Page Pd Binjai Rendah, Marang, Terengganu

Directions

Page Pd Binjai Rendah, Marang, Terengganu Perpustakaan Desa Kg Binjai Rendah, Perpustakaan Negara Malaysia

20.10.2026πŸ§’πŸ‘§ Bila anak bermain bersama rakan, mereka juga belajar mengurus emosi, berunding dan bertolak ansur. Persahab...
20/10/2026

20.10.2026

πŸ§’πŸ‘§ Bila anak bermain bersama rakan, mereka juga belajar mengurus emosi, berunding dan bertolak ansur. Persahabatan membantu anak berasa diterima dan menjadi sebahagian daripada kump**an. ❀️
Apa permainan kegemaran anak anda bersama kawan? Kongsikan di komen dan ikuti Malaysia Mendidik!

🌹AGM MAYA - 20/10/2026 (SELASA) 🌹KUIZ : HARI SUKAN NEGARA 2026
20/10/2026

🌹AGM MAYA - 20/10/2026 (SELASA) 🌹
KUIZ : HARI SUKAN NEGARA 2026







19/10/2026 (ISNIN)MINUMAN β€˜ZERO’ LEBIH BAIK DARIPADA MINUMAN BERGULA?Ramai yang mula beralih kepada minuman berlabel Zer...
19/10/2026

19/10/2026 (ISNIN)
MINUMAN β€˜ZERO’ LEBIH BAIK DARIPADA MINUMAN BERGULA?
Ramai yang mula beralih kepada minuman berlabel Zero Sugar atau Zero, terutama minuman berkarbonat seperti cola.
Tetapi ada juga yang mengatakan minuman β€˜Zero’ sama sahaja bahayanya dengan minuman bergula kerana mengandungi pemanis tiruan.
Jadi, betulkah minuman β€˜Zero’ pilihan yang lebih baik?
Jawapannya, YA. Dari sudut pengambilan gula dan kalori.
Minuman berkarbonat biasa boleh mengandungi lebih 30 gram gula dalam satu tin 330 ml, bergantung pada formulasi.
Sebaliknya, minuman β€˜Zero Sugar’ lazimnya mengandungi 0 gram gula dan sangat sedikit atau hampir sifar kalori.
Ini bermakna, apabila anda menggantikan minuman bergula dengan versi β€˜Zero’, anda boleh mengurangkan pengambilan gula dan kalori harian.
BAGAIMANA MINUMAN β€˜ZERO’ MASIH BOLEH RASA MANIS?
Kebanyakan minuman ini menggunakan pemanis bukan gula seperti aspartame, sucralose atau acesulfame potassium.
Pemanis yang diluluskan telah melalui penilaian keselamatan dan dianggap selamat apabila diambil dalam had yang ditetapkan.
Ia juga secara umumnya tidak menyebabkan kenaikan glukosa darah seperti gula biasa.
TETAPI, ADA PERKARA YANG PERLU DIFAHAMI.
❗ Minuman β€˜Zero’ bukan bermaksud minuman yang menyihatkan secara keseluruhan.
❗ Minuman berkarbonat β€˜Zero’ masih berasid dan pengambilan yang kerap boleh menyumbang kepada hakisan enamel gigi.
❗ Menukar kepada minuman β€˜Zero’ tidak semestinya menyebabkan berat badan turun jika jumlah kalori daripada makanan lain masih berlebihan.
pemanis bukan gula sebagai strategi utama untuk mengawal berat badan dalam jangka panjang.
Jika anda sudah biasa minum minuman berkarbonat manis setiap hari, bertukar kepada versi β€˜Zero’ boleh menjadi langkah peralihan yang baik.
Tidak perlu rasa bersalah kerana memilih alternatif yang kurang gula dan kalori.
Namun, jangan jadikan label β€˜Zero’ sebagai alasan untuk mengambilnya secara berlebihan. Semak juga label pemakanan kerana formulasi setiap produk mungkin berbeza.
Air kosong tetap pilihan terbaik untuk diminum setiap hari.
Ingat, minuman β€˜Zero’ bukan bebas semua risiko. Tetapi ia boleh menjadi pilihan yang lebih baik berbanding minuman tinggi gula.
Matlamat akhirnya bukan untuk bergantung kepada minuman β€˜Zero’ selama-lamanya, tetapi membiasakan diri dengan rasa yang kurang manis.
Public Health Malaysia






