Majlis Daerah Marang Rasmi

Call Directions Website Contact the organization

Majlis Daerah Marang Rasmi Majlis Daerah Marang telah mewujudkan PAGE bagi memudahkan pengumuman dibuat melalui media sosial.

15/09/2026
13/09/2026

🎥 ADUAN 105 |

Mencari rezeki itu hak kita. Mematuhi peraturan, tanggungjawab kita bersama.

Pihak Majlis sentiasa menyokong usaha para peniaga mencari rezeki dan mengembangkan perniagaan. Namun, setiap perniagaan perlu melalui saluran yang betul serta mematuhi syarat pelesenan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Pematuhan bukan sekadar untuk mengelakkan tindakan penguatkuasaan. Ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran perniagaan yang teratur, selamat dan harmoni untuk peniaga, pelanggan serta masyarakat.

• Dengan Kerjasama
- Bahagian Pelesenan & Bahagian Penguatkuasa

📹 ADUAN 105

Kami dengar • Kami teliti • Kami nilai


ALHAMDULILLAH, MDM KEKAL 5 BINTANG! ⭐⭐⭐⭐⭐Majlis Daerah Marang (MDM) terus mencatat pencapaian membanggakan apabila berja...
13/09/2026

ALHAMDULILLAH, MDM KEKAL 5 BINTANG! ⭐⭐⭐⭐⭐

Majlis Daerah Marang (MDM) terus mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya mengekalkan penarafan 5 Bintang dalam penilaian Sistem Star Rating (SSR) Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2026, dengan kedudukan ke-7 daripada 92 PBT kategori Daerah di Malaysia.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan dan seluruh warga kerja MDM dalam memastikan pengurusan serta penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berintegriti.

Tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga MDM atas usaha serta dedikasi yang diberikan. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Bersama Membina Marang Lebih Sejahtera.






Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Yang Dipertua MDM, YBrs. Encik Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood atas pengu...
06/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Yang Dipertua MDM, YBrs. Encik Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood atas pengurniaan Darjah Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (A.M.Z.) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

Semoga dengan pengurniaan Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan Majlis Daerah Marang yang dipimpin oleh Tuan Yang Dipertua.

Ikhlas Daripada:
Setiausaha, Ahli-ahli Majlis dan Seluruh Warga Kerja Majlis Daerah Marang

🇲🇾 **SEMANGAT KEMERDEKAAN, JIWA MALAYSIA!** 🇲🇾Sekitar penyertaan kontinjen **Majlis Daerah Marang** dalam Perbarisan dan...
01/09/2026

🇲🇾 **SEMANGAT KEMERDEKAAN, JIWA MALAYSIA!** 🇲🇾

Sekitar penyertaan kontinjen **Majlis Daerah Marang** dalam Perbarisan dan Perarakan sempena **Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026**.

Dengan langkah yang penuh disiplin, semangat berpasukan dan jiwa patriotik, seluruh kontinjen tampil membawa nama Majlis Daerah Marang dengan penuh rasa bangga.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua anggota kontinjen yang telah memberikan komitmen serta semangat luar biasa sepanjang sesi latihan sehingga berlangsungnya acara perbarisan.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina negara yang aman, maju dan sejahtera.

**Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati*
**Selamat Hari Kebangsaan Ke-69!** 🇲🇾








Semarak Bulan Kebangsaan bersama warga Majlis Daerah MarangSatu langkah, satu semangat, bersama mengibarkan Jalur Gemila...
30/08/2026

Semarak Bulan Kebangsaan bersama warga Majlis Daerah Marang
Satu langkah, satu semangat, bersama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang cinta dan bangga kepada tanah air.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!






TikTok | Make Your Day

Address

Majlis Daerah Marang
Marang
21600

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Sunday 07:30 - 18:00

Telephone

+6096182366

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Marang Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Daerah Marang Rasmi:

Shortcuts

Share