha bimbingan, pemantauan dan khidmat sokongan bagi menggalakkan pengurusan kebun yang lebih produktif, meningkatkan pengeluaran hasil serta memperkukuh sosioekonomi pekebun kecil ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.

RISDA Bersama Pekebun Kecil, Memacu Produktiviti dan Meningkatkan Pendapatan.








RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
RISDA Negeri Pahang

πŸ“° SIARAN MEDIA | RISDA DAERAH MARANTERUS TINGKATKAN KUALITI DAN DRC SKRAP, PEKEBUN KECIL OA EMBUS NIKMATI HARGA RM5.00/K...
17/10/2026

πŸ“° SIARAN MEDIA | RISDA DAERAH MARAN

TERUS TINGKATKAN KUALITI DAN DRC SKRAP, PEKEBUN KECIL OA EMBUS NIKMATI HARGA RM5.00/KG

MARAN, 16 OKTOBER 2026 – Usaha berterusan pekebun kecil getah Orang Asli (OA) Embus, Chenor dalam meningkatkan kualiti skrap dan kandungan Getah Kering (DRC) terus membuahkan hasil apabila berjaya menikmati harga belian skrap mencecah RM5.00 sekilogram menerusi Program Belian Getah Bergerak RISDA di TSB OA Embus, Chenor.

Program yang dilaksanakan oleh RISDA Daerah Maran dengan sokongan RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) ini berjaya mengumpulkan sebanyak 4,080 kilogram skrap getah daripada 10 orang peserta.

ini membuktikan bahawa penjagaan kualiti skrap yang baik serta usaha meningkatkan DRC merupakan antara faktor penting dalam membantu pekebun kecil memperoleh harga yang lebih bermaruah.

Pekebun kecil disaran agar terus memberikan perhatian terhadap kebersihan skrap, mengelakkan campuran bendasing serta memastikan proses pengumpulan dan penyimpanan skrap dilakukan dengan baik.

Skrap yang bersih dan mempunyai kandungan getah kering yang tinggi berpotensi membantu meningkatkan nilai jualan hasil kebun.

Inisiatif Belian Getah Bergerak RISDA juga memudahkan pekebun kecil memasarkan hasil skrap tanpa perlu menanggung kesukaran membawa hasil ke lokasi jualan yang jauh.

Pendekatan ini mencerminkan komitmen RISDA dalam mendekati pekebun kecil serta membantu meningkatkan pendapatan mereka melalui pemasaran hasil getah yang lebih teratur.

RISDA Daerah Maran berharap kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada lebih ramai pekebun kecil untuk terus mengutamakan kualiti, meningkatkan DRC dan mengamalkan pengurusan kebun yang lebih baik.

KUALITI SKRAP BERSIH, DRC TINGGI, HARGA LEBIH BERMARUAH!

RISDA terus beli ke kebun getah anda.










RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
RISDA Negeri Pahang

BENGKEL MASAKAN DAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN WANITA PEKEBUN KECIL KG. PAYA LADANG DAN KG. NYAK KERTAU PERI...
16/10/2026

BENGKEL MASAKAN DAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN WANITA PEKEBUN KECIL KG. PAYA LADANG DAN KG. NYAK KERTAU PERINGKAT PEJABAT RISDA DAERAH MARAN TAHUN 2026

Pejabat RISDA Daerah Maran telah menganjurkan Bengkel Masakan Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) bertempat di Balai Komuniti Kg. Paya Ladang, Chenor.

Selain itu, mesyuarat Ahli Jawatankuasa kedua- dua PWPK turut diadakan bagi membincangkan perancangan aktiviti yang akn dilaksanakan sepanjang tahun, disamping berkongsi pandangan serta bertukar pendapat bagi memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Pegawai Pertanian Kawasan turut menyantuni pekebun kecil dengan menggunakan Aplikasi MyPK. Penganjuran program ini diharap dapat memupuk perpaduan serta meningkatkan penglibatan wanita pekebun kecil dalam aktiviti komuniti. Ia juga menjadi wadah untuk memperkasa peranan PWPK dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar.

Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.







Address

PEJABAT RISDA DAERAH MARAN
Maran
26500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094771352

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA Daerah Maran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RISDA Daerah Maran:

Shortcuts

Share