RELASIS POLITEKNIK MERSING JOHOR

Call Directions Website Contact the organization

RELASIS POLITEKNIK MERSING JOHOR Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from RELASIS POLITEKNIK MERSING JOHOR, Government Organization, Bangunan JKR, 290, Jalan Ibrahim, Mersing.

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’) ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)30 SEPTEMBER 2026 - Kelas Kokurikulum ...
30/09/2026

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’) ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)

30 SEPTEMBER 2026 - Kelas Kokurikulum Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Politeknik Mersing Johor (PMJ) telah diteruskan mengikut ketetapan silibus kokurikulum Briged RELASIS yang telah ditetapkan.

Bagi anggota RELASIS Semester 1, sesi pembelajaran melibatkan Penyaluran Maklumat RELA (PMR) yang disampaikan oleh PPgKR Saiful Bahari bin Mohamad, Penolong Pegawai RELA Daerah Mersing. Penyampaian ini memberi pendedahan kepada anggota berkaitan penyaluran maklumat serta perkara-perkara berkaitan dalam pelaksanaan aktiviti dan tugas RELA.

Sementara itu, anggota RELASIS Semester 2 mengikuti sesi Khidmat Bakti RELA yang memberi tumpuan kepada perbincangan dan penyelarasan berkaitan Majlis Briged RELASIS yang akan dilaksanakan. Sesi ini turut melibatkan perancangan awal serta pembahagian tugasan bagi memastikan persediaan majlis dapat dilaksanakan dengan teratur.

Dalam masa yang sama, para jurulatih RELA Daerah Mersing telah hadir ke Pejabat RELA Daerah Mersing pada sebelah pagi bagi melaksanakan penyelarasan dan perbincangan berkaitan persiapan serta perjalanan Majlis Briged RELASIS yang akan datang.

Pelaksanaan kelas kokurikulum ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada anggota RELASIS, khususnya dalam aspek penyaluran maklumat, pengurusan aktiviti serta penyelarasan program.









๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’) ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)23 SEPTEMBER 2026 | PANTAI MAWAR, MERS...
24/09/2026

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’) ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)

23 SEPTEMBER 2026 | PANTAI MAWAR, MERSING

Kelas Kokurikulum Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Politeknik Mersing Johor (PMJ) telah dilaksanakan mengikut silibus kokurikulum yang telah ditetapkan. Pada sesi kali ini, anggota RELASIS Semester 1 dan Semester 2 terlibat dalam pelaksanaan Khidmat Bakti RELA melalui aktiviti pembersihan kawasan Pantai Mawar, Mersing.

Bagi memberi pendedahan dalam aspek pengurusan program, anggota RELASIS Semester 1 telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan dan menyelaras perjalanan aktiviti, manakala anggota RELASIS Semester 2 turut bersama-sama melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan pantai. Penglibatan kedua-dua semester ini turut memberi ruang kepada anggota untuk mengaplikasikan kemahiran kerja berpasukan, pengurusan serta penyelarasan aktiviti secara praktikal.

Aktiviti turut melibatkan PPgKR Saiful Bahari bin Mohamad, Penolong Pegawai RELA Daerah Mersing; Encik Mahezan bin Karmon, Adjutan (Bersekutu) Briged RELASIS; Encik Kamarul Faiz bin Mihaj, Pegawai (Bersekutu) Latihan Briged RELASIS; para jurulatih RELA Daerah Mersing serta anggota RELA Daerah Mersing yang bersama-sama membantu dalam pelaksanaan aktiviti pembersihan tersebut.

Melalui pelaksanaan Khidmat Bakti RELA ini, anggota RELASIS berpeluang melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat kepada kebersihan kawasan awam, di samping menerapkan nilai tanggungjawab, kerjasama dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan anggota.










