Felda Tenggaroh Timur 01

Call Directions Contact the organization

Felda Tenggaroh Timur 01 Laman rasmi Felda Tenggaroh Timur 01

β€Ž7 SEPTEMBER 2026 | 25 Rabiulawal 1448Hβ€ŽMAJLIS PENYERAHAN NOTIS 5A & UNDI PLOT BANGUNAN GENERASI KE-2 FELDA TENGGAROH TI...
07/09/2026

β€Ž7 SEPTEMBER 2026 | 25 Rabiulawal 1448H
β€ŽMAJLIS PENYERAHAN NOTIS 5A & UNDI PLOT BANGUNAN GENERASI KE-2 FELDA TENGGAROH TIMUR 01
β€Ž
β€ŽTelah berlangsung Majlis Penyerahan Notis 5A dan Undi Plot Bangunan Generasi (Rumah Kediaman) bagi pemohon Lot Generasi Ke-2 FELDA Tenggaroh Timur 01 di Dewan Semai Bakti, FELDA Tenggaroh 5.
β€Ž
β€ŽMajlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohd Youzaimi bin Haji Yusof, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor merangkap ADUN Tenggaroh.

Semoga inisiatif ini dapat memberi manfaat serta merealisasikan impian generasi kedua FELDA untuk memiliki kediaman sendiri.
β€Ž
β€ŽTahniah dan syabas kepada semua penerima.



20/08/2026

πŸ“’ FELDA buka 7 peluang kerjaya β€” ada jawatan Gred N1, S1, H1, G1 hingga jawatan profesional!

Yang tengah cari peluang kerja, terutama Pembantu Tadbir, jangan scroll dulu. πŸ‘€

Antara jawatan yang ditawarkan:

β€’ Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) β€” Gred N1
β€’ Pembantu Pembangunan Masyarakat (SDA (W)) β€” Gred S1
β€’ Pembantu Hal Ehwal Islam (SDA (U)) β€” Gred S1
β€’ Pembantu Khidmat Am (Pemandu) β€” Gred H1
β€’ Penyelia Rancangan Tanah β€” Gred G1
β€’ Timbalan Pengarah Undang-Undang (Kontrak) β€” LX12
β€’ Pegawai Tadbir (Kontrak) β€” Pengkhususan Undang-Undang

πŸ“… Permohonan tutup 31 Ogos 2026
πŸ’» Permohonan dibuat secara online melalui MyKerjaya FELDA.

Ada yang ngam dengan kelayakan anda? Semak syarat satu per satu dan jangan tunggu hujung bulan baru nak mohon.

πŸ‘‡ Maklumat penuh, syarat kelayakan & cara memohon ada di ruangan komen.

Tag kawan atau ahli keluarga yang tengah cari kerja β€” mana tahu ada rezeki mereka di FELDA. 🧑

19/07/2026

Yang Berhormat Tuan Haji Md Israk bin Abdullah.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, industri asas tani & Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor

Bagi pihak seluruh warga FELDA dan Pengurusan FELDA Wilayah Johor Bahru, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan YB sebagai Exco Pertanian, Industri asas tani dan kemajuan Luar Bandar.

Portfolio ini adalah nadi kepada kehidupan peneroka FELDA. Kami yakin di bawah pimpinan YB, sektor pertanian akan terus maju dan taraf hidup luar bandar akan terus terbela.

Kami sedia memberi kerjasama penuh kepada YB dalam menjayakan program-program untuk kesejahteraan peneroka dan generasi baharu FELDA.

Tahniah YB Tuan Haji. Semoga dipermudahkan segala urusan.


19/07/2026

Kepada
YB Dato' Zahari Sarip. yang dihormati,

Dengan ingatan dan hati yang tulus, Pengurusan dan Warga Peneroka FELDA Wilayah Johor Bahru ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti YB Dato' kepada kami.

Kehadiran YB Dato' bukan sekadar Pemimpin, tetapi juga Sahabat dan Keluarga kepada warga FELDA. Keperihatinan YB Dato’ dalam setiap permasalahan kami didengari, setiap rintihan kami diberi perhatian.

Kami amat menghargai sanjung bakti dan kepimpinan YB Dato' yang sentiasa mendahulukan rakyat. Semoga Allah SWT terus memberkati dan memelihara YB Dato' sekeluarga.

Jasamu tidak akan kami lupakan dan tetap dalam ingatan tulus.

"Berbakti Demi Rakyat"

Ikhlas Daripada
Pengurusan dan Warga Peneroka FELDA Wilayah Johor Bahru

Sekian, terima kasih.