19/10/2026 (ISNIN)ADHD DAN SOLAT: APABILA TERLUPA RAKAAT, BACAAN DAN SUKAR KHUSYUKβ€œEh, aku dah rakaat ketiga atau keempa...
19/10/2026

19/10/2026 (ISNIN)
ADHD DAN SOLAT: APABILA TERLUPA RAKAAT, BACAAN DAN SUKAR KHUSYUK
β€œEh, aku dah rakaat ketiga atau keempat?”
β€œTadi aku dah baca tahiyat awal ke belum?”
β€œAku dah baca Al-Fatihah tadi, tapi kenapa langsung tak ingat apa yang aku baca?”
Pernah mengalami situasi begini?
Bagi sesetengah individu dengan ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), pengalaman ini bukan berlaku sekali-sekala.
Ia boleh berulang, hampir setiap kali menunaikan solat.
Dan yang paling menyedihkan, mereka mungkin menyangka masalah ini berpunca daripada kelemahan diri sendiri.
β€œMungkin aku tak cukup khusyuk.”
β€œMungkin iman aku lemah.”
β€œKenapa susah sangat aku nak fokus walaupun sedang menghadap Allah?”
Sebenarnya, ada penjelasan dari sudut neurosains yang penting untuk kita fahami.
1. Terlupa sedang berada pada rakaat ke berapa
Bayangkan sedang menunaikan solat Zohor.
Selesai sujud, tiba-tiba terfikir.
β€œIni rakaat kedua atau ketiga?”
Cuba mengingat kembali. Tetapi semakin difikirkan, semakin keliru.
Individu dengan ADHD boleh mengalami kes**aran pada fungsi kognitif yang dikenali sebagai working memory, iaitu keupayaan otak menyimpan dan menggunakan maklumat sementara.
Dalam solat, working memory membantu kita menjejaki bilangan rakaat, turutan pergerakan dan perkara yang baru dilakukan.
Apabila perhatian terganggu, maklumat tersebut mungkin tidak dikekalkan dengan baik.
Sebab itulah seseorang boleh terlupa bilangan rakaat walaupun baru beberapa saat menyelesaikan rakaat sebelumnya.
2. Terlupa sama ada sudah melakukan tahiyat awal
Ada yang tiba-tiba berdiri dan tertanya-tanya.
β€œAku dah duduk tahiyat awal tadi?”
β€œAku terus bangun selepas sujud ke?”
Pergerakan solat yang sudah biasa dilakukan boleh menjadi begitu automatik.
Tetapi apabila perhatian beralih, otak mungkin tidak membentuk ingatan yang jelas tentang perbuatan tersebut.
Fenomena ini boleh berkait dengan gangguan perhatian dan proses pengekodan memori.
Bukan semestinya dia tidak tahu cara solat. Dia mungkin s**ar mengingati perbuatan yang baru sahaja dilakukan.
3. Bacaan solat seperti tidak masuk ke dalam kepala
Mulut membaca Al-Fatihah.
Tetapi fikiran berada di tempat lain.
Selesai membaca, tiba-tiba timbul persoalan.
β€œAku betul-betul dah baca tadi?”
Ada yang mengulang bacaan kerana tidak yakin.
Ada juga yang mampu membaca dengan lancar tetapi s**ar mengekalkan perhatian terhadap makna bacaan tersebut.
Ini kerana membaca, mengekalkan perhatian dan memahami apa yang dibaca melibatkan beberapa proses kognitif yang saling berkait.
Bacaan yang lancar tidak semestinya bermakna perhatian dapat dikekalkan sepanjang bacaan.
4. Fikiran melompat daripada satu perkara kepada perkara lain
Baru sahaja mengangkat takbir.
Tiba-tiba teringat mesej WhatsApp yang belum dibalas.
Kemudian teringat kerja esok.
Kemudian teringat barang yang belum dibeli.
Beberapa saat kemudian, baru tersedar bahawa dirinya sedang solat.
Fenomena mind wandering ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tetapi sesetengah individu ADHD lebih s**ar mengawal perhatian yang beralih secara spontan.
Mereka cuba membawa kembali perhatian kepada solat.
Namun fikiran kembali melayang.
Berulang kali.
5. Semakin cuba khusyuk, semakin tertekan
Inilah cabaran yang jarang dibincangkan.
Seseorang terlalu takut melakukan kesilapan sehingga mula memantau setiap pergerakan dan bacaannya secara berlebihan.
β€œBetul ke tadi?”
β€œCukup ke rakaat?”
β€œKenapa aku masih tak boleh fokus?”
Akhirnya, solat yang sepatutnya menjadi ruang ketenangan boleh bertukar menjadi pengalaman yang meletihkan dari segi mental.
Ada yang mengalami rasa bersalah, keresahan dan keraguan berulang selepas solat.
Walau bagaimanapun, keraguan yang berlebihan juga boleh berkait dengan masalah waswas atau OCD, dan tidak seharusnya terus dianggap sebagai ADHD.
ADHD BUKAN BERMAKSUD SESEORANG ITU KURANG BERIMAN
Ini perkara paling penting.
ADHD ialah gangguan perkembangan saraf yang boleh mempengaruhi perhatian, ingatan kerja, pengurusan masa dan kawalan impuls.
Ia bukan ukuran keikhlasan, kecintaan seseorang kepada agama atau tahap keimanannya.
Kita tidak boleh membuat kesimp**an bahawa seseorang yang kerap terlupa rakaat itu malas, sambil lewa atau tidak bersungguh-sungguh dalam ibadah.
Pada masa yang sama, tidak semua masalah khusyuk atau terlupa dalam solat disebabkan ADHD.
Apa yang boleh membantu?
Solat berjemaah. Menjadi makmum akan menjadikan solat lebih mudah kerana mengikut imam.
Jika solat bersendirian, cari persekitaran solat yang kurang gangguan. Berikan sedikit masa untuk menenangkan diri sebelum takbir. Cuba baca dengan kadar yang selesa dan latih perhatian kembali kepada bacaan apabila fikiran melayang.
Pelajari juga hukum berkaitan keraguan bilangan rakaat, tahiyat awal dan sujud sahwi daripada sumber agama yang berautoriti. Islam mempunyai panduan apabila seseorang terlupa dalam solat.
Jika kes**aran perhatian dan ingatan berlaku secara berterusan sehingga menjejaskan kehidupan harian, dapatkan penilaian profesional.
Kita banyak bercakap tentang bagaimana ADHD menjejaskan pembelajaran, pekerjaan dan hubungan.
Tetapi kita jarang mendengar tentang pergelutan senyap individu ADHD ketika menunaikan ibadah.
Mereka mungkin tidak meminta keistimewaan.
Mereka cuma mahu difahami.
Kerana ada yang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk khusyuk, tetapi setiap hari terpaksa berhadapan dengan fikiran yang s**ar dikawal.
Jangan jadikan kes**aran neurologi seseorang sebagai ukuran kelemahan imannya.
Kadangkala, perjuangan yang paling besar ialah perjuangan yang langsung tidak kelihatan oleh orang lain.
Public Health Malaysia






