Pergigian Daerah Temerloh

Call Directions Contact the organization

Pergigian Daerah Temerloh Perkongsian maklumat dan aktiviti-aktiviti semasa melibatkan Bahagian Kesihatan Pergigian bagi daerah Temerloh, Pahang

Jangan lupa saksikan petang ini!
19/10/2026

Jangan lupa saksikan petang ini!

πŸ¦·πŸŽ™οΈ KANAK-KANAK & FLUORIDA: SELAMAT ATAU MUDARAT?

Ibu ayah pernah tertanya-tanya tentang penggunaan fluorida untuk anak-anak? πŸ€” Jom bersama kami dalam sesi podcast santai untuk mengupas persoalan dan kekeliruan mengenai fluorida serta kesihatan pergigian si kecil!

πŸ‘©β€βš•οΈ Panel utama:
Dr. Munirah Binti Paiizi
Pakar Pergigian (Kesihatan Awam Pergigian)

🎀 Moderator:
Dr. Nadhirah Izzati Binti Saidin
Dr. Aisyah Binti Khairuddin

πŸ“… 19 Oktober 2026
⏰ 3.00 petang
πŸ“± Siaran langsung di Facebook & TikTok Pergigian Pahang

πŸ’¬ Ada soalan tentang fluorida? Kongsikan di ruangan komen dan ikuti perbincangan kami secara langsung!

Kongsikan hebahan ini kepada keluarga dan rakan-rakan. Jumpa anda nanti! ✨

#6020

14/10/2026
βš½πŸ† TAHNIAH PAHANG! JUARA FUTSAL PERGIGIAN KEBANGSAAN EDISI KE-6, 2026! πŸ†βš½Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kep...
12/10/2026

βš½πŸ† TAHNIAH PAHANG! JUARA FUTSAL PERGIGIAN KEBANGSAAN EDISI KE-6, 2026! πŸ†βš½

Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan futsal Pergigian Negeri Pahang atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Futsal Pergigian Kebangsaan Edisi Ke-6 yang telah berlangsung pada 10 Oktober 2026 bertempat di T**i Gajah, Kedah. πŸŽ‰πŸ‘

πŸ₯‡ KATEGORI LELAKI – JOHAN KESELURUHAN

Pasukan Lelaki Pahang yang merupakan gabungan pemain dari Daerah Maran dan Temerloh telah berjaya merangkul gelaran Johan bagi kategori lelaki, sekali gus mencipta sejarah dengan mengekalkan kejuaraan untuk kali ketiga berturut-turut! πŸ”₯πŸ’ͺ

πŸ† KATEGORI PEREMPUAN – JUARA CHALLENGE CUP

Pasukan Perempuan Pahang yang terdiri daripada gabungan pemain dari Daerah Temerloh, Jerantut dan Lipis turut melakar kejayaan membanggakan apabila muncul Juara Challenge Cup bagi kategori perempuan. Tahniah atas semangat juang dan kesungguhan yang ditunjukkan! πŸ’–βš½

Kejayaan ini bukan sekadar kemenangan di gelanggang, malah mencerminkan semangat berpasukan, komitmen, disiplin dan kesepaduan seluruh warga Pergigian Negeri Pahang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, pengurus pasukan, penyokong serta semua pihak yang telah memberikan sokongan, sumbangan dan bantuan dalam merealisasikan kejayaan ini. Setiap sokongan amat bermakna dan menjadi sebahagian daripada kejayaan yang kita raikan bersama. ❀️

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama Pergigian Negeri Pahang pada masa akan datang.

PAHANG BOLEH! PAHANG JUARA! πŸ’›πŸ–€






βš½πŸ‡²πŸ‡Ύ PELEPASAN PEMAIN FUTSAL PERGIGIAN NEGERI PAHANG KE KEJOHANAN FUTSAL PERGIGIAN KEBANGSAAN 2026 πŸ†Tahniah dan selamat m...
09/10/2026

βš½πŸ‡²πŸ‡Ύ PELEPASAN PEMAIN FUTSAL PERGIGIAN NEGERI PAHANG KE KEJOHANAN FUTSAL PERGIGIAN KEBANGSAAN 2026 πŸ†

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan futsal Pergigian Negeri Pahang yang akan berentap dalam Kejohanan Futsal Pergigian Kebangsaan 2026 yang akan berlangsung di Kedah pada Sabtu, 10 Oktober 2026.

