FELDA Puteri Malu - Jengka 13

Call Directions Website

FELDA Puteri Malu - Jengka 13 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from FELDA Puteri Malu - Jengka 13, Government Organization, Pejabat FELDA Jengka 13 (Puteri Malu), Maran.

1 Oktober 2026 I KhamisSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah meluangkan masa da...
01/10/2026

1 Oktober 2026 I Khamis

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah meluangkan masa dan tenaga untuk bersama-sama menjayakan Gotong Royong pada hari ini.

Terima kasih atas semangat kerjasama, kebersamaan dan gotong-royong dalam membersihkan serta menceriakan kawasan dari Simpang Pintu Gerbang hingga ke rumah kakitangan FELDA.

πŸ’š Setiap tenaga yang dicurahkan amat bermakna.
🀝 Bersama kita bina kawasan yang lebih bersih, indah dan selesa.
🌿 Gotong-royong menyatukan kita, kebersihan menceriakan kita.



🌟 π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 & π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ€π’πˆπ‡ πŸŒŸβ€‹Jawatankuasa Masjid Ubuddiah, FELDA Puteri Malu Jengka 13​merakamkan ucap...
30/09/2026

🌟 π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 & π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ€π’πˆπ‡ 🌟

​Jawatankuasa Masjid Ubuddiah, FELDA Puteri Malu Jengka 13
​merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada seluruh para pewaqaf, penderma, dan penyumbang yang telah menjayakan Kempen Waqaf Van Jenazah.

πŸ’° 𝑱𝑼𝑴𝑳𝑨𝑯 𝑾𝑨𝑸𝑨𝑭 𝑻𝑬𝑹𝑲𝑼𝑴𝑷𝑼𝑳 ​𝑹𝑴 74,199.00
πŸ—“οΈ π‘»π’†π’Žπ’‘π’π’‰ π‘²π’†π’Žπ’‘π’†π’: π‘Άπ’ˆπ’π’” 2025 – π‘Άπ’ˆπ’π’” 2026

​"Berkat sumbangan dan waqaf anda, kariah kita kini mempunyai van jenazah baru yang lebih selesa, selamat, dan sempurna untuk kegunaan bersama."

​"Ω…ΩŽΩ‘Ψ«ΩŽΩ„Ω Ψ§Ω„ΩŽΩ‘Ψ°ΩΩŠΩ†ΩŽ ΩŠΩΩ†ΩΩΩ‚ΩΩˆΩ†ΩŽ Ψ£ΩŽΩ…Ω’ΩˆΩŽΨ§Ω„ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω’ فِي Ψ³ΩŽΨ¨ΩΩŠΩ„Ω Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω ΩƒΩŽΩ…ΩŽΨ«ΩŽΩ„Ω Ψ­ΩŽΨ¨ΩŽΩ‘Ψ©Ω Ψ£ΩŽΩ†Ψ¨ΩŽΨͺَΨͺΩ’ Ψ³ΩŽΨ¨Ω’ΨΉΩŽ Ψ³ΩŽΩ†ΩŽΨ§Ψ¨ΩΩ„ΩŽ فِي كُلِّ Ψ³ΩΩ†Ω’Ψ¨ΩΩ„ΩŽΨ©Ω Ω…ΩΩ‘Ψ§Ψ¦ΩŽΨ©Ω Ψ­ΩŽΨ¨ΩŽΩ‘Ψ©Ω"
"Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, adalah serupa dengan sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji..."
β€” (Surah Al-Baqarah: 261)

Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan anda dengan ganjaran pahala jariah yang berterusan, dimurahkan rezeki, dan diberkati kehidupan dunia serta akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

​Ikhlas daripada: Pengurusan FELDA, Pengerusi & AJK Kariah Masjid Ubuddiah FELDA Puteri Malu Jengka 13

πŸ•Œ MESYUARAT AGUNG MASJID UBUDDIAH FELDA JENGKA 13 TAHUN 202628 September 2026 | ISNINAlhamdulillah, selesai sudah Mesyua...
29/09/2026

πŸ•Œ MESYUARAT AGUNG MASJID UBUDDIAH FELDA JENGKA 13 TAHUN 2026

28 September 2026 | ISNIN

Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Agung Masjid Ubuddiah FELDA Jengka 13 yang telah diadakan selepas solat Isyak, bertempat di ruang solat Masjid.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Samsuri bin Mohamad, Pengurus Rancangan FELDA Jengka 13.