19/10/2026 (ISNIN)πŸ˜‚ PELIK JUGA JEREBU SEKARANG NI. DEKAT SEKOLAH BAHAYA, DEKAT PANTAI JADI SELAMAT P**A?🏫 Cikgu bawa mur...
19/10/2026

19/10/2026 (ISNIN)
πŸ˜‚ PELIK JUGA JEREBU SEKARANG NI. DEKAT SEKOLAH BAHAYA, DEKAT PANTAI JADI SELAMAT P**A?
🏫 Cikgu bawa murid ke padang? TAK BOLEH! ❌
πŸ–οΈ Ibu bapa bawa anak ke pantai? BOLEH P**A! βœ…
Cikgu kena patuh SOP. Aktiviti luar ditangguhkan demi keselamatan murid.
Tapi bila sekolah tutup, ada p**a yang anggap macam dapat pakej percutian percuma. Siap bawa anak mandi laut dan berkelah! πŸ˜…
Agaknya zarah PM2.5 ni kenal uniform sekolah kot. Nampak baju sekolah, dia serang. Nampak baju pantai, dia bagi laluan! 🀣
Sindirannya mudah: Kesihatan anak-anak tanggungjawab bersama, bukan tugas cikgu semata-mata.
πŸ’¬ Setuju atau tidak? Sekolah tutup sebab jerebu, tetapi aktiviti luar tetap berjalan macam biasa?
πŸ“² Kongsikan dan ikuti Malaysia Mendidik!