Pelepasan ini turut diserikan dengan penyerahan bendera Negeri Pahang oleh Pegawai Pergigian Daerah Temerloh, Dr. Munirah binti Paiizi, sebagai simbol amanah, sokongan dan harapan agar pasukan dapat membawa nama negeri Pahang dengan penuh semangat dan kebanggaan di pentas kebangsaan. πŸ’šπŸ’›

Semoga semua pemain dapat memberikan persembahan terbaik, menampilkan semangat kesukanan yang tinggi serta mengharumkan nama Pergigian Negeri Pahang di pentas kebangsaan. πŸ’ͺ🏻πŸ”₯

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut diucapkan kepada jurulatih pasukan, PBK II Encik Mohamad Hairi Rizal bin Hanafiah dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, atas komitmen, bimbingan dan usaha dalam mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kejohanan ini.

Semoga segala usaha membuahkan kejayaan. Terus berjuang, kekalkan semangat berpasukan dan berikan yang terbaik demi membawa kejayaan buat negeri Pahang!

PAHANG BOLEH! PAHANG JUARA! πŸ†βš½

Ikhlas daripada,
Pergigian Daerah Temerloh & Bera





09/10/2026

𝐂𝐀𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 π†πˆπ†πˆ ππ”πŠπ€π 𝐒𝐀𝐓𝐔-π’π€π“π”ππ˜π€ π’πŽπ‹π”π’πˆ

Ramai di antara kita yang terbiasa mengambil jalan mudah untuk mencabut gigi apabila mula terasa sakit. Namun, tahukah anda bahawa mengekalkan gigi asli amat penting untuk kualiti hidup kita apabila meniti usia emas nanti?

Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempromosikan Kempen 6020 untuk memastikan setiap individu yang mencapai umur 60 tahun masih mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi asli!
Mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi asli membolehkan warga emas mengunyah makanan dengan baik, menjaga pemakanan yang seimbang, serta mengekalkan pertuturan dan keyakinan diri.

Kesihatan gigi untuk usia emas tidak dibina dalam sehari. Usaha mengekalkan 20 batang gigi asli ini perlu bermula sejak muda, bukan hanya apabila sudah bergelar warga emas.

1) Dapatkan pemeriksaan pergigian SETIAP tahun! πŸ—“οΈ
Pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya sekali setahun membantu mengesan sebarang masalah gigi dan gusi pada peringkat awal sebelum menjadi lebih teruk.

2) Dapatkan rawatan secepat mungkin sebelum terlambat! 🚨
Sekiranya terdapat penyakit pergigian seperti karies gigi (gigi berlubang), gusi berdarah/bengkak, gigi ngilu, atau jangkitan akar, dapatkan rawatan secepat mungkin sebelum terlambat! Sikap bertangguh boleh menyebabkan gigi gagal dirawat secara optima, sekaligus meningkatkan risiko ia terpaksa dicabut.

3) Bincang dengan doktor gigi tentang alternatif selain cabutan! 🩺
Gigi yang sakit tidak semestinya perlu dicabut. Sebelum membuat keputusan, ketahui pilihan rawatan lain yang mampu menyelamatkan gigi asli anda, seperti rawatan kanal akar (root canal treatment) sekiranya gigi tersebut masih boleh diselamatkan.

Jom mulakan langkah penjagaan hari ini agar kesihatan mulut kita sentiasa terpelihara sepanjang hayat!

SELAMAT MELANGKAH KE DESTINASI BAHARUπŸ’Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada staf & pegawa...
23/09/2026

SELAMAT MELANGKAH KE DESTINASI BAHARUπŸ’

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada staf & pegawai-pegawai pergigian yang telah menabur bakti dan memberikan khidmat terbaik sepanjang bersama PKPD Temerloh & Bera.

