07/10/2026
Di sebalik tembok penjara, ada juga amanah yang perlu kita beri perhatian. Ada kebajikan yang perlu dijaga, ada suara yang perlu didengar.
Pagi tadi ambe berada di Kota Darulnaim, Kelantan untuk menghadiri Mesyuarat Pengerusi Lembaga Hakim Pelawat Seluruh Negeri Bersama Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Bil. 1/2026.
Mesyuarat ini menghimpunkan pengerusi dan wakil Lembaga Hakim Pelawat dari seluruh negeri bagi berkongsi pandangan, pengalaman serta membincangkan perkara-perkara berkaitan peranan dan tanggungjawab Lembaga Hakim Pelawat.
Bagi ambe, setiap pertemuan sebegini cukup bermakna. Ia memberi ruang untuk mendengar pandangan daripada wakil negeri-negeri lain, memahami cabaran yang ada serta mencari ruang untuk penambahbaikan dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
Walaupun bidang ini mungkin tidak banyak kita ceritakan, ia tetap melibatkan satu amanah yang besar, memastikan perkara berkaitan kebajikan dan pengurusan penghuni penjara turut diberikan perhatian yang sewajarnya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat atas perkongsian dan perbincangan hari ini.
Moga setiap amanah yang dipikul dipermudahkan Allah dan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. π€²π»