Klinik Kesihatan Masjid Tanah

Call Directions Website

Klinik Kesihatan Masjid Tanah Laman interaksi rasmi Klinik Kesihatan Masjid Tanah, Melaka

08/11/2026
Salam Sejahtera.Kami ingin berkongsi maklumat mengenai Perkhidmatan PrEP di Klinik Kesihatan Masjid Tanah (Klinik Mawar)...
05/11/2026

Salam Sejahtera.

Kami ingin berkongsi maklumat mengenai Perkhidmatan PrEP di Klinik Kesihatan Masjid Tanah (Klinik Mawar).

🔹 Perkhidmatan walk-in disediakan.
🔹 Sebut KOD MAWAR di kaunter pendaftaran.
🔹 Kerahsiaan dan privasi pesakit sentiasa diutamakan.

Mohon bantuan semua untuk berkongsi poster ini bagi meningkatkan kesedaran dan akses kepada perkhidmatan PrEP.

Cegah HIV, Lindungi Masa Depan. 💗

Thank you 🤩

📢🎉 *ORANG TG. BIDARA, JOM RAMAI-RAMAI!*🎉📢🧠💚 *KEMPEN HENTIKAN STIGMA KESIHATAN MENTAL MELAKA 2026*📅 15 SEPTEMBER 2026 (SE...
13/09/2026

📢🎉 *ORANG TG. BIDARA, JOM RAMAI-RAMAI!*🎉📢

🧠💚 *KEMPEN HENTIKAN STIGMA KESIHATAN MENTAL MELAKA 2026*

📅 15 SEPTEMBER 2026 (SELASA)
📍 DEWAN JAPERUN DUN TANJUNG BIDARA

✨ BANYAK AKTIVITI & PERKHIDMATAN MENANTI ANDA!

Bukan sekadar program kesihatan je

*🎁 CABUTAN BERTUAH – HADIAH MENANTI!*
🩺 Saringan Kesihatan
🎗️ Saringan Kanser
🦷 Bas Pergigian
🔎 Explorace
🎨 Pertandingan Mewarna
🥪 Pertandingan Bento
🖌️ Cipta Poster
✍️ Penulisan Kreatif
🎤 Pocket Talk

👨‍👩‍👧‍👦 Bawa keluarga, ajak jiran & kawan-kawan!

❤️ Jaga kesihatan fizikal. Jaga kesihatan mental.
🤝 *Ubah Tanggapan, Bina Harapan. Kita Saling Sokong!*

🚨 ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR!
🔥 JANGAN LEPASKAN PELUANG — JOM TURUN KE PROGRAM!.

📢 MAKLUMAN WAKTU OPERASI KLINIK – CUTI UMUMAssalamualaikum dan salam sejahtera warga komuniti Masjid Tanah 🌷Dimaklumkan ...
22/08/2026

📢 MAKLUMAN WAKTU OPERASI KLINIK – CUTI UMUM

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga komuniti Masjid Tanah 🌷

Dimaklumkan bahawa sempena Cuti Umum Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Maulidur Rasul, perkhidmatan Klinik Extended Hours dan Klinik Jaundis di fasiliti kesihatan primer Negeri Melaka adalah DITUTUP pada tarikh berikut:

📅 24 Ogos 2026 (Isnin)
🎉 Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka
➡️ Extended Hours: TUTUP
➡️ Klinik Jaundis: TUTUP

📅 25 Ogos 2026 (Selasa)
🌙 Maulidur Rasul
➡️ Extended Hours: TUTUP
➡️ Klinik Jaundis: TUTUP

📌 Perkhidmatan klinik akan beroperasi semula seperti biasa selepas cuti umum.

Mohon kerjasama semua untuk merancang kunjungan ke klinik dengan sewajarnya.

Sekiranya berlaku kecemasan atau memerlukan rawatan segera, sila dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang bersesuaian.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua. 💚

Klinik Kesihatan Masjid Tanah
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

📢 PENGUMUMAN PENTING: PELAKSANAAN SISTEM TEMUJANJI BERPERINGKAT (STAGGERED TIME)Pelanggan dan pesakit Klinik Kesihatan M...
21/08/2026

📢 PENGUMUMAN PENTING:
PELAKSANAAN SISTEM TEMUJANJI BERPERINGKAT (STAGGERED TIME)

Pelanggan dan pesakit Klinik Kesihatan Masjid Tanah yang dihormati,
Bagi meningkatkan kelancaran perkhidmatan, mengurangkan masa menunggu, serta mengelakkan kesesakan di klinik, pihak pengurusan akan melaksanakan Sistem Temujanji Berperingkat (Staggered Time).

Maklumat Pelaksanaan:
* Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2026
* Arahan Kehadiran: Sila hadir mengikut waktu temujanji yang telah ditetapkan.

* Masa Pendaftaran: Pesakit disarankan hadir 30 minit awal sebelum waktu temujanji untuk proses pendaftaran.

Kerjasama daripada anda semua amat kami hargai bagi memastikan kelancaran urusan dan keselesaan bersama.

Sekian, terima kasih.

