Amanah Kawasan Jasin

Call Directions Contact the organization

Amanah Kawasan Jasin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Amanah Kawasan Jasin, Merlimau.

Laman Rasmi AMANAH Kawasan JASIN Melaka
Memaparkan aktiviti dan program Amanah yang berlangsung di kawasan Jasin serta membahaskan isu-isu politik dan kemasyarakatan

Merlimau Rumah Kita Semuanya Bersaudara 🤝🫶🏻
30/10/2026

Merlimau Rumah Kita
Semuanya Bersaudara 🤝🫶🏻

30/10/2026

Ini masanya untuk gelombang merah kembali di Melaka!

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin mengajak semua penyokong Pakatan Harapan untuk hadir beramai-ramai ke Sesi Penamaan Calon DUN Merlimau.

Kita hantarkan isyarat kepada semua pengundi bahawa masih ramai rakyat di negeri dan di negara ini yang menjunjung nilai integriti, menolak politik ekstrem dan mahukan keharmonian antara kaum.

Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan semestinya akan meneguhkan lagi semangat saya untuk berjuang memenangkan Pakatan Harapan di DUN Merlimau.

Salam hormat dari saya,

Ayu Hamzah
Calon Pakatan Harapan
Untuk N27 Merlimau

29/10/2026

Kita semua bersaudara 🤝

28/10/2026

Bagi chance la sahabat2 semua ☺️😉
Tumpang lalu yer

26/10/2026
26/10/2026
Dak Ayu rupanya orang kampung Sempang. Patut ler turun kat kampung hari tu orang semua dah kenal. InsyaAllah. Jangan san...
25/10/2026

Dak Ayu rupanya orang kampung Sempang. Patut ler turun kat kampung hari tu orang semua dah kenal.
InsyaAllah. Jangan sangka Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia..

“Merlimau Rumah Kita”Semuanya sedare ☺️
25/10/2026

“Merlimau Rumah Kita”
Semuanya sedare ☺️

09/06/2026

Kan baru balik dari haji.

18/05/2026

Ramai ingat Konvensyen PH semalam cuma acara politik dan ucapan atas pentas.

Tapi kalau betul-betul tengok apa yang diumumkan, sebenarnya banyak perkara yang terus beri kesan kepada kehidupan rakyat biasa.

Bukan sekadar slogan.
Bukan sekadar tepuk tangan dalam dewan.

Tetapi bantuan, insentif dan dasar yang rakyat sendiri boleh rasa.

Antara yang diumumkan dan telah dilaksanakan kerajaan MADANI:

• Gaji minimum naik daripada RM1,200 kepada RM1,700.
• Pelarasan gaji penjawat awam terbesar dalam sejarah moden negara.
• Hampir 169,000 peluang pekerjaan diwujudkan.
• Kadar kemiskinan dan miskin tegar menurun.
• Harga lantai belian padi naik daripada RM1,200 kepada RM1,500 satu tan metrik.
• Insentif penoreh getah dinaikkan.
• Program SARA diperluaskan sehingga 5.4 juta penerima.
• Bantuan SARA ditingkatkan sehingga RM2,100 setahun melalui MyKad.
• Peruntukan STR dan SARA naik kepada RM13 bilion, tertinggi dalam sejarah negara.
• Bantuan BUDI MADANI untuk rakyat yang terkesan dengan subsidi diesel bersasar termasuk petani dan penternak kecil.
• Bantuan tunai STR diteruskan kepada jutaan rakyat B40 dan M40.
• Program Payung Rahmah diteruskan untuk bantu kos sara hidup rakyat.
• Klinik, sekolah dan kemudahan asas mula dinaik taraf hasil penjimatan ket1r1san subsidi.
dan banyak lagi.

Ini sebab ramai rakyat mula nampak beza antara politik sembang dengan politik bekerja.

Dulu ramai hanya dengar janji.

Sekarang rakyat mula nampak pelaksanaan.

Ya, harga barang masih tinggi.
Ya, rakyat masih terbeban.

Tapi kena jujur juga tengok keadaan dunia sekarang.

Satu dunia bergelut dengan inflasi, perang ekonomi dan ketidaktentuan global.

Dalam keadaan macam itu, Malaysia masih mampu:

• tarik pelaburan,
• tambah peluang kerja,
• naikkan gaji minimum,
• dan terus salurkan bantuan kepada rakyat.

Itu bukan berlaku sendiri.

Itu hasil kestabilan politik dan pengurusan ekonomi.

Sebab itu PRU akan datang bukan sekadar pertandingan siapa paling kuat menjerit dalam ceramah.

Rakyat kena tanya:

Siapa yang ada pelan untuk urus negara?
Siapa yang ada rekod bekerja?
Siapa yang mampu tarik pelaburan dan stabilkan ekonomi?
Dan siapa yang hanya tahu bermain sentimen marah, takut dan fitn4h?

PH bukan sempurna.

Tak ada kerajaan sempurna.

Tetapi setakat ini, rakyat boleh nampak satu perkara:

Negara bergerak semula selepas bertahun-tahun politik huru-hara, kerajaan jatuh, lompat parti dan perebutan kuasa.

Nak pulihkan negara bukan boleh siap dalam setahun dua.

Ekonomi yang rosak bertahun-tahun perlukan masa untuk dipulihkan.

Sebab itu rakyat kena nilai dengan kepala, bukan dengan emosi semata-mata.

Kalau hari ini: gaji naik,
bantuan bertambah,
peluang kerja meningkat,
pelaburan masuk,
dan bantuan rakyat diperluaskan…

Bayangkan apa boleh jadi kalau kestabilan ini diteruskan lagi beberapa tahun.

Itu sebab masih ramai percaya PH perlu diberi peluang untuk teruskan kerja pemulihan negara pada PRU akan datang.



Address

Merlimau

Telephone

+60136279269

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amanah Kawasan Jasin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Amanah Kawasan Jasin:

Shortcuts

Share

Nearby government services