Pemuda PAS Maran - DPPKM

Directions Website

Pemuda PAS Maran - DPPKM Pemuda PAS Kawasan Maran merupakan salah sebuah sayap daripada kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia.

SANAH HELWAH TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG KE-79 Seluruh warga Dewan Pemuda PAS Kawasan Maran mengucapkan selamat meny...
20/10/2026

SANAH HELWAH TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG KE-79

Seluruh warga Dewan Pemuda PAS Kawasan Maran mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-79 kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), pada 20 Oktober.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan Tuan Guru kesihatan yang baik, kekuatan, keberkatan umur serta keteguhan dalam memimpin perjuangan Islam demi agama, bangsa dan ummah.

Semoga terus istiqamah menjadi murabbi ummah, sumber inspirasi dan pencetus semangat perjuangan buat generasi muda Islam.

Ikhlas daripada, Dewan Pemuda PAS Kawasan Maran πŸ’šβ€οΈ

πŸ“šβœ¨ SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) TAHUN 2026 βœ¨πŸ“šDewan Pemuda PAS Kawasan Maran menguca...
12/10/2026

πŸ“šβœ¨ SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) TAHUN 2026 βœ¨πŸ“š

Dewan Pemuda PAS Kawasan Maran mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2026.

Semoga semua calon diberikan ketenangan hati, kesihatan yang baik, kelapangan fikiran serta kemudahan dalam menjawab setiap soalan yang diberikan.

πŸ’š Berusaha dengan bersungguh-sungguh, berdoa dengan penuh pengharapan dan bertawakal kepada Allah SWT. Semoga segala ilmu yang dipelajari menjadi bekalan yang bermanfaat dan membuahkan kejayaan yang cemerlang.

Ingatlah, kejayaan bukan sekadar pada keputusan yang diperoleh, tetapi juga pada usaha, kesabaran dan kesungguhan sepanjang perjalanan menuntut ilmu.

Selamat berjuang, calon STAM 2026! Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang membanggakan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin. 🀲

Ikhlas daripada,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Maran

06/10/2026

PAS menerima keahlian baharu seramai 3,352 orang semalam dalam Mesyuarat PAS Pusat. Selamat datang. Untuk pendaftaran ahli, boleh PM kami di Page Pemuda PAS Maran. Kita bantu.

πŸ•ŠοΈ 70 TAHUN BERSAMAβ€œKita tidak melihat seorang bekas Perdana Menteri.Kita melihat seorang suami.”70 tahun bersama.70 tah...
28/09/2026

πŸ•ŠοΈ 70 TAHUN BERSAMA

β€œKita tidak melihat seorang bekas Perdana Menteri.
Kita melihat seorang suami.”

70 tahun bersama.
70 tahun membina kehidupan.
70 tahun berkongsi s**a dan duka.

Hari ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad kehilangan insan yang telah menemaninya sejak tahun 1956 β€” Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 di usia 100 tahun.

Di sebalik ketokohan seorang negarawan, tersimpan kisah seorang suami yang kehilangan teman hidupnya setelah tujuh dekad bersama.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa, menerima segala amal kebajikan dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan menghadapi kehilangan insan tercinta.

Al-Fatihah. 🀲

β€” Dewan Pemuda PAS Kawasan Maran

27.9.2026 (Ahad) ZIARAH UKHUWAH PEMUDA PAS KAWASAN MARANAlhamdulillah, Pemuda PAS Kawasan Maran berkesempatan menziarahi...
28/09/2026

27.9.2026 (Ahad)
ZIARAH UKHUWAH PEMUDA PAS KAWASAN MARAN

Alhamdulillah, Pemuda PAS Kawasan Maran berkesempatan menziarahi Saudara Afif bin Mansor, Setiausaha Pemuda PAS Cawangan Bukit Lada yang sedang diuji dengan masalah Sakit lutut akibat kecederaan ACL (Anterior Cruciate Ligament) .

