19/08/2025
๐ Buli Dalam Kalangan Petugas Kesihatan โ Di Sebalik Kot Putih, Ada Luka Yang Tak Nampak
Ramai beranggapan buli hanya berlaku di sekolah, tetapi kajian di hospital latihan di Malaysia membuktikan sebaliknya. Dalam kajian melibatkan 1,074 doktor pelatih, hampir 13% mengaku pernah dibuli dalam tempoh 6 bulan sama ada dimarahi di depan orang, dipaksa buat kerja di luar kompetensi atau diasingkan oleh pasukan.
Bukan itu sahaja, tinjauan bebas pada tahun 2023 mendapati hampir 41% houseman menyatakan mereka mengalami buli di fasiliti kesihatan awam.
Angka ini menunjukkan masalah ini bukan kes terpencil, tetapi budaya yang telah merosakkan sistem latihan Pegawai Perubatan yang telah berakar sekian lama
๐ Kesan buli bukan kecil, ia meningkatkan stres, risiko burnout, niat berhenti kerja, dan boleh menjejaskan kualiti rawatan pesakit.
Malah, ia menutup ruang pembelajaran untuk Doktor Pelatih yang sedang membina asas kerjaya perubatan.
๐ฑ Cadangan Solusi:
1. Polisi Anti-Buli di Tempat Kerja
Dasar tegas, jelas, dan dilaksanakan secara menyeluruh di fasiliti kesihatan.
2. Saluran Aduan Selamat
Mekanisme laporan tanpa takut balas dendam, dengan siasatan telus serta perlindungan kepada pengadu.
3. Akses Sokongan Kesihatan Mental Tanpa Stigma
Sesi kaunseling, peer support, dan rawatan psikologi yang boleh dicapai mudah oleh doktor pelatih tanpa stigma atau prejudis.
4. Latihan & Penyeliaan Beretika
Latihan khusus kepada penyelia/ketua unit mengenai komunikasi berhemah, maklum balas konstruktif, dan kepimpinan yang menyokong.
โค๏ธ Doktor pelatih adalah tulang belakang masa depan sistem kesihatan. Jika kita gagal melindungi mereka daripada budaya buli, akhirnya pesakit juga akan menanggung akibatnya.