18/10/2026

πŸ“’πŸ“’ π—£π—˜π—Ÿπ—¨π—”π—‘π—š π—˜π— π—”π—¦ π—¨π—‘π—§π—¨π—ž 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔π—ͺ𝗔𝗑 𝗔𝗦𝗑𝗔𝗙 π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨! πŸ“’πŸ“’

πŸš€ π—£π—˜π—‘π—–π—”π—₯π—œπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—”π—‘π—§π—œπ—¦ 𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔π—ͺ𝗔𝗑 π—‘π—œπ—”π—šπ—” 𝗔𝗦𝗑𝗔𝗙 π— π—”π—œπ——π—”π—  (𝗨-π—•π—œπ—‘π—”) πŸš€
🌟 𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—žπ—›π—”π—¦ 𝗔𝗦𝗑𝗔𝗙 🌟

πŸ’Ό 𝗔𝗑𝗗𝗔 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔π—ͺ𝗔𝗑 𝗔𝗦𝗑𝗔𝗙? π—œπ—‘π—œπ—Ÿπ—”π—› π—£π—˜π—Ÿπ—¨π—”π—‘π—š π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π—žπ—˜π— π—•π—”π—‘π—šπ—žπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—‘π—œπ—”π—šπ—”π—”π—‘ 𝗔𝗑𝗗𝗔!

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) membuka peluang kepada usahawan asnaf yang berminat untuk menyertai Program Usahawan Niaga Asnaf MAIDAM (U-BINA).

🎯 SIAPA YANG LAYAK MEMOHON?

βœ… Bumiputera, beragama Islam dan rakyat Terengganu
βœ… Berstatus ASNAF dan berdaftar dengan MAIDAM
βœ… Berumur 18 hingga 55 tahun
βœ… Sedang menjalankan perniagaan
βœ… Mempunyai Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM)
βœ… Mempunyai minat dan kesungguhan untuk mengembangkan perniagaan

🎁 APA YANG MENARIK TENTANG PROGRAM INI?

✨ Latihan dan bimbingan keusahawanan
✨ Geran peralatan secara PERCUMA
✨ Coaching dan pemantauan perniagaan

πŸ”₯ JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!

Inilah peluang untuk meningkatkan kemahiran, memperkukuh perniagaan dan melangkah lebih jauh sebagai usahawan yang berdaya saing! πŸ’ͺ🏼

πŸ“² NAK MOHON? MUDAH SAHAJA!
πŸ‘‰ Imbas kod QR pada poster untuk membuat permohonan/melalui pautan berikut: https://forms.gle/Jod7Nmo65hhqZiRx6

πŸ“… TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30 OKTOBER 2026

πŸ“Œ Jom sertai program U-BINA dan rebut peluang untuk memajukan perniagaan anda!

πŸ“£ Mohon bantu sebarkan hebahan ini kepada usahawan asnaf yang layak dan berminat.

πŸ“² Sertai Group WhatsApp Rasmi MAIDAM – Info Kursus/Latihan Usahawan Asnaf melalui pautan berikut:
πŸ”— https://bit.ly/Wasap-MAIDAMInfoKursusLatihanUsahawan-Asnaf

🀝 MAIDAM x YPU
🌱 Memperkasa Asnaf, Melahirkan Usahawan Berdaya Saing!

18/10/2026
18/10/2026🌹AGM MAYA - 18/10/2026 (AHAD) 🌹     - KUIZ TOKOH -JOM LIKE DAN JAWAB SOALAN DIBAWAHTERIMA KASIH πŸ˜‰        See l...
18/10/2026

18/10/2026

🌹AGM MAYA - 18/10/2026 (AHAD) 🌹
- KUIZ TOKOH -
JOM LIKE DAN JAWAB SOALAN DIBAWAH
TERIMA KASIH πŸ˜‰






See less

15/10/2026 (KHAMIS)
15/10/2026

15/10/2026 (KHAMIS)







πŸŒͺοΈπŸš— KERETA ALZA BERAT LEBIH SATU TAN, TAPI MACAM MANA PUTING BELIUNG BOLEH ANGKAT?

Bayangkan sebuah Perodua Alza yang beratnya lebih satu tan, tiba-tiba terangkat, terbalik atau tercampak akibat ribut.

Macam tak masuk akal, kan?

Tetapi dari sudut sains, fenomena ini memang boleh berlaku apabila daya angin yang bertindak pada kenderaan cukup kuat.

BAGAIMANA PUTING BELIUNG BOLEH MENGANGKAT KERETA?

πŸ’¨ 1. KELAJUAN ANGIN YANG SANGAT TINGGI

Puting beliung yang kuat boleh menghasilkan angin melebihi 200 km/j.

