SMK Sungai Udang,Melaka

Call Directions Contact the organization

SMK Sungai Udang,Melaka Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Dengan pertumbuhan taman-taman perumahan serta kem tentera di sekitar Sungai Udang , Sebuah sekolah menengah dirasakan perlu ditubuhkan memandangkan sekolah yang berhampirang tidak dapat memenuhi keperluan pelajar yang semakin bertambah dari setahun ke setahun. Pada April 1981 terdirilah sebuah sekolah yang dinamaknan Sekolah Menengah Sungai Udang sempena nama kawasan itu sendiri . Kedudukannya yang strategik iaitu terletak dipersimpangan Jalan Sungai Udang Bertama Ulu dan laluan ke Masjid Tanah memudahkan penduduk disekitar kawasan itu untuk menghantar anak mereka ke sekolah ini . Pengetua pertama sekolah ini ialah Tn.Hj.Joned bin Mohd Said. Pada awal penubuhan sekolah ini hanya mempunya 4 buah kelas iaitu 2 Kelas Peralihan dan 2 Kelas Tingkatan satu dengan Jumlah 93 murid , guru seramai 9 orang dan pekerja 5o rang . Tetapi pada hari ini Jumlah kelas telah bertambah kepada 30 buah kelas dengan 716 orang murid , 62 orang guru dan 10 orang kakitangan bukan guru . Antara perubahan yang berlaku pada hari ni ialah wujudnya kelas MPV Dadanan Rambut dan Rekacipta tanda , Kelas Pendidikan Khas dan juga kelas Sains Tulia Serta Sains Sukan. Buat pertama kalinya pada tahun 1982 pelajar-pelajar sekolah ini telah memduduki peperiksaan SRP dengan keputusan terbaik ialah pada tahun 1988 dengan 80.2 peratus . Sementara peperiksaan PMR dengan keputusan terbaik pada tahun 2007 iaitu 55.5 peratus . Sebuah Makmal Komputer telah didirikan apabila kementerian Pendidikan Malaysia telah membekalkan sebanyak 20 buah komputer pada tahun 1996 . Ini merupakan dasa baru dalam pendidikan dan pembelajaran berasaskan koputer dijalankan di sekolah ini . Sehingga tahun 2007 pelbagan kejayaan telah berjaya dicapai oleh Badan Beruniform , permainan mahupun persatuan sekolah ini baik di peringkat kawasan , negeri mahupun kebangsaan .

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan dari SMK Sungai Udang dan SK Sungai Udang atas kejayaan cemerlang dalam...
16/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan dari SMK Sungai Udang dan SK Sungai Udang atas kejayaan cemerlang dalam Cabaran Digital Storytelling Animation (DSTA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung pada 13 hingga 15 September 2026 di SSTP Kedah. Program ini adalah di bawah Program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid (PPPDM), Kementerian Pendidikan.

Pencapaian membanggakan yang diraih adalah seperti berikut:

Kategori Sekolah Rendah (3D/Stop Motion)
🥇 Johan - SK Sungai Udang

Kategori Sekolah Menengah (3D/Stop Motion)
🥉 Tempat Ketiga - SMK Sungai Udang

Kejayaan ini membuktikan potensi, kreativiti dan kompetensi digital murid Melaka yang mampu bersaing dengan cemerlang di peringkat kebangsaan.

Syabas dan tahniah juga kepada guru pembimbing, pihak pentadbir sekolah serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidikan negeri Melaka untuk terus memperkasa pendidikan digital dan mencungkil lebih ramai bakat murid.

Tahniah kepada dua atlet SMK Sungai Udang yang berjaya meraih tempat ke-6 daripada 96 pasukan dalam Kejohanan Petanque R...
14/09/2026

Tahniah kepada dua atlet SMK Sungai Udang yang berjaya meraih tempat ke-6 daripada 96 pasukan dalam Kejohanan Petanque Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun pada 12–13 September 2026 di SMK Seri Tanjung, Pontian, Johor.

1. Ahmad Firas Fikri bin Sofian (3 UIA)
2. Mohamad Fujy Qaliff bin Mohd Yusof (3 USM)

Tahniah atas pencapaian yang membanggakan dan mengharumkan nama SMK Sungai Udang!

TAHNIAH KONTINJEN BOULES (PETANQUE) MELAKA – SUKMA SELANGOR 2026Seluruh warga SMK Sungai Udang merakamkan setinggi-tingg...
22/08/2026

TAHNIAH KONTINJEN BOULES (PETANQUE) MELAKA – SUKMA SELANGOR 2026

Seluruh warga SMK Sungai Udang merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Kontinjen Boules (Petanque) Melaka atas pencapaian membanggakan di SUKMA XXII Selangor 2026.

Dengan kejayaan meraih 1 PINGAT EMAS, Melaka berjaya menempatkan diri dalam TOP 3 terbaik daripada 14 kontinjen negeri bagi sukan Boules (Petanque). Satu pencapaian yang cukup membanggakan dan menjadi bukti hasil kerja keras, disiplin, semangat berpasukan serta perjuangan seluruh atlet, jurulatih dan barisan pengurusan.

SMK Sungai Udang turut berbangga dengan penglibatan wakil sekolah, murid Mohamad Fujy Qaliff, serta Cikgu Mohd Norafif bin Mohd Amin yang menggalas tanggungjawab sebagai Jurulatih Kontinjen Melaka, bersama-sama berjuang membawa nama Melaka di pentas SUKMA.