Mesyuarat turut melibatkan pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Ubuddiah bagi sesi 2027–2029.

Terima kasih kepada seluruh ahli kariah, Ahli Jawatankuasa Masjid, imam, bilal, siak dan semua yang hadir atas sokongan serta kerjasama yang diberikan. 🀝

Tahniah kepada barisan jawatankuasa yang telah dipilih. Semoga amanah ini dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan demi terus mengimarahkan masjid dan memperkukuh ukhuwah warga kariah. 🀲

Masjid Kita, Tanggungjawab Kita, Kebersamaan Kita.

πŠπ€π‰πˆπ€π 𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπ„πŒ ππ„πŒππˆππ€π€π πŠπ€π‘π€πŠπ“π„π‘ π†π„ππ„π‘π€π’πˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ 26 September 2026 | SabtuKolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang te...
27/09/2026

πŠπ€π‰πˆπ€π 𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπ„πŒ ππ„πŒππˆππ€π€π πŠπ€π‘π€πŠπ“π„π‘ π†π„ππ„π‘π€π’πˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ

26 September 2026 | Sabtu

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang telah memilih FELDA Jengka 13 sebagai salah satu tempat kajian bagi Program Kajian Lapangan Kem Pembinaan Karakter Generasi Madani (GenMADANI) Fasa 1 2026. Program ini bertujuan untuk melatih pelajar KMKPh membuat kajian berkaitan dengan status ekonomi masyarakat setempat bersesuaian dengan Aspirasi Malaysia Madani melibatkan 19 orang pelajar KMKPh semester 1/2026.

Pengurus Rancangan, En. Samsuri bin Mohamad telah memberikan penerangan berkaitan Projek Tanaman Jagung Sejati Madani JKKR FELDA Jengka 13 dan Projek Tanaman Tebu yang di usahakan oleh Generasi Ke-2, En. Mohd Sufie bin Esa. Para pelajar turut berpeluang untuk mempraktikkan cara-cara penanaman jagung dan pengurusan tanaman tebu secara komersial.

Turut hadir; En. Mohd Eswadi bin Mohd Zain, Ketua Unit Kokurikulum KMKPh; Pn. Zauyah binti Mohamad, Pengerusi GPW FELDA Jengka 13; En. Nordin bin Mohamed Nor, Ketua Biro Ekonomi JKKR FELDA Jengka 13 serta barisan kepimpinan rancangan.






17/09/2026
SELAMAT MENYAMBUT πŸ‡²πŸ‡Ύ HARI MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎDaripada Pengurusan dan Kepimpinan Rancangan FELDA Jengka 13 (Puteri Malu)
15/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT πŸ‡²πŸ‡Ύ HARI MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡Ύ

Daripada Pengurusan dan Kepimpinan Rancangan FELDA Jengka 13 (Puteri Malu)

11/09/2026

Pertandingan Keceriaan Tugu Blok (Solar) Fasa 2

Blok manakah bakal menjadi Johan tahun ni?
11/09/2026

Blok manakah bakal menjadi Johan tahun ni?




Salam Aidilfitri 1447H πŸŒ™Ikhlas daripada Samsuri bin Mohamad, Pengurus FELDA Jengka 13.Maaf Zahir & Batin 🀝✨
21/03/2026

Salam Aidilfitri 1447H πŸŒ™

Ikhlas daripada Samsuri bin Mohamad, Pengurus FELDA Jengka 13.

Maaf Zahir & Batin 🀝✨





Pengurusan Rancangan FELDA Jengka 13 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Jengka 13 🫰🏻
21/03/2026

Pengurusan Rancangan FELDA Jengka 13 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Jengka 13 🫰🏻


Address

Pejabat FELDA Jengka 13 (Puteri Malu)
Maran
26420

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60387444902

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FELDA Puteri Malu - Jengka 13 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share