RELA Negeri Johor - Laman Rasmi
RELA Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN)

24/09/2026
๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’)๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)09 September 2026 โ€“ Telah terlaksana Ke...
10/09/2026

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’)
๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)

09 September 2026 โ€“ Telah terlaksana Kelas Kokurikulum Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) bertempat di kampus PMJ, dengan berpandukan silibus dan modul latihan yang telah ditetapkan.

Sesi latihan bermula jam 2.00 petang dan melibatkan pengisian mengikut peringkat semester. Pelajar Semester 1 telah mengikuti latihan Asas Kawad Tangan Kosong yang dikendalikan oleh Jurulatih RELA Daerah Mersing, manakala pelajar Semester 2 mengikuti modul Kuasa Orang Preman (Tangkapan Awam) serta Asas Kawalan Orang Ramai (KOR) yang disampaikan oleh Penolong Pegawai RELA Daerah Kota Tinggi, PPgKR Mohd Affandi bin Sulaiman.

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan latihan, sesi penyelarasan bersama Jurulatih RELA Daerah Mersing telah diadakan pada sebelah pagi sebagai persediaan sebelum sesi latihan bermula. Penyelarasan ini bertujuan memastikan setiap pengisian dapat dilaksanakan secara teratur, sistematik dan selaras dengan objektif pembelajaran yang ditetapkan.

Pelaksanaan kelas kokurikulum ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan disiplin pelajar RELASIS, di samping membentuk generasi sukarelawan yang berintegriti, berdisiplin serta mempunyai tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.









๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’)๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)26 Ogos 2026 โ€“ Kelas Kokurikulum Briged...
26/08/2026

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’)
๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)

26 Ogos 2026 โ€“ Kelas Kokurikulum Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) telah dilaksanakan di Politeknik Mersing Johor (PMJ) bermula jam 2.00 petang mengikut silibus yang telah ditetapkan.

Bagi anggota RELASIS 1, sesi pembelajaran telah memberi penekanan kepada tajuk Kepimpinan, Komunikasi dan Pengucapan Awam. Sesi tersebut telah disampaikan oleh Encik Mahezan bin Karmon, Adjutan (Bersekutu) RELASIS Politeknik Mersing Johor.

Sementara itu, anggota RELASIS 2 telah melaksanakan sesi pembentangan Mini Projek/Tunjuk Cara Briged RELASIS. Pembentangan tersebut telah dinilai secara menyeluruh oleh Encik Ts. Mohamad Zamri bin Jamil selaku Pegawai (Bersekutu) Logistik RELASIS.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan Kelas Kokurikulum Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) telah berjalan dengan lancar dan teratur. Inisiatif seperti ini selaras dengan matlamat untuk melahirkan mahasiswa yang berdisiplin, berkemahiran, berkeyakinan serta memiliki semangat kesukarelawanan yang tinggi.








๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’)๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)19 Ogos 2026 โ€“ Program Semarak Kibar Ja...
20/08/2026

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’)
๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)

19 Ogos 2026 โ€“ Program Semarak Kibar Jalur Gemilang telah dilaksanakan dengan jayanya di Politeknik Mersing Johor (PMJ), melibatkan penyertaan anggota Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Semester 1 dan Semester 2.

Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada pengisian Kelas Kokurikulum Briged RELASIS dan selaras dengan usaha memperkukuh penghayatan terhadap nilai patriotisme, semangat cintakan negara serta jati diri dalam kalangan mahasiswa. Program ini turut menjadi platform bagi menyemarakkan semangat kebangsaan dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menghargai serta mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan dan identiti negara.

