21/10/2026
SEMINAR MINDA SIHAT PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2026M / 1448H
21 Oktober 2026 / Dewan Seminar Pejabat Kadi Daerah Mersing
Tema: “Minda Sihat Ummah Kuat”
Program Minda Sihat Peringkat Daerah Mersing Tahun 2026M / 1448H diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental, pengurusan emosi dan kesejahteraan fizikal dalam kehidupan seharian.
Program ini menampilkan beberapa orang penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing, iaitu Dr. Nurul Murni binti Shamsudin, Pegawai Perubatan; En. Muhammad Amirul Hafiz bin Mat Kamil, Pegawai Psikologi Kaunseling; serta Pn. Siti Adibah binti Mohd Sapuan, Jurupulih Perubatan Fisioterapi.
Selain itu, perkongsian berkaitan ergonomik dan cara kerja yang betul turut disampaikan oleh En. Elvey Deraen Ebinus, Cik Sharifah Syafiqah binti Mohd Fazli dan Pn. Khairundahiyah binti Sulaiman, yang merupakan Jurupulih Perubatan Cara Kerja.
Antara pengisian program termasuklah Saringan Minda Sihat, Penjagaan Kesihatan Mental, Pengurusan Emosi, ceramah bertajuk “Suri Rumah atau CEO, Sakit Belakang Tetap Sama: Jom Betulkan Cara Kita Bekerja” serta sesi “Santai Jiwa, Ceria Jiwa”. Program turut diakhiri dengan penyampaian cenderahati, sesi bergambar, edaran jamuan dan bersurai.
Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta dalam memahami kepentingan menjaga kesihatan mental dan fizikal, mengurus emosi dengan baik serta mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan seimbang.
Semoga penganjuran program ini menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang lebih prihatin terhadap kesihatan mental, berdaya tahan dalam menghadapi cabaran kehidupan dan sentiasa mengutamakan kesejahteraan diri.
“Kesihatan Mental Tanggungjawab Bersama.”