UPPM N. 31 Membakut

Directions

UPPM N. 31 Membakut Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UPPM N. 31 Membakut, Government Organization, Tingkat Bawah 21A , Membakut Jaya Comercial Centre, Membakut.

Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Membakut meneruskan program mingguan Bacaan Yaasin dan Doa Selamat yang dipimpin ol...
18/09/2026

Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Membakut meneruskan program mingguan Bacaan Yaasin dan Doa Selamat yang dipimpin oleh PT Nasrul. Terima kasih kepada Pengerusi JKKK yg sudi meluangkan masa malah ada yang hadir membawa juadah.Semoga program ini dapat diteruskan sepanjang tahun ini. Syabas dan tahniah Surayah Ibrahim dan staf yang telah menjayakan program ini.

17 Sep 2026 Pemimpin Pembangunan Masyarakat Membakut  Surayah Ibrahim  dibawa melawat kawasan parit yang menjadi punca k...
17/09/2026

17 Sep 2026 Pemimpin Pembangunan Masyarakat Membakut Surayah Ibrahim dibawa melawat kawasan parit yang menjadi punca kepada banjir oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan kampung Bambangan. Sebelum itu rombongan UPPM telah menghadiri mesyuarat bulanan bersama pengerusi dan biro JKK yang diadakan di dewan mini Kg
Bambangan.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Surayah Ibrahim  bersama Penyelia Kemajuan Masyarakat, Pemaju Mukim dan Pemaju Masyaraka...
17/09/2026

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Surayah Ibrahim bersama Penyelia Kemajuan Masyarakat, Pemaju Mukim dan Pemaju Masyarakat hadir ke Mesyuarat Bulanan JKKK Kg Bambangan yang dipengerusikan En Herman Bangsawan. Berbagai Info, aduan dan cadangan sempat diutarakan oleh pengerusi dan biro² yang hadir. Tahniah buat semua ahli JKK yang terlibat dan terima kasih atas jemputan.

14 Sep 2026 PPM N.31 Membakut Surayah Ibrahim  bersama staf hadir memenuhi undangan daripada Pengerusi Persatuan Masyara...
15/09/2026

14 Sep 2026 PPM N.31 Membakut Surayah Ibrahim bersama staf hadir memenuhi undangan daripada Pengerusi Persatuan Masyarakat Brunei Cawangan Pekan Bongawan Datuk Hj Ampuan Hassim Hj Ampuan Mahmut ke majlis Program Sentuhan Kasih dan Jualan Rahmah Madani yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang juga Ahli Perlimen Papar. Selain dari jualan Rahmah program juga dimeriahkan dengan acara Menumpah Ambuyat yang sangat sinonim dengan Masyarakat Brunei. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada PMBS Pekan Bongawan yang telah menjayakan program tersebut.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.31 Membakut Surayah Ibrahim  serta staf UPPM bersama² masyarakat daerah membakut mengh...
13/09/2026

Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.31 Membakut Surayah Ibrahim serta staf UPPM bersama² masyarakat daerah membakut menghadiri Program Semarak Haflah Al-Quran yang telah diadakan di Masjid As Saadah Kg Pimping. Program ini telah sempurna dirasmikan oleh Yang Berhomat Datuk Dr Haji Mohd Arifin Haji Arif Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap EXCO Agama Negeri Sabah. Program ini juga turut dihadiri oleh Ahli Perlimen Kimanis Datuk Haji Mohamad Alamin yang juga merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, SS Mufti Sabah, Ketua² Jabatan dan Pemimpin² Masyarakat setempat. Program Semarak Hafah Al-Quran ini turut menampilkan tiga qari Jemputan iaitu Ustaz Mohamad Husaini Mahmur, Ustaz Aiman Ridhwan dan Ustaz muhammad Ammar Mukhlis yang mana ketiga² qari ini pernah mewakili negara di peringkat antarabangsa.

PPM Surayah Ibrahim  dan beberapa Staf UPPM melakukan tinjauan ke beberapa kawasan di sekitar Kg Poring Maragang setelah...
12/09/2026

PPM Surayah Ibrahim dan beberapa Staf UPPM melakukan tinjauan ke beberapa kawasan di sekitar Kg Poring Maragang setelah mendapat aduan dari masyarakat ketika mesyuarat bulanan JKKK Kg Poring Maragang pada khamis yang lalu. Hasilnya pada hari ini pihak konsesi telah mengambil tindakan dengan melakukan pembaikan sementara terhadap jalan yang mendap. Terima kasih diucapkan kepada pihak yang telah mengambil tindakan.

Pihak Majlis Daerah Beaufort telah mengambil tindakan pemotongan rumput dan pembersihan parit disekitar Pekan Lama Memba...
12/09/2026

Pihak Majlis Daerah Beaufort telah mengambil tindakan pemotongan rumput dan pembersihan parit disekitar Pekan Lama Membakut susulan aduan daripada Pengerusi JKDB Pn Maychiam.

ibrahim

Pengerusi JKKK Kg Tengah Pimping En mohd nizam diris mengambil inisiatif untuk membersihkan kawasan Jalan Tabasan yang m...
12/09/2026

Pengerusi JKKK Kg Tengah Pimping En mohd nizam diris mengambil inisiatif untuk membersihkan kawasan Jalan Tabasan yang menjadi lokasi pembuangan sampah haram oleh pihak yang tidak bertangungjawab. Kerjasama dari semua masyarakat amatlah diperlukan bagi sama² kita menjaga kebersihan dan keindahan kawasan kampung kita.
ibrahim

Jumaat 11 Sep 2026 UPPM N.31 Membakut telah mengadakan Majlis bacaan Surah Yaasin & Tahlil yang turut disertai Pengerusi...
11/09/2026

Jumaat 11 Sep 2026 UPPM N.31 Membakut telah mengadakan Majlis bacaan Surah Yaasin & Tahlil yang turut disertai Pengerusi JKKK. Program ini akan dijadikan takwim Mingguan / Bulanan

Surayah Ibrahim

PPM N.31 Membakut Pn Hjh Surayah Ibrahim  menghadiri mesyuarat ke-2 penyelarasan MAHRAJAN Persuratan dan Kesenian Islam ...
11/09/2026

PPM N.31 Membakut Pn Hjh Surayah Ibrahim menghadiri mesyuarat ke-2 penyelarasan MAHRAJAN Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Ke-14/2026 bertempat di Bilik Hidayah JHEINS Wisma MUIS yang juga dihadiri oleh Pegawai Tadbir Agama dan Pembantu Pegawai Daerah Membakut

Address

Tingkat Bawah 21A , Membakut Jaya Comercial Centre
Membakut
89728

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM N. 31 Membakut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share