Salah satu keistimewaan program ini adalah penglibatan sepenuhnya anggota RELASIS Semester 2 dalam mengendalikan dan melaksanakan program tersebut. Tanggungjawab yang diberikan ini menjadi medan terbaik untuk mereka mengaplikasikan kemahiran kepimpinan, pengurusan, komunikasi, kerjasama berpasukan dan disiplin yang telah diterapkan sepanjang mengikuti latihan RELASIS. Penglibatan tersebut turut memberi pengalaman praktikal kepada anggota dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan sesuatu program secara teratur serta berasaskan semangat kesukarelawanan.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran PPgKR Saiful Bahari bin Mohamad, Penolong Pegawai RELA Daerah Mersing merangkap Pegawai Penyelaras Briged RELASIS PMJ; Encik Mahezan bin Karmon, Adjutan (Bersekutu) RELASIS; Encik Ts. Mohamad Zamri bin Jamil, Pegawai (Bersekutu) Logistik RELASIS; Encik Kamarul Faiz bin Mihaj, Pegawai (Bersekutu) Latihan RELASIS; serta para jurulatih RELA Daerah Mersing.

Pejabat RELA Daerah Mersing akan terus komited dalam memperkasa pelaksanaan latihan dan aktiviti kokurikulum Briged RELASIS sebagai platform pembangunan sahsiah, kepimpinan dan disiplin mahasiswa. Usaha ini diharapkan dapat melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah berintegriti, berketerampilan, berjiwa sukarela serta mempunyai semangat patriotisme dan kecintaan yang tinggi terhadap negara.

Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ











RELA Negeri Johor - Laman Rasmi
RELA Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN)

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’)๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)12 Ogos 2026 - Pelaksanaan Kelas Kokuri...
13/08/2026

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’)
๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)

12 Ogos 2026 - Pelaksanaan Kelas Kokurikulum Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Politeknik Mersing Johor (PMJ) terus diperkasakan melalui latihan yang dilaksanakan secara berterusan, selaras dengan silibus yang telah ditetapkan.

Bermula jam 2.00 petang, sesi latihan ini melibatkan pelaksanaan modul yang berbeza mengikut semester. RELASIS Semester 1 mengikuti silibus Asas Kawad Tangan Kosong yang dikendalikan oleh jurulatih RELA Daerah Mersing. Latihan ini memberi penekanan kepada pembentukan disiplin, ketepatan pergerakan, kekemasan serta semangat berpasukan dalam kalangan anggota. Manakala RELASIS Semester 2 p**a mengikuti silibus Musketeri Senjata Api yang disampaikan oleh PgR Mohamad Nazir bin Mahlikai, Pegawai RELA Daerah Kluang. Latihan ini memberi pendedahan kepada anggota berkaitan aspek asas musketeri serta pematuhan kepada tatacara dan disiplin latihan.

Turut hadir PPgKR Saiful Bahari bin Mohamad, Penolong Pegawai RELA Daerah Mersing merangkap Penyelaras Briged RELASIS Politeknik Mersing Johor, bagi memantau kelancaran pelaksanaan kelas kokurikulum tersebut.

Pada sebelah pagi, para jurulatih turut melaksanakan pemasangan bendera di bangunan Pejabat RELA Daerah Mersing.

Pelaksanaan kelas kokurikulum ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota RELASIS, malah turut membentuk disiplin, ketahanan diri, kepimpinan dan semangat kerjasama dalam kalangan siswa dan siswi.

๐Ÿ’ช Berdisiplin, Berkemahiran, Berintegriti โ€” Membentuk Generasi RELASIS yang Berkualiti.











RELA Negeri Johor - Laman Rasmi
RELA Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN)

๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐ˆ๐๐†๐†๐€๐‡ ๐†๐„๐‘๐€๐ˆ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’ ๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐…๐„๐’๐“๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐Š๐„๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐˜๐‚๐‚ (๐…๐„๐’๐Š๐„๐–) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”! ๐Ÿ›๏ธโœจOrang Mersing apa kha...
07/08/2026

๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐ˆ๐๐†๐†๐€๐‡ ๐†๐„๐‘๐€๐ˆ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’ ๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐…๐„๐’๐“๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐Š๐„๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐˜๐‚๐‚ (๐…๐„๐’๐Š๐„๐–) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”! ๐Ÿ›๏ธโœจ

Orang Mersing apa khabar? Hujung minggu ni kalau tak tahu nak ke mana, jom pakat ramai-ramai cuci mata dekat Politeknik Mersing Johor!