Ziarah ini diketuai oleh Ustaz Fazrulnisa, Ketua Pemuda PAS Kawasan Maran, bersama Saudara Angah, Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Maran.

Kehadiran kami bukan sekadar bertanya khabar, bahkan sebagai tanda ingatan, keprihatinan dan sokongan buat saudara seperjuangan yang sedang diuji.

Semoga Saudara Afif diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan rawatan serta dikurniakan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.


 # # # ⚽ FUTSAL SANTAI PEMUDA FELDA JENGKA 2 & JENGKA 3Alhamdulillah, program Futsal Santai bersama Pemuda Felda Jengka ...
28/09/2026

# # # ⚽ FUTSAL SANTAI PEMUDA FELDA JENGKA 2 & JENGKA 3

Alhamdulillah, program Futsal Santai bersama Pemuda Felda Jengka 2 dan Pemuda Felda Jengka 3 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan pada 19 dan 26 September 2026.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Saudara Muhammad Nazirul Hazim bin Abd Manaf, Ketua Pemuda PAS DUN Kuala Sentul.

Futsal santai yang berlangsung bukan sekadar aktiviti s**an dan riadah, malah menjadi medan mengeratkan hubungan mesra, memupuk semangat kes**anan serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan pemuda.

Suasana penuh ceria, gelak tawa dan semangat kebersamaan jelas terpancar sepanjang program berlangsung. Semoga ukhuwah yang terjalin terus utuh dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak aktiviti bersama pada masa akan datang.

Bers**an mengeratkan persahabatan, ukhuwah memperkukuh perjuangan!

πŸŒ™ πˆπ‰π“πˆπŒπ€β€™ π“π€π‘ππ€π–πˆ 𝐏𝐀𝐒 πŠπ€π–π€π’π€π πŒπ€π‘π€πAlhamdulillah, malam ini Ijtima’ Tarbawi PAS Kawasan Maran yang disampaikan oleh YB U...
24/09/2026

πŸŒ™ πˆπ‰π“πˆπŒπ€β€™ π“π€π‘ππ€π–πˆ 𝐏𝐀𝐒 πŠπ€π–π€π’π€π πŒπ€π‘π€π

Alhamdulillah, malam ini Ijtima’ Tarbawi PAS Kawasan Maran yang disampaikan oleh YB Ustaz Dato’ Rosli Abd Jabar, Pesuruhjaya PAS Pahang.

Semoga pengisian dan nasihat yang disampaikan menjadi bekalan untuk terus memperkukuhkan iman, meningkatkan kefahaman serta memperteguhkan semangat dalam perjuangan Islam.

Mudah-mudahan kita terus istiqamah dalam melaksanakan amanah, memperbaiki diri dan memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.




🟩⬜️ USRAH BULANAN ⬜️🟩DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MARANβ”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”πŸ“… Tarikh: 19 September 2026πŸ—“οΈ Hari: Sabtu⏰ Masa: 7....
19/09/2026

🟩⬜️ USRAH BULANAN ⬜️🟩
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MARAN
━━━━━━━━━━━━━━━━━━
πŸ“… Tarikh: 19 September 2026
πŸ—“οΈ Hari: Sabtu
⏰ Masa: 7.30 malam
πŸ“ Tempat: Surau Purnama (F) Sg Nerek
πŸŽ™οΈ Naqib:
Ust. Salman Al-Adly
πŸ“š PENGISIAN USRAH
πŸ”Ή Fikrah:
Konsep Jihad dalam Islam
πŸ”Ή Hadis:
Golongan yang Mencegah Maksiat
(Manhaj Takwin 2)
━━━━━━━━━━━━━━━━━━
🌱 Usrah Tunjang Tarbiyah
πŸ“– Tarbiyah Nadi Perjuangan
🀲 Membina Fikrah, Memperkukuh Ukhuwah






Address

Pejabat PAS Kawasan Maran, 83, Lorong Masjid
Maran
26500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Maran - DPPKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share