Balai Polis Permas Jaya

Call Directions

Balai Polis Permas Jaya Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Balai Polis Permas Jaya, Government Organization, Balai Polis Permas Jaya, , G-09 Blok A3 Jalan Permas Utara, Bandar Baru Permas Jaya, Masai.

Balai Polis Permas Jaya memainkan peranan yang penting dalam menjaga keselamatan, ketenteraman dan kemesraan kepada seluruh penduduk di kawasan Permas Jaya & Senibong

15/09/2026

PENGARAH PENGURUSAN PDRM BAHARU

Yang Berhormat CP Dato’ Ab Rahaman bin Arsad, Ketua Polis Johor, serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat menjalankan amanah kepada YDH CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah atas pelantikan sebagai Pengarah Pengurusan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap pengalaman, kepimpinan, integriti dan komitmen tinggi yang telah dicurahkan dalam memperkukuh kecemerlangan pasukan.

Semoga YDH Datuk terus dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keteguhan hati dalam menggalas amanah serta menerajui PDRM ke arah pasukan yang lebih profesional, berintegriti, responsif dan disegani, demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta keamanan negara.

Selamat menjalankan amanah dan meneruskan legasi kecemerlangan.

Tahniah YDH Datuk



15/09/2026

TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA BAHARU

Yang Berhormat CP Dato’ Ab Rahaman bin Arsad, Ketua Polis Johor, serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat menjalankan amanah kepada YDH DIG Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap pengalaman, kepimpinan, integriti dan komitmen tinggi yang telah dicurahkan dalam memperkukuh kecemerlangan pasukan.

Semoga YDH DIG Dato’ Sri terus dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keteguhan hati dalam menggalas amanah serta menerajui PDRM ke arah pasukan yang lebih profesional, berintegriti, responsif dan disegani, demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta keamanan negara.

Selamat menjalankan amanah dan meneruskan legasi kecemerlangan.

Tahniah YDH DIG Dato’ Sri



LATIHAN GEMPARAN APIPada 23 Jun 2026 (Selasa), Balai Polis Permas Jaya dengan kerjasama Bomba & Penyelamat Johor Jaya te...
23/06/2026

LATIHAN GEMPARAN API

Pada 23 Jun 2026 (Selasa), Balai Polis Permas Jaya dengan kerjasama Bomba & Penyelamat Johor Jaya telah melaksanakan Program Gemparan Api, Ceramah Keselamatan, Demonstrasi Penggunaan Alat Pemadam Api serta Kawad Pengungsian Bangunan.

🔹 OBJEKTIF :
▶️ Memberi pendedahan berkaitan tindakan keselamatan ketika berlaku kebakaran atau kecemasan.
▶️ Meningkatkan tahap pengetahuan dan kesiapsiagaan warga balai dalam menghadapi situasi kecemasan.

🔹 ULASAN :
▶️ Program berjalan lancar dengan penglibatan warga balai melalui taklimat, demonstrasi dan latihan praktikal kawad pengungsian bangunan.
▶️ Program ini berjaya meningkatkan kesedaran aspek keselamatan serta memperkukuhkan kerjasama antara PDRM dan JBPM dalam pengurusan kecemasan.

🔹 Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pihak JBPM sebagai tanda penghargaan.


&PenyelamatJohorJaya

22/06/2026
22/06/2026
22/06/2026

JANGAN ABAIKAN TITIK BUTA

Titik buta merupakan kawasan di sekeliling kenderaan yang tidak dapat dilihat melalui cermin pandang belakang atau cermin sisi. Mengabaikannya boleh mengundang risiko kemalangan serius dan meragut nyawa.







🔄 Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

22/06/2026

TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA YDH ACP RAUB BIN SELAMAT & YBHG. PUAN FATIMAH BINTI MISKEN

, 22 Jun 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YDH ACP Raub Bin Selamat serta YBhg. Puan Fatimah Binti Misken atas segala jasa, bakti dan pengorbanan sepanjang berkhidmat di IPD Johor Bahru Selatan.

Semoga terus maju jaya dalam apa jua lapangan yang diceburi.

22/06/2026
PENUGASAN KAWALAN KESELAMATAN DAN LALU LINTAS Pada 6 Jun 2026, Balai Polis Permas Jaya bersama Trafik IPD Johor Bahru Se...
06/06/2026

PENUGASAN KAWALAN KESELAMATAN DAN LALU LINTAS

Pada 6 Jun 2026, Balai Polis Permas Jaya bersama Trafik IPD Johor Bahru Selatan telah melaksanakan penugasan kawalan keselamatan dan lalu lintas sempena Konvoi Bermotosikal Campuran DUN Permas 2026 – Jelajah Orang Johor (JOJ) yang melibatkan kira-kira 200 buah motosikal.

Konvoi bermula dari Bandar Baru Permas Jaya menuju ke Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang dengan kawalan keselamatan dan lalu lintas dilaksanakan sepanjang laluan yang dipertanggungjawabkan.

Hasil pemantauan mendapati program berlangsung dengan lancar, teratur dan selamat tanpa sebarang kemalangan, gangguan keselamatan atau kejadian tidak diingini.

Terima kasih atas kerjasama semua peserta dan orang awam yang membantu menjayakan program ini.



Address

Balai Polis Permas Jaya, , G-09 Blok A3 Jalan Permas Utara, Bandar Baru Permas Jaya
Masai
81750

Telephone

+60 7-386 4522

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Permas Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share