SK Taman Permas Jaya 2

Call Directions Contact the organization

SK Taman Permas Jaya 2 Update on SK Taman Permas Jaya 2.

28/10/2026

PROGRAM FASIH KPM 2026

Tajuk: Sekolah saya selamat apabila...

Mohamad Fahim Darwisy bin Mohamad Yusof
SK Taman Permas Jaya 2, Pasir Gudang, Johor.




28/10/2026

PROGRAM FASIH KPM 2026

Tajuk : Saya mengimpikan sekolah yang...

Ayduha Rudainah binti Mohd Ashid
SK Taman Permas Jaya 2, Pasir Gudang, Johor.




28/10/2026

PROGRAM FASIH KPM 2026

Tajuk: Saya percaya guru saya kerana...

Dhia Aisya Zara binti Muhammad Amin
SK Taman Permas Jaya 2, Pasir Gudang, Johor.




28/10/2026

PROGRAM FASIH KPM 2026

Tajuk : Jika saya Perdana Menteri...

Muhammad Luqman bin Amran Rafiq
SK Taman Permas Jaya 2, Pasir Gudang, Johor.




KERANGKA ANTI BULI SEKOLAH RENDAH PEMERKASAAN (SAFE)Assalamualaikum dan salam sejahtera.📢 HENTIKAN BULI, CIPTA PERSEKITA...
28/10/2026

KERANGKA ANTI BULI SEKOLAH RENDAH PEMERKASAAN (SAFE)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

📢 HENTIKAN BULI, CIPTA PERSEKITARAN SELAMAT UNTUK SEMUA!

Buli ialah perbuatan menyakitkan, menakutkan, memalukan atau menyisihkan seseorang secara sengaja, berulang kali dan melibatkan ketidakseimbangan kuasa. Buli boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk buli lisan, fizikal, sosial dan siber, sama ada di sekolah, di rumah, di jalan raya mahupun dalam talian.

Perbuatan buli boleh menyebabkan mangsa berasa takut, sedih, hilang keyakinan diri, tidak mahu hadir ke sekolah serta mengalami gangguan emosi dan kecederaan fizikal. Oleh itu, setiap murid perlu memainkan peranan dalam membanteras perbuatan buli.

✅ Apa yang boleh kita lakukan?

- Jangan membuli atau menyokong perbuatan buli.
- Sentiasa bersikap baik dan menghormati orang lain.
- Jangan mengejek, menghina atau menyebarkan aib rakan.
- Jika melihat kejadian buli, segera laporkan kepada guru, guru kaunseling atau ibu bapa.
- Jadilah rakan yang prihatin dengan membantu dan menyokong mangsa buli.

Ingatlah, BULI BUKAN LAWAK! Kita semua bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni, penyayang dan bebas daripada buli. Marilah kita mengamalkan nilai empati, saling menghormati dan berani bertindak demi kesejahteraan semua murid.

Bersama kita hentikan buli, kerana setiap murid berhak berasa selamat, dihormati dan diterima.

Ikhlas daripada,

Cikgu Azmi
Unit Bimbingan & Kaunseling
SK Taman Permas Jaya (2)






MAJLIS BACAAN YAASIN & DOA SELAMAT Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat telah berlangsung secara dalam tal...
16/10/2026

MAJLIS BACAAN YAASIN & DOA SELAMAT

Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat telah berlangsung secara dalam talian pada 16 Oktober 2026 (Jumaat).

Majlis telah dipimpin oleh Ustaz Rusydan dengan penyertaan warga sekolah yang bersama-sama meluangkan masa untuk membaca Surah Yasin dan memanjatkan doa kepada Allah SWT.

Semoga majlis yang dilaksanakan ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT, serta segala doa yang dipanjatkan dimakbulkan oleh-Nya. Semoga seluruh warga SK Taman Permas Jaya 2 sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya. Amin ya Rabbal Alamin. 🤲🏻

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan murid yang telah meluangkan masa serta memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.

Anjuran:
📌 MAKDIS & Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab
🏫 SK Taman Permas Jaya 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.📢 MAKLUMAN PENANGGUHAN KARNIVAL K.I.T.A & HARI SUKAN NEGARAMemandangkan situasi ba...
07/10/2026

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

📢 MAKLUMAN PENANGGUHAN KARNIVAL K.I.T.A & HARI SUKAN NEGARA

Memandangkan situasi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi dan tidak sihat, Unit Kokurikulum mengambil langkah menangguhkan Karnival K.I.T.A dan Hari Sukan Negara demi menjaga kesihatan dan keselamatan semua warga sekolah.

🌿 Marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri:

* Elakkan berada di luar jika tidak perlu.
* Kurangkan aktiviti luar.
* Kerap minum air kosong.
* Patuhi langkah-langkah penjagaan kesihatan diri.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat, selamat dan dilindungi.

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua.

Unit Kokurikulum
SK Taman Permas Jaya 2

07/10/2026
07/10/2026

Address

Jalan Permas 3/10
Masai
81750

Opening Hours

Monday 19:00 - 17:00
Tuesday 19:00 - 17:00
Wednesday 19:00 - 17:00
Thursday 19:00 - 17:00
Sunday 19:00 - 17:00

Telephone

+6073879091

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Taman Permas Jaya 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SK Taman Permas Jaya 2:

Shortcuts

Share

Category

Nearby government services