03/10/2026
KHABAR PAHANG PETANG
JUMAAT, 02/10/2026 - Polis merampas kira-kira 58.1 kilogram g***a bernilai 174 RIBU ringgit dalam serbuan di hadapan sebuah homestay di daerah Maran, awal pagi 28 September lalu.
Dalam kenyataan media hari ini, Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, serbuan kira-kira pukul 1.20 pagi itu membawa kepada penahanan dua lelaki yang disyaki sedang mengalihkan empat beg dari bonet sebuah kenderaan.
Pemeriksaan menemukan 56 bungkusan g***a, manakala kedua-dua suspek didapati positif methamphetamine dan direman tujuh hari sehingga 4 Oktober bagi melengkapkan siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
_________________________________________________________
Dengarkan Khabar Pahang setiap hari di PAHANGfm jam 7:45 pagi dan 5:45 petang.
Follow channel Whatsapp PAHANGfm sekarang!
https://whatsapp.com/channel/0029VbDbBLu7YSd81DqMuA1U