01/10/2026
πππππππππ πππππ πππππ πππππ πππ πππππ ππ-πππ πππ ππππ ππππ ππππ ππππ/ππππ
, 01 Oktober ππππ (Khamis) β Telah berlangsung Mesyuarat Agung Kelab Polis dan Surau An-Nur IPD Seri Alam bagi sesi 2026/2027 bertempat di Dewan Seri Selasih, IPD Seri Alam.
Majlis telah dihadiri oleh YDH ACP Mohd Sohaimi bin Ishak, Ketua Polis Daerah Seri Alam, YDH Supt Victor Genason, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, DSP Dr. Mohd Roslan bin Mohd Tahir, Pengerusi Kelab Polis IPD Seri Alam serta ASP Mat Nawi bin Ab Rahman, Pengerusi Surau An-Nur IPD Seri Alam.
Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga (3) buah lagu iaitu Lagu Bangsa Johor, Lagu Negaraku dan Lagu Sang Saka Biru, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Arif Fikri bin Abdul Rashid.
Seterusnya, YDH ACP Mohd Sohaimi bin Ishak telah menyampaikan ucapan perasmian selaku Yang Dipertua Kelab Polis dan Surau An-Nur IPD Seri Alam.
Majlis turut disusuli dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Polis dan Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur IPD Seri Alam bagi sesi 2025/2026 sebagai tanda penghargaan atas komitmen, sumbangan dan khidmat bakti yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Selain itu, turut diadakan penyampaian cenderahati kepada YDH Ketua Polis Daerah Seri Alam sebagai tanda penghargaan.
Mesyuarat Agung Kelab Polis diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat dan penyata kewangan sesi 2025/2026, pembubaran Ahli Jawatankuasa sesi 2025/2026 serta pelantikan Ahli Jawatankuasa Kelab Polis bagi sesi 2026/2027.
Dalam mesyuarat tersebut, DSP Dr. Mohd Roslan bin Mohd Tahir telah dilantik sebagai Pengerusi Kelab Polis IPD Seri Alam bagi sesi 2026/2027 bersama barisan Ahli Jawatankuasa yang telah dipersetujui.
Bagi Mesyuarat Agung Surau An-Nur p**a, agenda meliputi pengesahan minit mesyuarat dan penyata kewangan sesi 2025/2026, pembubaran Ahli Jawatankuasa sesi 2025/2026 serta pelantikan Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur bagi sesi 2026/2027.
ASP Masrol Hasni bin Abas telah dilantik sebagai Pengerusi Surau An-Nur IPD Seri Alam bagi sesi 2026/2027 bersama barisan Ahli Jawatankuasa yang baharu dilantik.
Seramai (240) orang ahli Kelab Polis dan (200) orang ahli Surau An-Nur telah hadir menjayakan mesyuarat tersebut.
Secara keseluruhannya, majlis perasmian dan Mesyuarat Agung Kelab Polis serta Surau An-Nur IPD Seri Alam telah berlangsung dengan lancar dan teratur.