Paling istimewa, anggota RELASIS kita pun ada buka gerai tau. Sambil-sambil aktif berpersatuan, anggota RELASIS cuba nasib p**ak dalam dunia bisnes. Memang terbaik semangat budak-budak muda ni! ๐Ÿ”ฅ

Meh la singgah support gerai mereka. Beli sikit-sikit pun diorang dah gembira sangat:

๐Ÿ“ Gerai: No. 3

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 7 - 9 Ogos 2026

โฐ Waktu Operasi:
โ€ข 7 Ogos 2026 (Jumaat): 3.00 petang โ€“ 11.30 malam
โ€ข 8 & 9 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad): 8.30 pagi โ€“ 11.30 malam

๐ŸŸ Ada Jual: Makanan dan Minuman (seperti tertera di poster)

๐˜—๐˜ด๐˜ด๐˜ต๐˜ต... ๐˜•๐˜ช ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ค๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜—๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ต ๐˜™๐˜Œ๐˜“๐˜ˆ ๐˜‹๐˜ข๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ต๐˜ข๐˜ถ (๐˜ช๐˜ฌ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ณ) ๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ด๐˜ถ๐˜ด ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ช ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต ๐˜ถ๐˜ด๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข!

Jumpa anda di sana! Kasi meriah Mersing! ๐Ÿ‘‹๐Ÿ˜Š








๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’) ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)05 Ogos 2026 โ€“ Pelaksanaan Kelas Kokur...
06/08/2026

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’) ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)

05 Ogos 2026 โ€“ Pelaksanaan Kelas Kokurikulum Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Politeknik Mersing Johor (PMJ) diteruskan mengikut silibus yang telah ditetapkan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan disiplin anggota RELASIS melalui latihan yang dilaksanakan secara berterusan.

Sesi pembelajaran yang bermula pada jam 2.00 petang telah dibahagikan kepada dua modul latihan iaitu anggota RELASIS 1 mengikuti modul Pengurusan Media Sosial yang disampaikan oleh Encik Mahezan bin Karmon, Adjutan (Bersekutu) RELASIS PMJ. Modul ini memberi pendedahan berkaitan etika penggunaan media sosial, penyediaan kandungan serta kaedah penyampaian maklumat yang tepat dan berkesan.

Pada masa yang sama, anggota RELASIS 2 telah mengikuti latihan Kemahiran Asas Pertahankan Diri yang dikendalikan oleh jurulatih RELA Daerah Mersing. Latihan ini memberi penekanan kepada teknik asas mempertahankan diri bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan, keyakinan diri serta disiplin anggota.

Turut hadir memantau pelaksanaan kelas ialah PPgKR Saiful Bahari bin Mohamad, Penolong Pegawai RELA Daerah Mersing merangkap Penyelaras RELASIS Politeknik Mersing Johor. Kehadiran beliau adalah bagi menyelaras pelaksanaan kelas, memantau perjalanan setiap modul latihan serta memastikan kokurikulum RELASIS dilaksanakan secara teratur, sistematik dan menepati silibus serta objektif yang telah ditetapkan.

Pada sebelah pagi, barisan jurulatih RELA Daerah Mersing turut melaksanakan Program Khidmat Bakti RELA (KBR) di Pusat Khidmat Komuniti RELA (PKKR) Felda Nitar 01 Mersing.

Pelaksanaan kelas kokurikulum ini merupakan antara usaha berterusan dalam melahirkan anggota RELASIS yang berpengetahuan, berkemahiran, berdisiplin dan mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi selaras dengan aspirasi Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).










RELA Negeri Johor - Laman Rasmi
RELA Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Address

Bangunan JKR, 290, Jalan Ibrahim
Mersing
86800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6077991357

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RELASIS POLITEKNIK MERSING JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RELASIS POLITEKNIK MERSING JOHOR:

Shortcuts

Share