✨ Dr Showbanaa a/p Thangarajah
✨ Dr Shahshilan Ravi
✨ Dr Khairuddin bin Wan Ishak
✨ Dr Muhammad Dzulqushairi bin Mohd Dzulfikri
✨ Dr Katrice Lim Xin Jie
✨ Dr Aqila binti Dashuki
✨ Dr Nurul Farhana binti Azman
✨ DSA Norsyakilla binti Norisan

Buat Dr Khairuddin dan Dr Nurul Farhana, selamat melanjutkan pengajian. Semoga segala urusan dipermudahkan dan perjalanan menimba ilmu ini membawa kejayaan serta manfaat yang besar pada masa hadapan. πŸŽ“βœ¨

Buat semua, terima kasih atas segala jasa, komitmen dan kenangan yang telah ditinggalkan. Semoga terus sukses dalam setiap langkah dan terus cemerlang dalam bidang pergigian.

β€œJauh melangkah membawa kenangan,
Terus berbakti demi kecemerlangan.”

Selamat maju jaya dan semoga berjumpa lagi! 🀍

Ada masalah jantung?πŸ«€Jangan risau, gigi masih boleh dirawat! Asalkan anda maklumkan kepada doktor gigi supaya rawatan le...
23/09/2026

Ada masalah jantung?πŸ«€
Jangan risau, gigi masih boleh dirawat! Asalkan anda maklumkan kepada doktor gigi supaya rawatan lebih selamat dapat dijalankan.

Tahukah anda? Masalah pergigian seperti jangkitan gusi (penyakit periodontal) boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.
Bakteria dari mulut boleh masuk ke dalam saluran darah dan menyebabkan keradangan yang memberi kesan kepada jantung.
Oleh itu, penjagaan mulut yang baik dapat membantu menjaga kesihatan jantung! 🦷

Mulut sihat, gusi sihat, jantung pun sihat!✨



APRESIASI DARIPADA PESAKIT 🌷Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pesakit atas kepercayaan, soko...
22/09/2026

APRESIASI DARIPADA PESAKIT 🌷

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pesakit atas kepercayaan, sokongan serta maklum balas positif yang diberikan terhadap perkhidmatan di Klinik Pergigian Pakar Periodontik Bandar Mentakab

Kepuasan dan kepercayaan pesakit amat bermakna buat seluruh warga PKPD Temerloh & Bera dan menjadi pembakar semangat untuk kami terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Kami sentiasa berusaha untuk menyampaikan perkhidmatan kesihatan pergigian yang terbaik kepada masyarakat, khususnya rakyat Temerloh dan Bera. πŸ¦·πŸ’™

Terima kasih kerana terus mempercayai kami dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan pergigian anda.

Kepercayaan anda, amanah kami. 🌷

APRESIASI DARIPADA PESAKIT 🌷Alhamdulillah, perkongsian yang cukup bermakna buat seluruh warga Klinik Pergigian Tanjung L...
22/09/2026

APRESIASI DARIPADA PESAKIT 🌷

Alhamdulillah, perkongsian yang cukup bermakna buat seluruh warga Klinik Pergigian Tanjung Lalang di dalam SISPA oleh para pesakit🦷❀️

Terima kasih diucapkan kepada pesakit yang sudi meluangkan masa untuk berkongsi pengalaman dan memberikan penghargaan.

Bagi kami, setiap kata-kata, kepercayaan dan maklum balas daripada pesakit amatlah bermakna. Lebih-lebih lagi apabila dapat membantu pesakit yang pada awalnya berasa takut dan bimbang untuk mendapatkan rawatan pergigian.

Semoga perkongsian ini menjadi pembakar semangat buat seluruh warga Klinik Pergigian di daerah Temerloh untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik, mesra dan prihatin kepada setiap pesakit. 🌸

Terima kasih atas kepercayaan anda.
Senyuman anda, kepuasan kami. 🀍🦷





Address

Mentakab

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092784062

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Daerah Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pergigian Daerah Temerloh:

Shortcuts

Share