19/07/2026

Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz Ghazi,
Menteri Besar Johor.

Bagi pihak seluruh warga FELDA dan Pengurusan FELDA Wilayah Johor Bahru, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan YAB sebagai Menteri Besar Johor sekali lagi.

Kami yakin dengan pengalaman dan semangat "Bangsa Johor" yang ada pada YAB, negeri Johor akan terus maju dan makmur.

Warga FELDA sentiasa bersedia berganding bahu bersama Kerajaan Negeri untuk memartabatkan lagi kesejahteraan peneroka dan generasi baharu FELDA.

Tahniah sekali lagi YAB. Semoga Allah permudahkan segala urusan kepimpinan YAB.


13/06/2026

INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN

Dengan penuh rasa dukacita, kami menerima berita pemergian bekas Penyelia FELDA Tenggaroh Timur 01 (Mohd Nur Syaifuddyn Bin Mahat) yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, melimpahkan rahmat-Nya ke atas roh beliau dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga. Semoga dikurniakan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

"Kullu nafsin za'iqatul maut"
"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati."
(Surah Ali 'Imran: 185)

Ikhlas daripada Pengurusan FELDA Tenggaroh Timur 01

26 MEI 2026 | 9 Zulhijjah 1447HAlhamdulillah, Bakul Makanan Bantuan Kasih Johor telah berjaya diagihkan kepada penerima ...
02/06/2026

26 MEI 2026 | 9 Zulhijjah 1447H

Alhamdulillah, Bakul Makanan Bantuan Kasih Johor telah berjaya diagihkan kepada penerima yang layak di FELDA Tenggaroh Timur 1.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, atas inisiatif dan keprihatinan melalui Bantuan Kasih Johor yang disalurkan kepada rakyat negeri ini.

Semoga bantuan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban penerima serta memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Mudah-mudahan usaha murni ini terus menjadi asbab kesejahteraan dan kebajikan rakyat Johor.




11/05/2026

🌴✨ πŒπ„ππ˜π”π‹π€πŒ πŒπ”π“π”, πŒπ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π : ππ„ππ‚π€ππ€πˆπ€π πŠπ”π€π‹πˆπ“πˆ 𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐑 (𝐁𝐓𝐒) 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 π€ππ‘πˆπ‹ πŸπŸŽπŸπŸ” ✨🌴

Kualiti adalah lambang komitmen, disiplin dan kesungguhan. Setiap tandan yang dituai dengan penuh teliti menjadi asas kepada kemampanan dan kemakmuran bersama. Menjaga mutu BTS adalah amanah penting dalam memastikan setiap hasil yang diusahakan memberi pulangan terbaik demi kelestarian industri sawit negara.

Tahniah diucapkan kepada seluruh Wilayah dan Rancangan FELDA atas pencapaian cemerlang kualiti BTS bagi April 2026 dengan rekod BTS Masak sebanyak 92.85%. Pencapaian ini membuktikan dedikasi tinggi para peneroka dan seluruh warga FELDA dalam memastikan keterjaminan kualiti BTS FELDA.

Kecemerlangan ini turut terserlah melalui pencapaian hantaran yang digred dengan sifar penalti (Kadar Perahan Asas (KPA) = Kadar Perahan Digred (KPG)) sebanyak 24,469.19 MT, melibatkan 4,870 bilangan hantaran. Ia mencerminkan kekuatan sinergi, disiplin kerja dan semangat kebersamaan dalam memartabatkan industri sawit FELDA.

Semoga semangat terus utuh dalam melakar lebih banyak kejayaan dan memacu industri sawit negara ke tahap yang lebih gemilang.

17/04/2026

16 April 2026 | 27 Syawal 1447H
β€Ž
β€ŽAlhamdulillah, telah berlangsung dengan meriahnya Majlis Raya Sekampung Bangsa Johor, di Dewan Orang Ramai FELDA Tenggaroh Timur 1.
β€Ž
β€ŽSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Raven Kumar a/l Krishnasamy, ADUN Zon Tenggaroh serta Tuan Hj Youzaimi Bin Hj Yusof, Ketua UMNO Bahagian Mersing yang sudi hadir memeriahkan lagi majlis.
β€Ž
β€ŽTerima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga ukhwah yang terjalin terus erat dan diberkati.
β€Ž
β€ŽSelamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž

Address

Felda Tenggaroh Timur 01
Mersing
86810

Telephone

+6077912121

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felda Tenggaroh Timur 01 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Felda Tenggaroh Timur 01:

Share