Angin yang bergerak laju menghasilkan daya besar pada badan kenderaan, terutama dari arah sisi.

πŸš— 2. KERETA MEMPUNYAI PERMUKAAN YANG LUAS

Walaupun berat, kereta mempunyai bahagian sisi dan bawah yang boleh menerima tekanan angin.

Apabila daya angin cukup kuat, kenderaan boleh bergoyang, tergelincir atau terbalik.

πŸŒͺ️ 3. DAYA AERODINAMIK DAN PUSARAN ANGIN

Aliran udara yang kompleks di sekitar kereta boleh menghasilkan daya angkat.

Apabila kereta mula terbalik atau terangkat sebelah, angin boleh memasuki bahagian bawah dan membantu mengangkatnya lebih jauh.

⚠️ 4. KERETA BOLEH TERCAMPAK

Dalam puting beliung yang sangat kuat, gabungan daya angin dan aliran udara ke atas boleh menyebabkan kenderaan terangkat serta tercampak.

Namun, bukan semua puting beliung mampu mengangkat kereta.

πŸ”¬ FAKTA SAINS YANG RAMAI SALAH FAHAM!

Kereta bukan terangkat semata-mata kerana tekanan udara rendah yang menyedutnya seperti vakum.

Sebaliknya, daya angin, perbezaan tekanan di sekitar kenderaan dan aliran udara memainkan peranan utama.

πŸ‡²πŸ‡Ύ BAGAIMANA P**A DI MALAYSIA?

Malaysia boleh mengalami puting beliung dan ribut petir dengan angin kencang.

Namun, jika kereta terbalik atau tercampak ketika ribut, kita tidak boleh terus menyimpulkan bahawa puting beliung telah berlaku tanpa pengesahan meteorologi.

Angin kencang daripada ribut petir juga mampu menyebabkan kerosakan besar.

🚨 JIKA BERDEPAN PUTING BELIUNG:

βœ… Jangan berlindung di dalam kereta jika bangunan kukuh boleh dicapai dengan selamat.

βœ… Jauhi tingkap dan kawasan terbuka.

βœ… Berlindung di ruang dalaman tingkat paling bawah bangunan kukuh.

βœ… Ikuti amaran METMalaysia.

15/10/2026 (KHAMIS)Anda s**a yang mana satu?Mandi air panas atau mandi air sejuk?Pilihan suhu air mandian sebenarnya buk...
15/10/2026

15/10/2026 (KHAMIS)
Anda s**a yang mana satu?
Mandi air panas atau mandi air sejuk?
Pilihan suhu air mandian sebenarnya bukan sekadar tentang tabiat dan keselesaan, tetapi ia turut memberikan kesan dan fungsi fisiologi yang berbeza kepada tubuh badan kita.
πŸ”΄ TEAM AIR SUAM
Bagi anda yang tergolong dalam pas**an air suam, mandian ini merupakan pilihan ideal untuk melegakan ketegangan otot dan kekakuan tubuh buat sementara waktu.
Haba daripada air suam akan melancarkan peredaran darah terus ke permukaan kulit serta memberi kesan relaksasi secara menyeluruh.
Jika anda letih dan ingin berehat, mandian suam juga berpotensi membantu anda tidur dengan lebih lena pada waktu malam.
Namun satu peringatan penting, elakkan penggunaan air yang terlalu panas kerana ia boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering.
πŸ”΅ TEAM AIR SEJUK
Sebaliknya, bagi penggemar air sejuk p**a, mandian bersuhu rendah ini bertindak sebagai perangsang yang baik untuk sistem saraf.
Apabila air sejuk menyentuh tubuh, saluran darah pada kulit akan mengecut secara sementara, lantas memberikan anda lonjakan rasa segar yang pantas.
Bagi mereka yang aktif bers**an, terdapat bukti yang lebih kukuh bahawa kaedah rendaman air sejuk selepas senaman mampu mengurangkan masalah sakit otot.
Walau bagaimanapun, berhati-hati agar tidak terdedah kepada suhu yang terlampau sejuk kerana ia boleh memberi stres yang memudaratkan kepada badan anda.
Sesuaikan suhu air mandian harian dengan matlamat serta keperluan fizikal anda pada waktu tersebut.







Address

Jalan Kuala Berang
Marang

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 13:00
Saturday 09:00 - 16:30
Sunday 09:00 - 16:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Page Pd Binjai Rendah, Marang, Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share