KD SRI MEDINI

Call Directions Website Contact the organization

KD SRI MEDINI Akaun Rasmi KD SRI MEDINI. KD SRI MEDINI merupakan salah satu unit bertauliah Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia di Johor.

"Relevant In Peace Time, Ready For War Time"

Terimakasih YBhg Panglima. 🫡
13/10/2026

Terimakasih YBhg Panglima. 🫡

Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) PSSTLDM yang ke-92 dan KDSM yang ke-50 telah berlangsung pada 10 Oktober 2026 dengan aca...
13/10/2026

Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) PSSTLDM yang ke-92 dan KDSM yang ke-50 telah berlangsung pada 10 Oktober 2026 dengan acara perbarisan yang melibatkan 5 platun dari semua Unit Bawah Naungan (UBN) seluruh negara. Acara ini turut diserikan dengan jemputan-jemputan kehormat serta mantan-mantan kru KDSM. Bravo Zulu dan Selamat Hari Ulang Tahun semuanya! ❤️

Markas Pasukan Simpanan TLDM Tentera Laut Diraja Malaysia Angkatan Tentera Malaysia

Sesungguhnya, setiap yang hidup, akan mati jua.Pagi ini, kami warga KD SRI MEDINI bersama warga Markas Pasukan Simpanan ...
19/09/2026

Sesungguhnya, setiap yang hidup, akan mati jua.

Pagi ini, kami warga KD SRI MEDINI bersama warga Markas Pasukan Simpanan TLDM serta ahli Persatuan Veteran TLDM (PVTLDM) Johor Bahru menganjurkan Program Jiwa Murni Madani bertempat di pusara Allahyarham ABEM Abdul Samad bin Sulaiman serta kawasan perkuburan Masjid Jalan Parit Besar, Batu Pahat Johor.

Didoakan agar roh Allahyarham wira samudera yang gugur ini, ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh. Amin YRA.

Ketahanan ATM, Benteng Pertahanan NegaraPegawai Memerintah dan warga KD SRI MEDINI mengucapkan Selamat Ulang Tahun Angka...
15/09/2026

Ketahanan ATM, Benteng Pertahanan Negara

Pegawai Memerintah dan warga KD SRI MEDINI mengucapkan Selamat Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia ke-93 buat seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia, sama ada warga tetap, simpanan, kakitangan awam mahupun seisi keluarga di dalam ketiga-tiga perkhidmatan Tentera Darat Malaysia , Tentera Laut Diraja Malaysia , dan Tentera Udara Diraja Malaysia .

Gagah perkasa benteng samudera,
Memelihara nusa bumi bertuah,
Semangat waja pertahan negara,
Berkorban jiwa tak kenal lelah.

Duty • Honour • Sacrifice

⚓️

Malaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiPegawai Memerintah dan seluruh warga KD SRI MEDINI mengucapkan Selamat Hari Mala...
15/09/2026

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Pegawai Memerintah dan seluruh warga KD SRI MEDINI mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia. Tarikh keramat ini mengingatkan kita akan indahnya perpaduan dalam kepelbagaian, serta kepentingan mengekalkan kedaulatan tanah air demi generasi akan datang.

Mekar mewangi bunga cempaka,
Dipetik puteri gubahan merawi,
Uniknya bangsa warisan merdeka,
Teguh bersama memelihara pertiwi.

⚓

Terimakasih YBhg Panglima atas kepercayaan yang diberikan kepada kami.🫡
01/09/2026

Terimakasih YBhg Panglima atas kepercayaan yang diberikan kepada kami.

🫡

Kami hadir!Terimakasih atas sokongan semua.
01/09/2026

Kami hadir!

Terimakasih atas sokongan semua.

Selesai penyertaan kami dalam Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Johor 2026 di Dataran Tanjung Em...
31/08/2026

Selesai penyertaan kami dalam Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Johor 2026 di Dataran Tanjung Emas, Muar.

Sebagai entiti yang diamanahkan untuk membawa nama Tentera Laut Diraja Malaysia, kami lakukan sebaik mungkin.

Terima kasih kepada YBhg Panglima MPS TLDM, semua unit TLDM, rakan-rakan ATM, SMKA Maahad Muar / Jabatan Pendidikan (negeri dan daerah) serta semua pihak termasuk perkhidmatan pengangkutan Mayang Sari Express yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang program.

Tidak dilupakan, penghargaan kepada rakan-rakan media terutamanya Media Digital Johor JABATAN PENERANGAN NEGERI JOHOR 🇲🇾 dan semua yang hadir memberikan sokongan kepada kami.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Kita jumpa lagi tahun hadapan.

KD SRI MEDINI

Malaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiPegawai Memerintah dan seluruh warga KD SRI MEDINI mengucapkan Selamat Menyambut...
30/08/2026

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Pegawai Memerintah dan seluruh warga KD SRI MEDINI mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69 buat semua rakyat Malaysia, sama ada di dalam negara mahupun di luar negara.

Bahtera belayar menuju muara,
Sedia berkorban jiwa dan raga,
69 tahun makmurnya negara,
Kedaulatan tanah air sentiasa dijaga.

⚓️

Address

Pangkalan TLDM Johor Bahru
Masai
81750

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6073813800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KD SRI MEDINI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KD SRI MEDINI:

Shortcuts

Share

Category