Pihak Pengurusan
Klinik Kesihatan Masjid Tanah

🌸 DEMONSTRASI PEMAKANAN IBU HAMIL ANEMIA 🌸🤰 Pemakanan yang betul memainkan peranan penting dalam membantu ibu hamil menc...
19/08/2026

🌸 DEMONSTRASI PEMAKANAN IBU HAMIL ANEMIA 🌸

🤰 Pemakanan yang betul memainkan peranan penting dalam membantu ibu hamil mencegah dan mengatasi masalah anemia.

Pada pagi ini, jam 9.00 pagi, telah berlangsung Demonstrasi Pemakanan Ibu Hamil Anemia di Klinik Desa Tanjung Bidara.

👩‍⚕️ Demonstrasi telah dikendalikan oleh Jururawat Terlatih, Pn. Azniza, dengan perkongsian dan tunjuk cara berkaitan pilihan makanan yang sesuai, berkhasiat serta kaya dengan zat besi bagi membantu memenuhi keperluan pemakanan ibu sepanjang kehamilan.

🥬🍊🍗 Jom amalkan pemakanan seimbang, kaya zat besi dan vitamin C demi kesihatan ibu dan bayi!

💚 Ibu Sihat, Bayi Sihat, Keluarga Sejahtera.








Peringatan Buat Pesakit Respiratori Kronik di Musim Panas!Cuaca panas melampau bukan sekadar membuatkan kita berpeluh, m...
16/08/2026

Peringatan Buat Pesakit Respiratori Kronik di Musim Panas!

Cuaca panas melampau bukan sekadar membuatkan kita berpeluh, malah ia boleh memberi kesan buruk kepada sistem pernafasan, terutamanya bagi penghidap asma dan penyakit paru-paru kronik.

Pastikan anda amalkan langkah-langkah berikut:

✅ Berada dalam persekitaran yang sejuk
✅ Elak terdedah kepada cuaca panas dan kualiti udara yang tidak sihat.
✅ Dapatkan nasihat doktor dan rawatan dengan segera sekiranya bergejala.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

*📢 JOM UBAH HIDUP & MENANG HADIAH LUMAYAN! 📢*Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera semua warga Masjid Tanah! 😊Adakah an...
13/07/2026

*📢 JOM UBAH HIDUP & MENANG HADIAH LUMAYAN! 📢*

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera semua warga Masjid Tanah! 😊
Adakah anda atau ahli keluarga anda pesakit diabetes di KK Masjid Tanah dengan bacaan HbA1c 8.0% dan ke atas? Inilah peluang keemasan untuk anda mulakan Transformasi Kesihatan bersama kami!

*✨ PROGRAM TRANSFORMASI DIABETES 2026 ✨*
📅 Tempoh: Ogos 2026 – Januari 2027 (Program Berselia selama 6 Bulan)
👥 Tempat adalah TERHAD untuk 30 PESERTA sahaja!

Kenapa wajib join program ini?
✅ Pemeriksaan Kesihatan secara berkala
✅ Bimbingan Pemakanan Sihat & Aktiviti Fizikal
✅ Ilmu Pengurusan Ubat & Pendidikan Diabetes
✅ Sokongan penuh daripada Pasukan Kesihatan

🏆 HADIAH LUMAYAN menanti peserta yang cemerlang!
Jangan tunggu lagi, slot sangat terhad! Jom sertai dan ubah hidup anda sekarang.

📞 Untuk pertanyaan & pendaftaran, hubungi:
Ketua Jururawat Kesihatan (Dayang): 018-964 8500
Atau terus klik link ini untuk WhatsApp:
https://chat.whatsapp.com/JFZMlkHYOWO7j8QE8mt22k

Anjuran Bersama: Pasukan NCD dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Masjid Tanah.

BVD merupakan sejenis penyakit Ebola yang serius dan boleh membawa maut. Penyakit demam virus berdarah (viral haemorrhag...
31/05/2026

BVD merupakan sejenis penyakit Ebola yang serius dan boleh membawa maut. Penyakit demam virus berdarah (viral haemorrhagic fever) ini disebabkan oleh jangkitan virus Bundibugyo, yang pertama kali dikenal pasti di daerah Bundibugyo, Uganda pada tahun 2007.

BVD merebak melalui sentuhan langsung dengan:

🩸 Darah
💦 Cecair badan
🧫 Permukaan yang telah tercemar daripada individu atau haiwan yang dijangkiti

Elak panik, kekal waspada. Terus amalkan kebersihan diri.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

KES DENGGI SEDANG MENINGKAT. Aedes boleh membiak di tempat yang sering kita terlepas pandang seperti pelapik pasu bunga,...
31/05/2026

KES DENGGI SEDANG MENINGKAT.

Aedes boleh membiak di tempat yang sering kita terlepas pandang seperti pelapik pasu bunga, tayar terpakai, tong/tangki air, bekas minuman haiwan, longkang tersumbat, palung air hujan, bekas makanan, botol dan tempurung kelapa.

Jangan tunggu kawasan rumah jadi punca pembiakan nyamuk Aedes.
Periksa, buang air bertakung dan musnahkan bekas yang tidak digunakan.

10 minit setiap minggu mampu melindungi keluarga daripada denggi. Bertindak sekarang, hapuskan Aedes sebelum terlambat.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Address

Klinik Kesihatan Masjid Tanah, Melaka
Masjid Tanah
78300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 12:00

Telephone

+6063842533

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Masjid Tanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services