Berkampung dan berjuang selama 15 hingga 22 Ogos 2026 di Kuala Selangor, Selangor, segala pengorbanan masa, tenaga dan komitmen akhirnya meninggalkan satu pencapaian yang amat bermakna.

Tahniah Team Melaka!
Terus melangkah, terus mencipta kejayaan dan terus mengharumkan nama Melaka serta SMK Sungai Udang di pentas yang lebih tinggi.

MELAKA BOLEH! SMKSU BANGGA!

21/08/2026
Syabas dan tahniah diucapkan kepada team DSTA murid SMK Sungai Udang dan guru pembimbing, Pn Haslindah bt Hashim atas ke...
16/08/2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada team DSTA murid SMK Sungai Udang dan guru pembimbing, Pn Haslindah bt Hashim atas kejayaan 👍👍👍

SMK SUNGAI UDANG KE TEMASYA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) XXII SELANGOR 2026Setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya diuca...
14/08/2026

SMK SUNGAI UDANG KE TEMASYA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) XXII SELANGOR 2026

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Mohamad Fujy Qaliff bin Mohd Yusof (3 USM) yang akan mewakili Negeri Melaka dalam acara Petanque pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 yang berlangsung hingga 22 Ogos 2026. (Selangor 2026⁠)

Turut bersama membawa cabaran Negeri Melaka ialah Cikgu Mohd Norafif bin Mohd Amin, guru SMK Sungai Udang yang berperanan sebagai Guru Pengiring merangkap Jurulatih Petanque Melaka.

SMK Sungai Udang mendoakan agar segala urusan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan, kekuatan, ketenangan dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan.

Semoga Fujy dapat memberikan persembahan terbaik, mengharumkan nama SMK Sungai Udang serta Negeri Melaka, dan seterusnya mencipta kejayaan yang membanggakan.

Selamat berjuang di SUKMA XXII Selangor 2026!
Demi Melaka!

TARIKH : 9/8/2026KEJOHANAN : PERTANDINGAN TERBUKA BOLA BALING KVDSAZI PERINGKAT NEGERI.PENCAPAIAN : TEMPAT KEEMPATTahnia...
10/08/2026

TARIKH : 9/8/2026
KEJOHANAN : PERTANDINGAN TERBUKA BOLA BALING KVDSAZI PERINGKAT NEGERI.
PENCAPAIAN : TEMPAT KEEMPAT

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid SMK SUNGAI UDANG telah mendapat tempat keempat dalam pertandingan Kejohanan Terbuka Bola Baling KVDSAZI peringkat negeri mewakili Daerah Alor Gajah. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus untuk terus berjaya pada tahun seterusnya.

Tahniah murid-murid SMK Sungai Udang dan guru pembimbing, Pn Haslindah kerana terpillih mewakili negeri Melaka dalam Per...
06/08/2026

Tahniah murid-murid SMK Sungai Udang dan guru pembimbing, Pn Haslindah kerana terpillih mewakili negeri Melaka dalam Pertandingan Digital Story Telling Animation peringkat kebangsaan.

Semoga berjaya mendapat tempat di peringkat kebangsaan nanti.

JOHAN PERTANDINGAN TARIAN ZAPIN (SEK MEN) SEMPENA KEJOHANAN SUKAN ANTARA BADAN BERUNIFORM PIALA KETUA MENTERI TAHUN 2026...
03/08/2026

JOHAN PERTANDINGAN TARIAN ZAPIN (SEK MEN) SEMPENA KEJOHANAN SUKAN ANTARA BADAN BERUNIFORM PIALA KETUA MENTERI TAHUN 2026

GURU PEMBIMBING : PN. SYAZANA AKMA & CIK SITI NUR ATHIRAH

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Melaka ke SUKMA Selangor 2026 Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Penyerahan Bend...
02/08/2026

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Melaka ke SUKMA Selangor 2026

Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Melaka sebagai simbolik pelepasan atlet yang akan membawa cabaran negeri ke SUKMA Selangor 2026.

Tahniah kepada Mohamad Fujy Qaliff bin Mohd Yusof, murid Kelas 3 USM, SMK Sungai Udang, yang terpilih mewakili Kontinjen Melaka dalam acara Boules (Petanque).

Tahniah juga kepada Cikgu Mohd Norafif bin Mohd Amin, guru SMK Sungai Udang, atas pelantikan sebagai Jurulatih Kontinjen Boules (Petanque) SUKMA Melaka 2026.

Kontinjen Boules (Petanque) Melaka akan menjalani latihan pusat dan persiapan rasmi bermula 10 Ogos hingga 22 Ogos 2026 sebelum turun beraksi di temasya SUKMA Selangor 2026.

Seluruh warga SMK Sungai Udang mendoakan agar atlet dan jurulatih sentiasa diberikan kesihatan, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan. Semoga pulang dengan kejayaan dan mengharumkan nama Negeri Melaka serta SMK Sungai Udang.

Selamat berjuang. Demi Melaka, menuju kecemerlangan!

Address

Masjid Tanah
75460

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6063512132

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Sungai Udang,Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SMK Sungai Udang,Melaka:

Shortcuts

Share