Balai Polis Plentong - Official

Call Directions Contact the organization

Balai Polis Plentong - Official LAPORKAN JENAYAH DI KAWASAN PERSEKITARAN ANDA.

27/10/2026
25/10/2026

AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kelantan (Gua Musang) • Terengganu (Hulu Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) • Pahang (Rompin, Pekan, Kuantan, Jerantut dan Lipis) • Selangor (Kuala Selangor, Petaling dan Klang) • Johor (Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian) • Sarawak: Sibu (Kanowit), Sarikei (Julau dan Pakan), Betong (Betong dan Pusa), Sri Aman, Samarahan (Sebuyau, Gedong dan Simunjan), Serian (Serian), Limbang, Miri (Marudi dan Bario), Kapit (Song) • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Pensiangan, Sook, Keningau, Tambunan, Membakut dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Tongod) sehingga 12:00 Tengah Malam; Isnin, 26 Oktober 2026.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada 9:00 malam, 25 Oktober 2026




25/10/2026

💔 USAH TERJERAT DENGAN LOVE SCAM!

Jangan mudah terpedaya dengan janji manis, cerita sedih atau permintaan wang daripada individu yang hanya dikenali dalam talian.

🚩 Kenali tanda-tandanya. Jangan terburu-buru membuat bayaran atau berkongsi maklumat perbankan.

🔒 Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.

1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:

📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮 Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

25/10/2026

ADA APA DENGAN INTEGRITI?
‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’

Integriti dalam Islam

Integriti bermaksud ihsan iaitu menyedari bahawa Allah SWT sedang memerhati;

Islam dan iman amat memerlukan ihsan dalam memastikan agar akhlak seseorang itu sempurna;

Integriti dalam Islam dikaitkan dengan banyak perkara menjadikan ia sesuatu yang bersifat asas bagi setiap perkara;

Integriti berkaitan dengan kualiti unggul yang wujud secara menyeluruh dan padu pada diri individu dan organisasi;

Integriti juga merujuk kepada kejujuran, ketelusan kesempurnaan dan keutuhan;

Ia merangkumi keikhlasan,ketelusan, amanah, benar, berpegang pada prinsip keterbukaan, tidak mudah dipengaruhi, dan boleh dipercayai.

KISAH HEBAT INSAN BERINTEGRITI
‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’
Meskipun kisah-kisah begini diceritakan berulang kali, hakikatnya ia kisah yang benar-benar pernah berlaku menjadikan ia contoh lazim dalam berbicara soal integriti. Bahkan contoh-contoh ini menjadi teladan berkenaan integriti yang ada di segenap aspek kehidupan.**
Antaranya:

(i) Kisah Nabi Yusuf AS mengelakkan diri daripada diajak melakukan perkara tidak sopan oleh Zulaikha.

(ii) Dalam pentadbiran juga integriti menjadi nilai penting dalam memuliakan seorang pembesar iaitu Iskandar Zulkarnain. Beliau menolak harta daripada satu kaum untuk membina tembok pemisah di antara mereka dengan Yakjuj dan Makjuj.

(iii) Nabi Musa AS yang menjadi orang kepercayaan dalam menjaga puteri-puteri Nabi Syuib AS ketika dalam perjalanan p**ang ke rumah.

(iv) Sebagai pengikut p**a, integriti diperlukan dalam mendengar perintah. Ia wujud dalam kisah tentera Talut bahawa ketika mereka melalui padang yang panas terik dan tidak berair, mereka gelisah kerana tidak yakin dapat menentang musuh kerana kehausan. Mereka merayu agar Talut berdoa kepada Allah SWT lalu mereka ditakdirkan melalui satu sungai. Akan tetapi, tenteranya dipesan agar minum satu cedok air sahaja. Daripada 70,000 tentera hanya 300 yang mematuhi perintah Talut. Akibatnya yang tidak mendengar arahan tidak dapat meneruskan perjuangan, pucat, dan kecut hati.

(v) Pimpinan korup sekali lagi disebut termasuklah Firaun, Haman, dan Qarun. Kesemuanya tidak berintegriti dari segi amanah terhadap orang-orangnya.

