Balai Polis Mentakab

Call Directions

Balai Polis Mentakab Balai Polis Mentakab, Jalan Stesen Keretapi, 28400 Mentakab Pahang

Tel: 09-2771222
Fax: 09-2771523

19/10/2026
19/10/2026

KUANTAN - Polis berjaya menumpaskan empat kumpulan disyaki terlibat dalam kegiatan samun dan mencuri kabel milik syarikat Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)...

Perjumpaan Ketua Polis Balai Mentakab dengan Tok4 Kg Baru Cina Mentakab.Dalam perjumpaan ini pihak KPB Mentakab mengucap...
19/10/2026

Perjumpaan Ketua Polis Balai Mentakab dengan Tok4 Kg Baru Cina Mentakab.

Dalam perjumpaan ini pihak KPB Mentakab mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tok4 kerana telah menyalurkan maklumat yang cepat sehingga tertangkapnya penjenayah curi kabel di kawasan kg baru pada 18.10.2026.

Polis dan masyarakat berpisah tiada.

18/10/2026

SEKITAR OPERASI PENCEGAHAN JENAYAH BALAI POLIS MENTAKAB

Hasil maklumat orang awam, Pasukan Task Force Balai Polis Mentakab yang diketuai oleh ASP Haji Mohd Bijuri bin Abdullah KPB Mentakab, telah berjaya menumpaskan sindiket curi kabel di sekitar Bandar Mentakab.

Seorang lelaki warga India yang disyaki terlibat dalam kes kecurian kabel di kawasan pentadbiran Balai Polis Mentakab telah berjaya ditangkap semasa operasi dijalankan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada KPB Mentakab, ASP Haji Mohd Bijuri bij Abdullah, serta anggota Balai Polis Mentakab di atas kejayaan ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan sindiket ini diminta untuk tampil menyalurkannya kepada pihak polis.

Bersama Membanteras Jenayah

"Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada"

Tahniah Asp Mohd Bijuri Bin Abdullah Ketua Polis Balai Mentakab diatas Pengurniaan Pingat Pahlawan Pasukan Polis  (DKPP)...
08/10/2026

Tahniah Asp Mohd Bijuri Bin Abdullah Ketua Polis Balai Mentakab diatas Pengurniaan Pingat Pahlawan Pasukan Polis (DKPP) semoga terus cemerlang berbakti kepada agama bangsa dan negara.

🚔 RONDAAN PEMANTAUAN KESELAMATAN ECRL MENTAKAB 🚔Balai Polis Mentakab terus mempertingkatkan pemantauan keselamatan di se...
28/09/2026

🚔 RONDAAN PEMANTAUAN KESELAMATAN ECRL MENTAKAB 🚔

Balai Polis Mentakab terus mempertingkatkan pemantauan keselamatan di sekitar kawasan ECRL Mentakab melalui rondaan berkala yang diketuai oleh KPB Mentakab, ASP Mohd Bijuri bin Abdullah, bersama anggota URB dan CPJ Balai Polis Mentakab.

Rondaan ini dilaksanakan bagi memastikan aspek keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa berada pada tahap yang baik, di samping mencegah sebarang kejadian tidak diingini.

👮‍♂️ Kehadiran Polis, Jaminan Keselamatan.

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada. 🤝



🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾“Satu Malaysia, Satu Semangat”Demi Tanah Air Tercinta.Hari Malaysia menjadi si...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

“Satu Malaysia, Satu Semangat”
Demi Tanah Air Tercinta.

Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita terus memelihara keamanan, menghormati kepelbagaian serta memperkukuh semangat perpaduan demi membina Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera.

Semoga semangat Malaysia MADANI – Jiwa Merdeka terus menyatukan kita dalam membentuk sebuah negara yang berdaulat, berbudaya dan berjaya.

🇲🇾 Bersatu • Berdaulat • Berbudaya • Berjaya 🇲🇾

Ikhlas daripada
ASP MOHD BIJURI BIN ABDULLAH
Ketua Polis Balai Mentakab







🇲🇾👮‍♂️

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH TEMERLOH Kes kekasaran terhadap kanak-kanak di sebuah Taska yang tular di media sosia...
06/09/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH TEMERLOH

Kes kekasaran terhadap kanak-kanak di sebuah Taska yang tular di media sosial.

🇲🇾 SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69! 🇲🇾Tarikh 31 Ogos bukan sekadar cuti umum, tetapi hari untuk kita memperingat...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69! 🇲🇾

Tarikh 31 Ogos bukan sekadar cuti umum, tetapi hari untuk kita memperingati pengorbanan pejuang tanah air dan membakar semula semangat cinta akan negara.
Di tahun 2026 ini, marilah kita terus mengekalkan perpaduan, saling menghormati, dan bersama-sama memacu Malaysia ke mercu kejayaan yang lebih gemilang. Sentiasa bangga menjadi anak Malaysia! ❤️






ORANG HILANG MASIH BELUM DIJUMPAI….JIKA TERJUMPA ATAU TERNAMPAK MINTA HUBUNGI ASP MOHD BIJURI BIN ABDULLAH KETUA POLIS B...
17/08/2026

ORANG HILANG MASIH BELUM DIJUMPAI….
JIKA TERJUMPA ATAU TERNAMPAK MINTA HUBUNGI ASP MOHD BIJURI BIN ABDULLAH KETUA POLIS BALAI MENTAKAB DITALIAN 012-9890667, 09-2771222 ATAU MANA-MANA BALAI POLIS YANG BERDEKATAN.

Address

Jalan Stesen Keretapi
Mentakab
28400

Telephone

+6092771222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Mentakab posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share