(vi) Contoh terbaik dalam nilai integriti tentunya Nabi Muhammad SAW. Baginda diberikan gelaran al-Amin kerana integriti dan kebolehpercayaan dalam kalangan masyarakat. Baginda juga pernah menolak tawaran sebagai raja berserta perempuan cantik agar meninggalkan dakwah Islamiah.

(vii) Saidina Abu Bakar AS juga menjadikan integriti asas kepada kepimpinannya. Beliau pernah berkata, “Wahai manusia, sesungguhnya aku dilantik menjadi pemimpin kamu; jika aku berbuat baik, bantulah aku. Jika aku buat salah, betulkan aku. Jujur itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Taatlah aku selagi aku taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Jika aku derhaka terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku.”

(viii) Saidina Umar al-Khattab telah memberi pewangi dengan harga satu Dirham dan dihadiahkan kepada Maharani Byzantin. Isterinya mendapat batu permata diisi di dalam bekas pewangi sebagai balasan daripada Maharani Byzantin. Apabila Umat tahu, beliau menjual batu permata itu dan hasil jualan dimasukkan ke dalam baitulmal negara. Hanya satu Dirham yang diberikan kepada isterinya.

(ix) Umar Abdul Aziz menangis teresak-esak sambil kepalanya di celah kedua-dua lututnya kerana takut yang amat selepas diangkat menjadi khalifah. Beliau menolak segala kemewahan sehingga menjual kenderaan dan barang peruntukan kepadanya dan hasil jualan itu diberikan kepada baitulmal.

**Rujukan:
http://bharian.com.my/kolumnis/2017/02/244293/kisah-al-Quran-papar-panduan-integriti-terbaik

IBRAH
‘’’’’’’’’’’

Integriti amat perlu diterapkan dan dijadikan amalan hidup;

Elak jadikan ia slogan atau jenama yang dipamerkan di sana sini, tetapi tidak diamalkan;

Integriti sudah ada sejak zaman Nabi Adam lagi;

Integriti ditakrifkan sebagai ihsan yang sama pentingnya dengan Islam dan iman. Jika mantap ketiga-tiga perkara ini, maka mantaplah akhlak seseorang;

Integriti juga melambangkan takwa. Bahkan takwa yang tinggilah yang memuliakan seseorang;

Jawatan yang tinggi bermakna besar amanahnya. Semakin besar amanah, semakin besar cabaran integriti seseorang itu.

Kita insan biasa yang tidak lari daripada membuat kesalahan. Jadi, kita haruslah muhasabah diri sendiri dan berjanji pada diri sendiri supaya tidak melakukan mana-mana perkara yang boleh merosakkan integriti.

25/10/2026

Penyakit jantung kekal menjadi penyebab kematian utama di Malaysia. Fahami perbezaan jantung terhenti (cardiac arrest) dan serangan jantung (heart attack). Tindakan pantas dapat menyelamatkan nyawa.

25/10/2026



PEMANDUAN TERJEJAS, NYAWA TERGADAI, JAUHI DADAH DAN ALKOHOL

Polis Diraja Malaysia menerusi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik menasihatkan semua pengguna jalan raya agar tidak memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol yang boleh menjejaskan fokus, penglihatan, tindak balas, emosi serta koordinasi fizikal ketika memandu.

Pengaruh dadah dan alkohol bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Pastikan diri berada dalam keadaan waras dan cergas sebelum memandu demi keselamatan bersama.

Pandu dengan bijak, jauhi dadah dan alkohol, serta utamakan keselamatan.





#25102026

25/10/2026
16/10/2026

Setakat jam 8 pagi, Stesen Pasir Gudang merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat, manakala tujuh stesen pengawasan lain di Johor mencatatkan bacaan pada tahap tidak sihat.








Address

Jalan Bunga Matahari
Masai
81750

Telephone

+6073873122

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Plentong - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Polis Plentong - Official:

Shortcuts

Share

Nearby government services